26 Kemahiran Masakan Bu Fang Dicabar dengan Hebat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Abang Long rasa gigolo ini bodoh? Kita bertaruh dengan dia tapi kita yang akan tentukan makanan itu sedap atau tak. Kalau betul pun makanan itu sedap, kita tetap boleh cakap rasanya teruk dan dia tak boleh buat apa-apa! Masa itu, dia tetap akan pulangkan adik kita," Ouyang Di berbisik perlahan kepada Ouyang Zhen yang nampak tegas.

Ouyang Zhen memandang adik lelaki ketiganya kemudian mendengus. "Dengan deria rasa kita, makanan paling sedap di istana Diraja pun rasanya sama. Kau rasa kita boleh ke bezakan sama ia sedap atau tak? Kau cakap mengarut bukan?"

"Gigolo itu pasti akan kalah pertaruhan ini," Ouyang Zhen berkata dengan bangga sambil janggutnya beralun.

"Aku tahu Abang Long yang paling pandai antara kita semua; Abang Long terus faham. Kita hilang deria rasa kerana minum terlalu banyak. Selain daripada wain, semua benda rasa macam air kosong. Rasa tak selesa sebenarnya," kata Ouyang Wu sambil mengeluh.

"Abang Ngah! Jangan risau. Lepas kita ambil Xiaoyi, aku bagi kau minum 'Wain Berapi Marak dan Beraroma Indah' yang Maharaja anugerahkan kepada aku! Kau akan rasa macam satu badan kau terbakar!" Ouyang Zhen berkata sambil menepuk bahu Ouyang Wu.

"Heh! Terima kasih Abang! Dengan deria rasa kita, hanya wain saja yang memuaskan!" Ouyang Wu tersengih.

Sambil mereka bertiga berborak, Bu Fang sudah pun menyediakan hidangan di dapur.

Ikan Laut Ais itu perlu diperap dulu sebelum memasak Ikan Perap Bijian Wain Beras, dan dia hanya menyediakan dua ekor ikan malam sebelumnya. Dia sudah masak seekor dan dia ingin simpan seekor lagi untuk makan malam. Tapi, kerana ada orang memesan hidangan itu, dia menggunanya untuk dimasak.

Selepas membuang bijian pembru dari bahagian luar ikan, Bu Fang membuat dua potongan kecil di badan ikan itu dan meletakkannya di atas pinggan dalam pengukus buluh itu.

Nasi Goreng Telur dan Sup Tauhu Kepala Ikan juga sedang disediakan.

Bau Nasi Goreng Telur itu sangat harum; ia meluru keluar dari dapur dan menyelubungi ketiga-tiga orang gasar itu seperti sutera, menyebabkan mereka asyik menghidu. 

"Sedapnya bau! Nampaknya gigolo ini memang berkebolehan," Ouyang Di berkata dengan gaya mabuk.

Lagi dua daripada mereka terus senyap, tapi mereka tak berfikir sangat tentangnya. Tak kira betapa harum pun baunya, semuanya akan rasa sama pada deria rasa mereka.

Disebabkan Ouyang Xiaoyi tak ada, Bu Fang terpaksa menghidangkan Nasi Goreng Telur itu sendiri. Dia meletaknya di atas meja dan berkata, "Erm… siapa punya Nasi Goreng Telur ini, selamat menikmatinya."

Kerana adik beradik bertiga itu nampak seiras dengan Zhang Fei, Bu Fang - yang mengalami masalah mengecam rupa - menghadapi kesukaran membezakan mereka.

"Ini saya punya." Ouyang Wu mengecilkan mata dan menghidu bau Nasi Goreng Telur itu. Aromanya yang kaya meresap ke dalam rongga hidungnya. Baunya sunnguh sedap.

Ouyang Wu sudah tak tahan lagi lalu menyuap satu sudu Nasi Goreng Telur itu ke mulutnya. Sambil cairan telur yang bak sutera itu masuk ke dalam mulutnya, ia terus membeku. Bila bercampur dengan bijian nasi yang seperti mutiara, ia seperti melompat-lompat dalam mulutnya, memberikan dia rasa yang pelik.

"Guru."

Selepas menelan Nasi Goreng Telur itu, muka Ouyang Wu berubah tiada perasaan. Walaupun teksturnya hebat, dia tak rasa apa-apa.

Ouyang Zhen dan Ouyang Di mencuba sesuap dan mereka berdua terus mengerut muka.

"Apakah ini? Tak ada rasa langsung… Beginikah rasa sedap?" Ouyang Zhen mengetapkan bibirnya kemudian membaling sudu ke atas meja dan merungut.

Bu Fang terkejut sambil berfikir, "Biar betul! Tak mungkin Nasi Goreng Telur Tahap Tinggi rasa tak sedap."

Ini kali pertama dia bertemu pelanggan yang rasa Nasi Goreng Telur itu tak memuaskan.

Bu Fang menghidu aroma Nasi Goreng Telur itu; ia sangat kaya seperti sutera yang membelai mukanya. "Sepatutnya tak ada masalah dengan rasanya!"

"Adakah sebab deria rasa mereka unik?" fikir Bu Fang.

"Wahai gigolo, kau patut mengalah dan pulangkan adik perempuan kami. Kau tak mampu masak apa-apa yang boleh mengagumkan kami," Ouyang Di berkata sambil senyum riak.

Bu Fang tak menyangka langsung yang mereka hanya makan sesuap dan tak menghabiskan Nasi Goreng Telur itu.

Anjing hitam besar yang berbaring di pintu masuk restoran itu pun mengangkat kepalanya dan memandang mereka dengan penuh minat.

"Tunggu sebentar." Ekspresi muka Bu Fang suram. Dia merasakan yang kemahiran memasaknya dicabar teruk.

Dia kembali ke dapur dan Sup Tauhu Kepala Ikan sudah tersedia untuk dihidang. Dia menuang sup dengan berhati-hati ke dalam mangkuk porselin biru putih. Ikan Perap Bijian Wain Beras itu memerlukan beberapa minit lagi jadi dia hidangkan sup itu dulu.

"Ini adalah Sup Tauhu Kepala Ikan, selamat menikmati hidangan," kata Bu Fang dengan bersungguh.

Aroma Sup Tauhu Kepala Ikan lebih hebat daripada dengan Nasi Goreng Telur. Harumannya yang menyegarkan dicampur dengan aroma tauhu seperti kain kasa yang menyentuh kulit mereka. Sup putih susu dan tauhu yang jernih bak kristal itu bersinar di bawah cahaya.

Rupa hidangan itu sudah cukup menarik minat tiga adik beradik lelaki itu, dan membuka selera mereka. Namun, selepas mereka habis menghirup sup, wajah mereka tiada perasaan, seolah-olah mereka baru lepas minum air kosong.

"Tidak! Sup ikan kau tak sedap," kata adik beradik Ouyang itu sambil menggelengkan kepala.

"Menarik." Bu Fang masih tiada perasaan, tapi dia sangat serius pada masa itu. Dia merenung ke arah tiga beradik itu dan kembali ke dapur. Dia masih ada satu lagi hidangan dan jika tak berjaya juga, ada satu saja maksudnya.

"Pasti ada yang tak kena dengan deria rasa mereka."

Sebagai cef, Bu Fang yakin dengan hidangannya. Walaupun reaksi mereka memeranjatkan, ia tak memberi kesan kepada keyakinannya dalam memasak.

Dia mengeluarkan Ikan Perap Bijian Wain Beras itu dari pengukus buluh, aroma kaya wain itu terus memenuhi seluruh restoran.

Tiga beradik Ouyang tadi terus kaku, seperti nyawa mereka baru diambil.

"A... Abang! Aroma wain ini... sangat kaya!" Ouyang Di rasa mulutnya kering dan matanya terbeliak sebesar piring. Saat aroma wain itu terbit, dia terus tertawan.

Ouyang Wu dan Ouyang Zhen rasa sama sepertinya. Mereka rasa seperti semut masuk ke dalam seluar dan membangkitkan keinginan mereka untuk minum wain.

"Ini sememangnya bau wain yang bagus! Hanya 'Wain Berapi Marak dan Beraroma Indah' dari istana diraja yang mampu menandinginya! Betul ke restoran ini mempunyai wain yang berkualiti sebegini tinggi?" Ouyang Zhen terus-menerus menelan air liurnya sambil tidak sabar menunggu.

Ketiga-tiga mereka merenung ke pintu dapur, bila satu susuk tubuh langsing keluar.

Bu Fang sangat serius semasa membawa keluar Ikan Perap Bijian Wain Beras.

Namun, tiga pasang mata - yang seperti memandang mangsa - mengejutkan dia. "Apakah ini?!"

"Ini ialah Ikan Perap Bijian Wain Beras, selamat menikmati hidangan ini." Bu Fang memandang ketiga-tiga mereka, kemudian meletakkan Ikan Perap Bijian Wain Beras di atas meja dan berkata dengan bersemangat.

"Kenapa pula Ikan Perap Bijian Wain Beras? Ini bukan wain?!" Adik beradik Ouyang menjerit serentak, jelas kedengaran yang mereka kecewa.

"Saya sudah beritahu kami tak hidangkan wain," Bu Fang berkata tanpa perasaan.

"Gigolo, kau sudah kalah. Kau tak boleh menarik minat kami tanpa wain. Kau patut serahkan saja adik kami," Ouyang Wu mengeluh dan berkata sambil melihat ke arah Ikan Perap Bijian Wain Beras dengan perasaan kecewa.

"Kau patut cuba dulu," Bu Fang berkata secara tenang dengan bersungguh.

Pada masa itu, Ouyang Xiaoyi - yang baru saja lari ke biliknya - tiba-tiba keluar dari biliknya dengan muka penuh kerisauan. "Meninggalkan tauke busuk itu agak mengaibkan… Bagaimana kalau dia dipukul oleh abang-abangnya."

Ouyang Xiaoyi sedar sifat marah abang-abangnya dan rasa sedikit bersalah.

"Tauke busuk, kau mesti bertahan. Jangan mati sebelum aku sampai," Ouyang Xiaoyi berdoa dalam hati sambil dia berlari pantas dari biliknya ke tempat makan.

Dia mengintai dari belakang pintu ke tempat makan, tetapi perkara pertama yang dilihat menyebabkan matanya terbeliak besar kerana terkejut.

avataravatar
Next chapter