46 Musnahkan Restoran Saya? Kamu Tak akan Mampu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu pemilik restoran ini yang mencederakan anak perempuan aku dan berjanji menyembuhkannya?" Xiao Meng bertanya dengan senyuman yang dibuat-buat. Suaranya bernada dingin. Dia memang nak lihat apa keajaiban yang pemilik restoran itu boleh lakukan.

Dengan kecederaan Xiao Yanyu, doktor diraja pun tak mampu berbuat apa-apa. Berani pesalah laku ni mendakwa dengan bangga yang dia boleh selamatkannya?

Bu Fang membawa sebalang Wain Jed Penyejuk Hati semasa dia keluar. Bila dia dengar soalan Xiao Meng, dia terus rasa pening.

"Ini ke ayah Xiao Yanyu?" Fikir Bu Fang sambil melihat ke arah lelaki pertengahan umur di hadapannya. Secara jujurnya, gen keluarga Xiao ni memang terbaik. Setiap ahli keluarga mereka kacak dan jelita.

"Oh, ya betul. Sayalah pemilik restoran ini yang begitu baik hati." Bu Fang membalas tanpa perasaan.

Dia berjalan ke meja Xiao Meng dan meletakkan balang wain itu sambil berkata, "Selamat menikmati Wain Jed Penyejuk Hati ini."

Xiao Meng memandang Bu Fang acuh tak acuh dan meletakkan tangan pada penutup kain balang wain itu sambil berkata, "Kamu dah cederakan anak aku. Kamu tak nak terangkan apa-apa ke?"

"Apa yang saya boleh katakan? Walaupun restoran saya ni kecil dan terpencil, peraturan mesti dipatuhi. Disebabkan dia cuba nak bergaduh dalam restoran ini, dia patut sedia menerima akibatnya." Bu Fang memandang Xiao Meng dan membalas tanpa perasaan.

Kata-kata Bu Fang yang tak merendah diri mahupun sombong itu menyebabkan Xiao Meng terdiam sebelum dia tersenyum lebih lebar. "Dah lama tak ada orang cakap begini dengan aku… Disebabkan kamu tahu aku ayah Yanyu, kamu pasti kenal siapaaku ."

"Dengan pencapaian tahap pertapa aku, tak ada masalah untuk aku musnahkan kedai ini. Kamu tak takut ke aku akan bunuh kamu? Atau musnahkan restoran ini?"

Bila Xiao Meng habis berkata-kata, satu aura menakutkan keluar dari badannya. Aura itu terlalu kuat sampaikan seluruh kawasan itu terasa sesak.

Muka comel Ouyang Xiaoyi bertukar pucat sambil matanya penuh rasa ngeri. Dia terus bersembunyi jauh. Memang menakutkan bila Xiao Meng marah.

"Oh, kamu nak musnahkan restoran saya?" Bu Fang membalas "oh" dengan tenang walaupun berdepan aura berkuasa Xiao Meng. Dia kemudian berkata dengan serius, "Kamu tak akan termampu."

Walaupun aura itu seberat gunung dan sebesar naga, Bu Fang langsung tak terkesan. Selagi sistem ada di situ, segala jenis aura tak akan kekal.

Semua orang tak menjangka apa yang dibalas Bu Fang.

Ouyang Xiaoyi pun terperanjat dan memandang tauke busuk dengan penuh rasa kagum. Walaupun dia rasa Bu Fang bertindak melulu, tauke itu nampak hebat bila berkata begitu.

"Aku tak termampu?" Xiao Meng bangun dan rasa sangat bengang sampaikan dia mula ketawa. Sebagai Santo Pertempuran kelas ketujuh, tak mungkin dia tak mampu memusnahkan kedai kecil ini.

Dalam sekelip mata, Bu Fang merasakan pandangannya kabur bila Xiao Meng muncul di depannya. Wajah tampan Xiao Meng hanya seinci daripadanya dan kedinginan badan Xiao Meng menyebabkan bulu roma Bu Fang meremang.

"Kau ni berlagak walaupun hanya Maniak Pertempuran kelas ketiga. Mari aku lihat kalau kau layak berlagak sombong." Xiao Meng berkata sambil mengangkat tangannya dan cuba menyambar Bu Fang.

Bu Fang memandang Xiao Meng tanpa perasaan dan suasana menjadi tegang serta merta.

Bang!

Bu Fang mengambil dua langkah ke belakang. Tapak tangan Xiao Meng tak menyentuh Bu Fang tapi dia dihalang Si Putih yang muncul di tengah-tengah.

Tangan mekanikal Si Putih terangkat dan menahan tapak tangan Xiao Meng. Ada asap hijau yang keluar bila tangan mereka bertembung.

"Si pembuat masalah, kamu akan dibogelkan sebagai pengajaran kepada yang lain." Mata mekanikal Si Putih memancarkan cahaya merah sambil suara mekanikal yang tak berperasaan itu kedengaran.

Mata Xiao Meng bersinar sambil dia memandang Si Putih. Dia berfikir, 'Inikah boneka yang mencederakan Yanyu? Ia dapat tahan serangan aku dengan mudah? Seperti yang aku jangka, restoran ini memang istimewa.'

Badan Xiao Meng berpusing sedikit sambil dia menumbuk Si Putih sepantas kilat.

Bang!

Bang bang bang!

Sambil kedua-duanya berbalas serangan, penumbuk mereka semakin susah dilihat dan bunyi penumbuk mereka berlanggar berderam-derum dalam kedai itu.

Anak mata Bu Fang mengecil kerana terkejut. Ini kali pertama dia melihat seseorang berlawan dengan Si Putih pada tahap ini. Seperti dijangka, inilah kehebatan Santo Pertempuran kelas ketujuh.

Ouyang Xiaoyi lebih terperanjat. Dalam hatinya, Pakcik Xiao yang menakutkan itu adalah orang paling kuat dia pernah jumpa. Tak sangka Si Putih yang comel itu pun menggerunkan!

Dengan bunyi yang kuat, kedua-dua mereka mengundur ke belakang.

Asap hijau keluar dari tapak tangan mekanikal Si Putih sementara mata mekanikalnya memancar dengan laju.

Xiao Meng mengerutkan kening sedikit sambil menggoyangkan lengannya dan menghirup nafas dalam.

"Sistem, bukankah Si Putih kebal? Kenapa dia tak dapat kalahkan lelaki pertengahan umur ni?" Bu Fang bertanya kehairanan. Dia selalu merasakan yang Si Putih ini kebal.

"Kekuatan Si Putih hanya ditambah empat kelas lebih daripada tahap pertapa tuan. Sebagai langkah keselamatan kedai ini, Si Putih akan bertambah kuat kalau tuan kuat. Maksudnya, kalau tuan lemah, Si Putih pun lemah." Sistem menerangkan dengan serius.

Hujung mulut Bu Fang tersentap. Pencapaian tahap pertapanya hanyalah kelas ketiga. Maksudnya, Si Putih berada pada kelas ketujuh. Kalau begitu, dia hanya mampu seri dengan Xiao Meng yang juga kelas ketujuh.

"Sistem, apa jadi kalau Si Putih tak mampu kalahkan pembuat masalah?" Bu Fang bertanya kepada sistem dalam fikirannya.

"Tuan tak perlu risau. Si Putih bukanlah satu-satunya barisan pertahanan yang ada. Namun, tuan perlu bekerja keras lagi untuk dapat lebih banyak kristal. Tuan perlu berusaha meningkatkan pencapaian tahap pertapa supaya kekuatan bertarung Si Putih naik ke kelas kesembilan." Kata Sistem.

Boom boom boom!

Xiao Meng menjadi lebih serius selepas bertembung dengan Si Putih beberapa kali. Dia pasti akan jadi bahan ketawa kalau orang dapat tahu yang dia tak boleh kalahkan boneka restoran kecil ini.

Sejurus sebelum Xiao Meng dapat menggunakan taktik lain, dia merasakan satu aura yang menakutkan. Aura itu tak dapat dilihat atau dirasai. Tapi ia muncul dalam mindanya yang menyebabkan badannya kaku. Teknik pertempuran yang dikumpul ditangannya pun hilang serta merta.

Di pintu masuk, anjing besar hitam yang mengantuk itu menguap besar sambil matanya merenung Xiao Meng penuh makna.

Pandangan itu membuatkan Xiao Meng berpeluh. Dia hampir terlupa tentang anjing misteri yang berbaring di pintu masuk.

"Baiklah, restoran ni memang berkebolehan. Aku harap yang kau betul-betul dapat selamatkan anak perempuan aku dalam masa dua hari. Kalau tak… kita akan hancur bersama. Aku akan pastikan kau bayar dengan nyawa kau." Sambil aura Xiao Meng reda, kabus yang menyelubungi kedai itu hilang serta merta. Kedua-dua Ouyang Xiaoyi dan Bu Fang berasa lega.

Aura menakutkan itu pun hilang secepat ia muncul. Xiao Meng kembali duduk dan membuka kain penutup Wain Jed Penyejuk Hati. Sambil dia menuang wain itu, aromanya memenuhi kedai itu.

"Pencapaian tahap pertapa si pembuat masalah ini sangat kuat. Tak berjaya bogelkan dia sebagai pengajaran kepada yang lain…" Mata mekanikal Si Putih masih menyala sambil dia melaporkan kepada Bu Fang.

Bu Fang mengusap perut Si Putih untuk menenangkannya dan Si Putih kembali ke dapur.

"Kenapa Xiao Meng berhenti?" Bu Fang berasa hairan. "Mungkinkah barisan pertahanan terakhir yang diberitahu sistem itu sudah diguna pakai? Tapi apa dia barisan pertahanan terakhir tu?" Bu Fang terus rasa ingin tahu.

Selepas itu, Xiao Meng langsung tak membuat kecoh. Dia menghabiskan makanan dan minumannya dan membayar dengan rasa puas sebelum beredar.

Santo Pertempuran kelas ketujuh seorang yang mewah dan banyak duit.

Bu Fang memerhatikan Xiao Meng beredar tanpa ekspresi. Anjing besar hitam yang duduk di pintu masuk itu pun mendengus dan sambung tidur.

"Habislah kali ini." Bu Fang menarik nafas dalam dan berasa sedikit gementar. Kalau dia tak berjaya hasilkan Sup Ayam Phoenix Herba Sej dan selamatkan Xiao Yanyu, lelaki pertengahan umur ini pasti akan cuba bunuhnya.

Sambil dia melayan perasaan gementarnya, Bu Fang meneruskan perniagaan.

Selepas tamat waktu berniaga, dia menutup kedai dan memulakan percubaan kedua memasak Sup Ayam Phoenix Herba Sej.

Selepas percubaan pertama, dia dapat tahu yang dia perlu gunakan daya tulen sebagai perantara. Namun, ini juga kali pertama dia memasak menggunakan daya tulen, jadi dia tak pasti dia boleh berjaya atau tak.

Pendek cerita, tugasan ini memerlukan kemahiran.

avataravatar
Next chapter