29 Kedai Kecil dalam Hujan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Shumai Keemasan itu nampak seperti diperbuat daripada emas. Haruman yang kaya - bercampur dengan bau buluh yang ketara - terus meluru kepada Bu Fang dan dia lemas dalam lautan bau harum. Kulit shumai yang bersinar itu nampak seperti api menyala, tapi bila dilihat dari jarak dekat, api itu hilang.

Ada sembilan Shumai Keemasan dalam pengukus buluh itu. Mereka kelihatan sungguh cantik dan sempurna seperti hasil karya seni.

Apabila inti pada mulanya dibalut dengan daging nipis, daging dan kulit shumai itu telah bersatu setelah dikukus. Intinya ialah campuran daging dan sayur yang mengeluarkan haruman tiada tandingan. Kelembapan yang datang dari sayur dan lemak datang dari Khinzir Berapi telah menghasilkan sup yang beralun dalam shumai itu.

Bu Fang tidak sabar untuk menikmati Shumai Keemasan; seleranya dibuka oleh haruman yang kaya itu. Menggunakan penyepit buluh ungu yang disediakan sistem, Bu Fang mengambil satu shumai. Tapi, sebelum dia masukkan keseluruhan shumai ke dalam mulut, dia menyedut supnya terlebih dahulu.

Sup itu - yang berwarna sedikit keemasan - ialah ramuan sayur semangat, daging daripada Khinzir berapi dan buluh ungu. Bila ia masuk ke dalam mulut, ia menyelubungi deria rasa dan mulutnya yang penuh dengan bau harum.

Bu Fang rasa sungguh teruja. Selepas menghirup sup, dia menggigit shumai itu sedikit. Kulitnya sangat lembut dan kerana ia bercampur dengan telur Merpati Ribut Petir, rasanya sedikit kebas. Walaupun tak begitu ketara, bila bercampur dengan sensasi membakar daripada daging Khinzir Berapi, rasanya menjadi unik.

Rasa shumai itu sangat sedap sehingga Bu Fang hampir menelan lidahnya sendiri.

Tak lama kemudian, kesemua shumai telah habis dimakan Bu Fang dan dia menjilat bibirnya. Makanan yang sedap mampu membuatkan orang gembira.

Selepas mengemas dapur, Bu Fang bersedia untuk membru Wain Jed Penyejuk Hati. Yis pembru yang disediakan sistem sudah pun melalui proses penapaian. Dia boleh terus menggunakannya.

Dia meletakkan balang tanah itu - yang separuh daripada ketinggian manusia - dalam almari simulasi persekitaran dan kerjanya siap. Dia hanya perlu menunggu selama tiga hari dan Wain Jed Penyejuk Hati akan siap. Bu Fang ternanti-nanti wain ini.

Setelah semuanya selesai, waktu telah sampai ke tengah malam. Bu Fang menguap dan bersedia untuk tidur. Sebagai cef, dia perlukan tidur yang berkualiti. Barulah badannya sihat jika dia tidur dan bangun awal setiap hari.

Pagi esoknya.

Bu Fang membuka restoran untuk berniaga. Cuaca tidak begitu baik hari ini. Awan hitam memenuhi langit dan tidak ada langsung cahaya matahari.

"Nampaknya hari mahu hujan," Bu Fang berkata pada dirinya sambil melihat langit di pintu masuk.

Si Hitam mengangkat kepalanya dan memandang Bu Fang, kemudian terus berbaring dan meneruskan tidurnya. Ia begitu malas sehingga langsung tidak mahu bergerak; ia seperti tak kisah pun nak cari tempat berlindung daripada hujan.

Bu Fang berasa hairan. Walaupun anjing hitam besar itu hidup macam khinzir, kenapa dia tak gemuk? Kalau khinzir dibela seperti itu, pasti saiznya berganda, tapi anjing ini masih kekal bentuk badan yang langsing.

"Aku rasa aku akan memperbaiki diet kau hari ini," Bu Fang berkata sambil mengusap bulu Si Hitam yang bersih itu.

Kemudian Bu Fang kembali ke dapur dan mula berlatih kemahiran memasaknya. Dia menyediakan satu hidangan Shumai Keemasan dan menggunakan baki inti shumai untuk masak daging dadu dengan sayur goreng.

Sambil Bu Fang membawa keluar hidangan beraroma itu dari dapur, mata anjing itu tiba-tiba bersinar sambil dia memandang mangkuk di tangannya.

"Daging! Ada daging!" Fikir anjing hitam besar itu dan ia menjelirkan lidahnya dengan penuh semangat.

Melihat Si Hitam makan dari mangkuk itu dengan lahapnya, Bu Fang tersenyum kaku. Dia menarik kerusi ke pintu masuk dan berlingkar di atasnya. Disebabkan tak ada rasa hangat cahaya matahari, Bu Fang termenung melihat langit.

Tak lama selepas itu, Si Gemuk Jin dan rakan-rakannya tiba. Sambil mereka masuk ke dalam restoran, mereka nampak hidangan baru dalam menu iaitu Shumai Keemasan.

"Tauke Bu, itu hidangan baru ke? Shumai? Itu untuk sarapan?" Mata Si Gemuk Jin bersinar sambil bertanya kepada Bu Fang.

"Ya." Kata Bu Fang tanpa perasaan. Dia kemudian bangun untuk mula bekerja. Ketibaan Si Gemuk Jin menandakan hari yang sibuk.

Bila Si Gemuk Jin dan rakan-rakannya nampak Shumai Keemasan yang baru disediakan, mereka terkejut. Haruman kaya itu membuatkan mereka tak sabar untuk mencubanya.

Tak syak lagi, masakan Bu Fang adalah yang terbaik.

Mulut Si Gemuk Jin berlumuran minyak sambil makan dengan lahap. Mereka yang belum dapat pencapaian tahap pertapaan Maniak Pertempuran kelas ketiga hanya mampu melihat sambil meleleh air liur.

"Kemahiran memasak Tauke Bu memang hebat! Shumai Keemasan ini sangat sedap! Memang sesuai dengan selera aku! Haha!" Selepas menghabiskan shumai, Si Gemuk Jin ingin memesan satu hidangan lagi tapi permintaannya ditolak mentah-mentah oleh Bu Fang.

Setiap hidangan shumai berharga sepuluh kristal, tapi Si Gemuk Jin tak kisah pun. Namun, kuantiti hidangan itu tak mampu mengisi perutnya, jadi dia memesan hidangan lain juga.

Selepas seketika, Si Gemuk Jin dan kawan-kawannya meninggalkan Restoran Fang Fang dengan puas hati. Mereka sangat bahagia dapat menikmati rasa itu setiap hari.

"Tauke busuk, saya tak lambat, kan?" Ouyang Xiaoyi berkata sambil menguap.

Bunyi guruh kedengaran dari jauh.

Baru saja Ouyang Xiaoyi masuk ke dalam restoran, hujan pun turun. Hujan itu membentuk langsir di langit, menutupi syurga dan bumi.

"Tak, kamu lambat," kata Bu Fang, bersungguh-sungguh.

Ouyang Xiaoyi menjegilkan matanya dan kemudian menjelirkan lidahnya sambil membuat muka kepada Bu Fang.

"Tauke busuk! Saya bawa cukup duit hari ini, saya nak makan sarapan!" Ouyang Xiaoyi berkata dengan megah sambil mengeluarkan uncangnya dan menayangnya di hadapan Bu Fang. Kedengaran bunyi kristal berlanggaran dalam uncang itu.

Bu Fang memandang uncang itu tanpa perasaan. Ada muka khinzir tersenyum yang dijahit di atasnya; memang gaya dia.

"Oh. Ada hidangan baru hari ini, tapi pencapaian tahap pertapa kamu belum cukup tinggi. Kalau tak, kamu dah boleh rasa," kata Bu Fang.

Wajah Ouyang Xiaoyi kaku dan dia rasa macam ada anak panah yang menusuk dadanya. "Sakitnya hati!"

"Saya akan bekerja keras demi makanan!" Ouyang Xiaoyi berkata sambil memuncungkan bibirnya.

"Oh, mesti Atuk kamu gembira kalau dia tahu," Bu Fang berkata tanpa perasaan.

Seronok? Tak mungkin! Kalau Tok Ouyang tahu yang dia berlatih hanya untuk makan sedap, mungkin dia akan muntah darah.

Sambil mereka bertengkar, satu kelibat kelihatan dalam hujan.

Sambil memegang payung kertas minyak dan memakai jubah putih, rupanya lembut dengan senyuman manis di wajahnya.

Putera ketiga berjalan perlahan masuk ke dalam Restoran Fang Fang dan menutup payungnya. Dia menggoncang sedikit payung itu untuk mengibas air dan menyandarkannya ke dinding.

Bu Fang memandang putera ketiga itu. Dia nampak berbeza. Walaupun dia masih kelihatan lembut dan pekertinya halus, dia nampak dingin yang menakutkan.

Ji Chengxue masuk ke dalam Restoran Fang Fang tanpa menegur Bu Fang. Dia terus mencari tempat duduk.

Kedua-dua Ouyang Xiaoyi dan Bu Fang terkejut.

Tak lama kemudian, bunyi tapak kaki yang kuat kedengaran dari lorong, termasuk bunyi hujan yang menimpa topi buluh.

Dari jarak dekat, kelihatan empat kelibat berjalan perlahan ke arah Restoran Fang Fang dari hujung lorong itu.

Hujan semakin lebat dan titisan hujan membasahi tanah. Kabus semakin tebal dan semuanya nampak pelik. Hujan seperti berhenti berbunyi.

Sambil empat kelibat itu masuk ke dalam Restoran Fang Fang, hujan dan rasa dingin berhembus masuk dan suasana hangat bertukar menjadi dingin.

Ouyang Xiaoyi menggeletar dan berselindung di sebalik Bu Fang sambil memerhatikan empat orang itu.

Keempat-empat mereka duduk berasingan. Mereka tak menegur Bu Fang pun sambil mereka mengerumuni Ji Chengxue.

Air hujan menitis dari salah satu topi buluh mereka dan bunyinya seperti guruh dalam keadaan senyap itu bila ia menitis atas tanah dan meletus.

Kemudian, empat cahaya putih yang menyilaukan tiba-tiba muncul - seperti bunga yang jangka hayatnya pendek - sambil mereka bergegas ke arah Ji Chengxue. 

avataravatar
Next chapter