20 Minum Semangkuk Sup Ikan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sup tauhu kepala ikan terkandung dalam mangkuk porselin yang berwarna biru dan putih; daging ikan yang segar dan lembut terapung dalam sup ikan yang keputihan seperti susu, bersama dengan tauhu yang berkilauan dan sangat lembut apabila disentuh. Kewangian bau yang bergabung di atas mangkuk menyerlahkan sinaran yang menawan di bawah cahaya yang malap.

Bu Fang menarik nafas dengan penuh kepuasan apabila kewangian ikan tersebut memenuhi rongga hidungnya dan kemudian menyebar ke seluruh badan. Sup tauhu kepala ikan sebenarnya satu masakan rumah yang agak sukar untuk dimasak kerana ia mencabar kehebatan chef untuk mengawal api. Namun, dengan kemahiran memasak Bu Fang, hidangan ini dicapai dengan mudah.

Hanya dengan cara inilah sup ikan yang keputihan seperti susu boleh dihasilkan.

Selepas membawa mangkuk porselin putih biru itu keluar dari dapur dan meletakkannya di atas meja di dalam kedai, Bu Fang mengeluarkan sebuah mangkuk kecil dan bersedia untuk mencuba rasa sup tauhu kepala fish yang enak itu.

"Bos, masak apa? Sedapnya bau!" Sebelum Bu Fang sempat makan, satu kepala kecil muncul dari belakang pintu. Matanya yang besar dan menawan itu merenung mangkuk sup tauhu kepala ikan di depannya.

Bu Fang terkejut sebentar dan memandang loli kecil itu tanpa ekspresi. Dia hampir terlupa tentangnya tetapi tidak hairan mengapa dia tertarik dengan bau sup tersebut.

"Saya sedang cuba masakan baru." Bu Fang menjawab.

Setelah menghabiskan ayatnya, loli kecil itu sudah berdiri di depannya. Dia menjilat bibirnya dan merenung mangkuk itu tanpa mengedipkan mata.

"Masakan baru? Nampak macam sedap. Ini sup ikan? Kenapa sup ini putih macam susu?"

"Eh? Tauhu ini cantiklah. Nampak macam karya seni. Bagaimana ia boleh mengekalkan bentuknya selepas dimasak?"

"Wow! Kepala ikan ini ada banyak daging! Nampak sedap!"

...

Bu Fang meletakkan mangkuk dan penyepitnya di atas meja dan memandang loli kecil yang bercakap tidak berhenti itu. Dia mengeluh dengan kekok dan berkata, " Pergi ambil mangkuk dan penyepit, kita makan sama-sama."

Mata loli kecil itu bersinar serta merta dan senyuman gembira kelihatan pada muka montelnya. "Bos, awak terbaiklah!"

Dengan itu, loli kecil itu lari ke dalam dapur dan kembali dengan mangkuk porselin dalam tangannya dan memandang Bu Fang dengan muka tidak sabar.

Bu Fang tersenyum janggal. Dia mengambil mangkuk daripada tangannya dan memenuhinya dengan sup ikan sehingga separuh penuh. Selepas itu dia menambahkan sekeping lemak, daging ikan yang lembut dan dua keping tauhu yang berkilauan ke dalam mangkuk itu.

Loli kecil itu menerima mangkuk itu dengan riang. Dia mendekatkan mangkuk ke hidungnya dan menghidu; suara kegembiraan tidak dapat ditahan selepas mencium bau wangi itu.

Loli kecil itu seperti pakar dalam cara pemakanan. Dia tidak bermula dengan makan daging ikan tetapi meninggikan mangkuk dan minum sup dulu. Sup yang putih seperti susu itu melalui bibirnya dan memasuki mulutnya. Sup yang sedikit pekat itu menampilkan rasa yang halus seperti sutera. Kepekatan itu tersebar dalam mulutnya dan menyelubungi tunas rasanya dan kesegaran itu membuatkan seluruh badannya menjadi tenang.

"S… Sedap! Wangi sungguh baunya!" Loli kecil itu menghirup sup dengan puas; mata besarnya menjadi bentuk dua bulan sabit. Riak mukanya penuh dengan kepuasan dan nampak seperti dia boleh minum daripada mangkuk ini selama-lamanya. 

"Jangan hanya minum sup, awak patut cuba daging ikan juga. Awak mungkin akan terkejut," Bu Fang berkata. Dia memandang loli kecil yang sedang minum sup itu dengan lembut.

Bu Fang mengambil mangkuknya dan mula menghirup sup. Rasanya memang enak dan kesegaran bahan-bahan menonjol sepenuhnya.

"Ah! Ikan ini…kenapa ada rasa mencucuk!" Selepas makan sekeping daging ikan, loli kecil tu terkejut. Walaupun daging ikan tersebut rasa seperti mencucuk, namun ia tidak memburukkan pandangannya terhadap hidangan ini, malah telah meningkatkan rasanya. Rasa mencucuk itu datang daripada bahan itu sendiri, dan apabila ia bergabung dengan rasa kesegaran itu, kepekatannya meningkat dan itu menguatkan lagi rasanya.

Tauhu tersebut memang sangat lembut dan cair dalam mulut. Rasa tauhu yang lembut bercampur dengan sisa rasa ikan untuk menghasilkan rasa yang cukup lazat.

"Inilah sup yang paling sedap pernah saya makan!" Loli kecil itu memberitahu Bu Fang selepas menghabiskan titisan terakhir sup itu. Sup itu bukan sahaja sedap, malah telah meningkatkan pengedaran daya tulen dan menghangatkan seluruh tubuhnya.

"Hmm, begitu. Tidurlah awal jika sudah habis makan. Esok masih ada kerja lagi.," Bu Fang mengangguk tanpa ekspresi dan mengingatkan dia.

Muka loli kecil itu tercegat sebentar dan seterusnya mendengus sombong. Dia membiarkan mangkuknya dan bergerak kembali ke bilik tidur. Tetapi apabila sampai ke pintu biliknya dia teragak-agak untuk beberapa ketika dan pusing menghadap Bu Fang dan berkata, "Bos busuk, nama saya Ouyang Xiaoyi. Awak boleh panggil saya Xiaoyi."

Bu Fang terkejut and jawab, "Hmm, begitu."

"…"

Loli kecil itu rasa menyampah. Dia berfikir, "Saya sudah beritahu nama saya, bos busuk ini patut beritahu namanya jugakan?"

"Bos busuk, nama awak siapa?" Xiaoyi tanya dengan angkuh.

"Bu Fang," Bu Fang menjawab sambil mengemas meja. Xiaoyi mendengus dan kembali untuk tidur dengan puas hati.

Setelah memasukkan pinggan mangkuk ke dalam mesin pencuci pinggan, Bu Fang meregangkan badan dan bersedia untuk tidur awal. Walaupun badannya sudah lebih kuat, penting untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

Oleh kerana Bu Fang sudah makan Sup Tauhu Kepala Ikan itu dan mulutnya masih ada baki rasa keenakan hidangan itu, dia tidak bercadang untuk memasak ganjaran yang lain, Shumai Emas, buat sementara waktu.

Malam itu berlalu tanpa apa-apa yang berlaku.

Apabila cahaya matahari pagi sampai ke pintu depan kedai, Bu Fang telah pun menghabiskan latihan hariannya dan membuka kedai.

Ouyang Xiaoyi menggosok matanya sambil menuruni tangga. Dia nampak Bu Fang memberi makanan kepada anjing hitam yang besar di pintu depan lalu mendekatinya dengan hairan. Apabila dia ternampak anjing besar hitam itu sedang makan Nasi Goreng Telur yang dia makan semalam, dia terkesima.

Bu Fang memandangnya dan berkata, "Saya terlupa beritahu awak semalam. Oleh kerana awak bekerja di sini untuk membayar balik hutang awak, makanan awak tidak akan dibekalkan. Jika awak makan di sini, awak masih perlu bayar."

Apabila loli kecil mendengar itu, dia mengalih pandangan dari anjing hitam besar dan memandang Bu Fang dengan wajah penuh meminta simpati.

Namun, Bu Fang langsung tidak terpengaruh.

"Ya…" Loli kecil mengalah dan dalam kemarahan dia meletakkan sumpah ke atas Bu Fang supaya dia tidak dapat mencari isteri.

Bu Fang duduk bersantai di atas kerusi sambil menikmati cahaya matahari yang selesa dan Ouyang Xiaoyi pula duduk berdekatan dengan sugul. Pemandangan ini masih begitu….harmoni.

Akhirnya, Si Gemuk Jin dan kawan-kawannya tiba dan menyapa Bu Fang.

"Selamat pagi, tuan Bu! Cuaca hari ini baik bukan." Senyuman kelihatan di muka Jin Gemuk.

Bu Fang mengangguk dan menjawab dengan "hmm". Selepas itu dia bangun dan memasuki dapur, "Kalau awak nak pesan apa-apa, beritahu gadis itu. Oh, hari ini ada hidangan baru. Mahu cuba?"

"Amboi! Comelnya budak ini. Tuan Bu, awak punya cita rasa yang istimewa!" Jin Gemuk mengejek dan memandang Ouyang Xiaoyi. Namun, senyuman itu hilang dengan segera dan pipinya bergetar sedikit.

"Ya Tuhanku! Kenapa dia ada di sini! Celaka!"

Si Gemuk Jin memandang loli kecil itu, masih tidak percaya. "Betul…memang betul dia! Tuan Bu memang mengagumkan, macam mana dia boleh menjadikan dia sebagai pelayan restoran… Adakah ketiga-tiga abang ganasnya itu setuju dengan ini?"

Ouyang Xiaoyi juga mengenalinya. Dia terus mendengus dan dengan tidak sabar berkata, "Si Gemuk Jin, awak mahu pesan apa? Cepat sikit."

"Saya nak Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi dan hidangan baru hari ini," Jin Gemuk menjawab dengan pantas. Lelaki-lelaki gemuk lain juga memesan makanan masing-masing. Tetapi, pesanan mereka tidak sebanyak semalam. Lagipun, makanan di sini tidak murah.

"Boleh, tunggu sebentar." Ouyang Xiaoyi menghafal semua pesanan mereka dan menuju ke arah dapur. Setelah sampai di pintu dapur, dia melaporkan pesanan mereka kepada Bu Fang.

"Hmm? Hanya Jin Gemuk yang memesan Sup Tauhu Kepala Ikan?" Bu Fang sedikit terkejut, tetapi memang sama dengan jangkaannya.

Lagipun, harga Sup Tauhu Kepala Ikan itu tidak murah: dua puluh Kristal untuk satu hidangan. Harganya sangat mahal.

Hanya orang kaya seperti Jin Gemuk yang akan mampu memesan hidangan ini. Walaupun yang lain juga orang yang kaya, tetapi kekayaan mereka tidak setaraf dengan kekayaannya.

"Sup Tauhu Kepala Ikan, sangat menarik. Harganya bernilai dua puluh Kristal, saya tidak sabar untuk makan!" Jin Gemuk menaruh harapan yang tinggi sambil duduk menunggu kerusi.

avataravatar
Next chapter