27 Kau Berdendam Dengan Anjing?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ouyang Xiaoyi berselindung di sebalik pintu sambil mengintai ke tempat makan. Dia nampak abang-abang gasarnya sedang makan Ikan Perap Bijian Wain Beras itu dengan lahapnya.

Betul!

Mereka berkelakuan seperti orang lain bila makan Nasi Goreng Telur Bu Fang. Wajah mereka yang gembira menyebabkan Ouyang Xiaoyi rasa seram sejuk.

Ouyang Xiaoyi tahu situasi mereka yang menjadikan dia lebih terkejut dan kagum. Walaupun dia setuju yang makanan Bu Fang amat sedap, abang-abangnya mempunyai deria rasa yang teruk. Bagaimana mereka boleh kagum dengan hidangan ini?

"Oh! Saya tahu! Ikan Perap Bijian Wain Beras itu ada aroma wain yang kuat… Aaroma wain daripada bijian pembru dah meresap sepenuhnya ke dalam ikan, menyebabkan ikan itu rasa seperti wain. Sebab itulah mereka yang hanya boleh rasa wain, boleh tertawan dengan hidangan itu!"

Mata Ouyang Xiaoyi bersinar dan dia pasti yang hipotesisnya tepat.

Sambil Bu Fang melihat ketiga-tiga mereka makan dengan gelojoh, akhirnya timbul rasa lega di wajahnya. Memang pasti… tak ada orang yang mampu menahan diri dari makanan gourmet.

"Tahniah, tuan, kerana menyelesaikan misi sampingan: Menakluki selera tiga orang gasar Ouyang. Ganjaran akan diberikan kemudian. Anak muda, kamu telah maju ke hadapan dalam perjalanan menjadi Tuhan Masakan. Terus berusaha," Suara bersungguh sistem kedengaran dalam minda Bu Fang.

Senyuman kaku terpancar di wajahnya.

Ini kali pertama tiga orang gasar Ouyang itu menikmati rasa makanan gourmet, dan ini kali pertama mereka merasa makanan yang mampu membuka setiap pori di tubuh mereka. Ikan itu sememangnya sangat lazat.

Ia ada sedikit kesan sejuk yang meresap ke dalam minda mereka, dan bercampur dengan kesan sejuk itu ialah aroma kaya wain yang memancarkan haba. Campuran panas dan sejuk harmoni antara satu sama lain dan ia terus menyerang deria rasa yang hampir mati itu, seperti pokok mati yang hidup semula.

Mereka mengalami satu rasa… rasa yang mereka tak dapat lupakan untuk seumur hidup mereka.

"Kenapa semua habis? Berani kau ambil makanan abang kau!" Ouyang Zhen masih dalam keadaan bingung bila dia akhirnya sedar yang semua ikan itu sudah habis; cebisan terakhir ikan itu diambil oleh Ouyang Di.

Tulang ikan diambil oleh Ouyang Wu dan dia menjilatnya sambil memegang tulang itu.

Dengan itu, keseluruhan ikan licin dimakan mereka.

Ketiga-tiga mereka memandang pinggan itu dengan hati yang berat sambil mereka menjilat bibir dan jari, sambil cuba mengingati rasa luar biasa sebentar tadi.

"Kamu dah habis makan? Aku menang pertaruhan itu, bukan? Sekarang kamu perlu mengaku yang makanan aku sedap," Bu Fang berkata acuh tak acuh tapi penuh yakin, sambil dia memandang mereka tanpa ekspresi.

Ketiga-tiga orang gasar Ouyang itu kaku, sambil menyumpah secara perlahan. Mereka terlampau rasa teruja sehingga terlupa pertaruhan mereka dengan Bu Fang… Ikan Perap Bijian Wain Beras itu terlampau sedap, seperti hidangan itu dibuat khas untuk mereka.

"Ehem… Gigolo, bagaimana patut aku katakan? Walaupun kami habiskan makanan tadi, tapi… Tsk, tsk, tsk. Masih tak sedap, ikan kau tidak begitu sedap," kata Ouyang Zhen sambil menjilat jarinya.

"Kalau tidak begitu sedap, kenapa kau masih menjilat jari dengan rasa puas hati?" Bu Fang berfikir tanpa ekspresi.

"Betul! Makanan kau rasa ter… Uh, walaupun rasa dia okey, ia tak cukup sedap!" Mata Ouyang Di bergerak sedikit sambil dia bercakap dengan kaku.

Ouyang Xiaoyi, yang bersembunyi di sebalik pintu, menutup mukanya dengan tangan disebabkan rasa malu. Hanya abang-abangnya yang bodoh itu saja dapat menipu secara terang-terangan.

"Betul itu! Gigolo, sebab itu kau kalah! Sekarang cepat pulangkan adik kami! Kalau tak kami runtuhkan kedai ini!" Ouyang Wu menggertak dengan ganas sambil memukul meja. Namun, bila dia menjilat bibir dengan lidah, keganasannya itu melucukan.

Bu Fang masih lagi berdiri di situ tanpa ekspresi. Dia tahu tiga orang dungu ini mahu mungkir janji. 

"Si Putih, bogelkan mereka. Ambil kristal secukupnya dan campak mereka keluar," kata Bu Fang. kemudian dia mengutip pinggan di atas meja dan kembali ke dapur.

Namun, bila Bu Fang memusingkan badan, dia ternampak Ouyang Xiaoyi bersembunyi di belakang pintu. Dia terkejut, kemudian berjalan melepasinya tanpa ekspresi dan terus masuk ke dapur.

Mata Ouyang Xiaoyi menjadi besar bila dia nampak betapa tenangnya Bu Fang. Dia keliru dengan reaksinya. Kenapa dia tak takut abang-abangnya akan menggila? Mereka juga takut dengan diri sendiri bila menggila!

Namun begitu, apa yang berlaku seterusnya membuat Ouyang Xiaoyi terdiam.

Dia nampak ada satu boneka putih yang comel - dengan perut buncit - mencampak ketiga-tiga abangnya dengan sekali tamparan setiap seorang. Semasa mereka dicampak keluar, mereka dibogelkan kecuali kain cawat untuk menutup bahagian sulit.

"Ah!" Ouyang Xiaoyi menjerit sambil menutup matanya. "Jijiknya! Sangat jijik! Saya tak tahu Si Putih begini!"

Ouyang Xiaoyi terkejut tapi ketiga-tiga orang gasar Ouyang itu lebih terkejut. Mereka mengigil bila angin sejuk bertiup ke badan mereka. Ketiga adik beradik itu memandang ke arah boneka besi itu dengan rasa takut.

"Oh Tuhan! Abang Long, dia ini sangat menakutkan! Kita dibogelkan sebelum sempat bertindak!" Ouyang Di rasa terkejut. Pada masa itu, dia rasa seperti sedang berhadapan dengan datuknya.

Datuk mereka ialah Jeneral Lama Ouyang Qi, Mahajara Pertempuran Kelas Keenam! Mungkinkah boneka besi dari restoran kecil ini mempunyai kekuatan yang sama seperti Maharaja Pertempuran?

"Anjing celaka1! Bila benda menakutkan macam ini ada di bandar Diraja!" Ouyang Zhen menyumpah seranah dengan kuat.

Anjing hitam besar yang baring di pintu masuk kemudian membuka matanya dan merenung ke arah Ouyang Zhen.

"Anjing celaka? Kau berdendam ke dengan anjing?"

Wajah Ouyang Zhen bertukar pucat. Dia rasa macam ada suatu tekanan - terlalu kuat dan dia tak mampu hentikannya - dan ia menekannya ke bawah. Sedangkan kain cawat yang menutupi bahagian sulitnya meletup pun hancur berkecai.

Kedengaran satu bunyi perlahan…

Ouyang Zhen sedang melutut di atas tanah dengan mata yang tidak bermaya, seperti mengalami keletihan yang amat sangat.

Ouyang Wu dan Ouyang Di terkejut dengan apa yang berlaku. Mereka melihat restoran itu dengan penuh ketakutan, kemudian mengangkat Ouyang Zhen dan terus berundur… Musuh mereka terlampau kuat; lebih baik mereka panggil bantuan.

Mereka bertiga lari dan meninggalkan lantai yang penuh dengan debu.

Anjing besar hitam itu melihat ke arah mereka dengan rasa menyampah, kemudian menjilat bulu cantiknya, kemudian merengus dan kembali tidur.

Zhao Ruge dan lain-lain berdiri di luar lorong itu, menjangka ketiga-tiga orang gasar Ouyang akan meruntuhkan restoran keji itu. Namun, setelah lama menunggu, mereka dapati tiga tubuh bogel berlari keluar dengan sengsara.

Dua daripada mereka ada cawat yang menutupi bahagian sulit dan mereka masih okey, tapi apa yang yang si tengah itu telah lakukan? Kenapa dia seorang saja yang telanjang bulat?

Semua orang melihat satu sama lain, dan mereka boleh nampak ketakutan masing-masing.

"Apa yang berlaku… Kenapa tiga orang gasar Ouyang dicampak keluar? Kenapa restoran itu menakutkan? Dia tak takut ke keluarga Ouyang akan membalas dendam?" Mata Sun Qixiang terbeliak sambil berkata dengan terkejut.

Zhao Ruge mengerut kening dan muka kacaknya menjadi serius. Dia bukan Sun Qixiang, dia fikirkan lebih dari itu. Restoran kecil yang dibuka di lorong bandar Diraja mampu mencampak keluar tiga orang gasar Ouyang yang tinggal di bandar Diraja. Boneka itu sungguh kuat ke? Adakah restoran itu semudah itu?

"Tidak! Restoran itu tak semudah itu! Situasi terkini di bandar Diraja tidak stabil, dan ada banyak pakar dari Sekta yang bersembunyi… Pasti ada sesuatu yang menyebabkan restoran itu tiba-tiba muncul dan berjaya mengalahkan orang gasar Ouyang!"

Zhao Ruge menarik dan menghembus nafasnya dengan berat. Sebagai anak Menteri Kiri, dia nampak dan berfikir lebih jauh. Dia tak berani memandang mudah restoran kecil itu lagi.

"Celaka! Si bedebah itu menang lagi! Tak, aku mesti balas dendam! Aku akan tutup restoran itu!" Laung Sun Qixiang.

Zhao Ruge memandangnya sambil matanya mengecil dan senyuman misteri terpampang di wajahnya.

Adik beradik Xiao dan putera ketiga, Ji Chengxue, juga sudah tiba dan nampak adik beradik Ouyang berlari bogel dari jauh.

"Nampaknya kita tak perlu masuk campur pun. Tauke Bu bukan orang biasa." Sambil Ji Chengxue melihat kelibat tiga orang gasar Ouyang itu berlari, senyuman lembut tapi penuh bermakna muncul di wajahnya.

Sebagai prodigi wanita, Xiao Yanyu berfikir lebih jauh daripada orang biasa. Keningnya berkerut seketika dan kembali tenang.

Mereka memilih untuk tidak masuk ke Restoran Fang Fang dan kembali semula. Sun Qixiang dan Zhao Ruge turut beredar; mereka tak berani mengambil tindakan terburu-buru tanpa memahami restoran itu dengan jelas.

Selepas membasuh pinggan mangkuk, Bu Fang kembali ke tempat makan. Dia menepuk badan Si Putih dan memujinya. Kemudian dia bersedia untuk menutup restoran pada hari itu.

"Tauke… Tauke busuk, saya rasa saya balik dulu. Saya takut datuk saya marah dan menghantar askar untuk memusnahkan tempat ini." Ouyang Xiaoyi berkata dengan berhati-hati. Ouyang Xiaoyi takut dengan tauke busuk ini; dia mungkin akan dibogelkan jika tidak bersetuju.

Bu Fang agak terkejut, kemudian mengangguk dan berkata, "Waktu operasi hari ini dah tamat, kamu boleh balik sekarang. Tapi, kamu kena datang esok. Kamu hanya akan dibebaskan selepas bekerja selama tujuh hari."

Ouyang Xiaoyi mengangguk dan beredar dari kedai dengan berhati-hati, kemudian berlari balik ke rumah manor Ouyang.

Bu Fang menguap tanpa ekspresi dan kembali ke dapur. Dia mahu mencuba ganjaran baru yang dia dapat dan hidangan yang dia lupa buat malam semalam… shumai keemasan.

avataravatar
Next chapter