36 Dia Minum Nektar Berhias Permata, Saya Menikmati Wain Jed Penyejuk Hati

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Suara garau itu agak dingin dan kasar seperti kertas paper.

Keinginan yang teramat sangat boleh didengari daripada nada suaranya.

"Sudah tentu ada wain." Bu Fang berkata sambil mengangguk. Dia ingin mengambil masa menikmati wain itu, tapi disebabkan ada pelanggan, dia meletakkan mangkuk wain di tangannya.

Lelaki itu dengan gembira masuk ke dalam restoran dan duduk, sambil berkata dengan garau, "Tauke, berikan saya satu balang wain."

Bu Fang mengangguk faham tanpa perasaan. Dia kemudian menoleh ke arah menu dan terpapar hidangan baru di situ.

"Wain Jed Penyejuk Hati, lima belas kristal untuk satu balang."

"Hanya lima belas kristal? Tak begitu mahal." Bu Fang terkejut tapi dia terus faham kenapa. Walaupun Wain Jed Penyejuk Hati ialah wain bermutu tinggi, bahan-bahannya taklah semahal hidangan lain.

Satu-satunya faktor pelaris ialah cara pembuatannya yang rumit menggunakan Sembilan Kaedah Membru. Bahannya pula boleh dikira biasa. Beras yang digunakan ialah beras semangat bermutu tinggi, tapi ia tak setanding Beras Mutiara yang digunakan dalam Nasi Goreng Telur.

"Sistem, tak murah sangat ke harga tu?" Bu Fang diam-diam bertanya kepada sistem.

"Harga yang ditetapkan sistem adalah berpatutan. Ia ditentukan dari kombinasi bahan, proses dan masa. Wain Jed Penyejuk Hati hanyalah wain biasa, jadi harganya tak terlalu tinggi. Jika dibandingkan dengan wain buah dan wain semangat yang diperbuat daripada bahan bergred tinggi, akan tetap ada perbezaan harga. Lima belas kristal ialah harga maksimum bagi wain biasa seperti ini," sistem berkata dengan bersungguh.

Bu Fang menangguk faham.

"Wain Jed Penyejuk Hati berharga lima belas kristal," kata Bu Fang tanpa perasaan kepada lelaki yang memakai topi buluh itu.

"Lima belas kristal?" Lelaki itu nampak agak terperanjat. Harga lima belas kristal bagi sebalang wain agak mengarut. Namun, bila dia melihat menu, dia terdiam.

Selepas seketika, dia berkata, "Saya mahu pesan satu balang. Bila saya lalu di lorong ini tadi, saya tertarik dengan aroma wain kaya yang meluru keluar. Saya harap wain ini berbaloi dengan harganya."

Barang berkualiti tak perlu diiklankan. Mulut Bu Fang tersenyum sedikit.

"Kamu tak akan kecewa dengan wain saya," Bu Fang membalas dengan yakin. Kemudian, dia masuk ke dapur dan mengeluarkan Wain Jed Penyejuk Hati dari almari.

Balang tanah itu sebenarnya tak begitu besar dan lebih kecil dari balang biasa yang digunakan untuk menyimpan wain. Bu Fang meletak balang wain itu di hadapan lelaki bertopi buluh dan berkata, "Ini wain kamu."

Lelaki itu mengangguk, kemudian dia membuka topi buluhnya yang bervel hitam dan memperlihatkan wajahnya.

Bu Fang agak terperanjat melihat wajah lelaki itu. Melihat kepada profilnya, lelaki itu seperti biasa dilihatnya.

Sambil dia membuka topi buluhnya, satu aura yang menawan dan penuh budi bahasa boleh dirasai. Wajahnya tampan dan matanya bersinar terang seperti bintang dan mulutnya tersenyum secara semulajadi.

"Patutlah! Lelaki ini menyerupai si pondan itu, Xiao Xiaolong!"

"Tauke, kenapa kamu pandang saya begitu?" Lelaki itu tertawa kecil dan berkata dengan suara garau.

"Tak ada apa-apa. Cuma saya rasa saya pernah lihat kamu. Selamat menikmati minuman ini," Bu Fang membalas tanpa perasaan. Dia kemudian duduk dan mula menikmati wainnya juga.

Lelaki itu pun tak ambil peduli. Halkumnya bergerak sedikit semasa dia membuka penutup kain balang wain itu.

Aroma wain yang kaya terus meluru keluar seperti letusan gunung berapi dan terus menusuk ke dalam lubang hidung dan terus turun ke hati. Dia menikmati aroma itu dengan penuh perasaan.

Dia mula menuang wain itu ke dalam cawan porselin berwarna biru putih yang diberi Bu Fang. Wain yang jernih bak kristal itu nampak semurni mata air di pergunungan dalam dan tak langsung nampak keruh.

"Wain yang bagus!" Lelaki itu tak mampu menahan rasa seronoknya sambil dia berkata perlahan. Dia kemudian mengangkat cawan wain dengan berhati-hati dan minum dengan perlahan.

Sambil wain itu mengalir ke dalam tekaknya, liang-liang roma badannya terus terbuka. Dia menghembus nafas dengan kuat sambil matanya bersinar dan dipenuhi rasa tak percaya.

Dia begitu tertawan dengan aroma yang kaya dan rasa ais dan api dari wain itu.

"Wain yang bagus! Ia setanding Wain Nektar Berhias Permata dari istana Diraja!" Lelaki itu sekali lagi memujinya.

Rasanya kuat, matang dan beraroma! Ia juga dapat merangsang daya tulen dalam badan! Harganya patut lebih daripada lima belas kristal!

"Haha! Tak sangka saya boleh jumpa wain yang sehebat ini, saya memang bertuah! Mereka minum Wain Nektar Berhias Permata di istana, sementara saya menikmati Wain Jed Penyejuk Hati di sini. Saya tak rugi apa-apa langsung." Lelaki itu ketawa dan menuang secawan lagi wain. Dengan menelan terus wain itu, rasa pedas dalam tekaknya menyebabkan kulitnya yang putih melepak menjadi kemerah-merahan.

Bu Fang minum dengan lebih tenang sambil dia menghirup wainnya. Dia taklah pandai sangat minum, jadi dia hanya mengisi cawan kecil saja.

"Tauke, kamu ada apa-apa hidangan yang sesuai dengan wain ini?" Lelaki itu menghabiskan secawan wain dan bertanya kepada Bu Fang yang sedang menghirup wainnya. 

"Tak ada." Balas Bu Fang.

Wajahnya sedikit kecewa tapi perasaan itu hilang bila dia teruskan dengan minumannya.

"Kenapa kamu masih berniaga hari ini? Kenapa tak pergi menyaksikan kepulangan Jeneral Besar Xiao Meng?" Tanya lelaki itu kepada Bu Fang. Dia lebih banyak cakap selepas minum beberapa cawan wain.

"Apa kaitan kepulangannya dengan saya?" Bu Fang membalas dengan tenang.

Lelaki itu tiba-tiba terkesima, kemudian dia tertawa dan nampak begitu gembira.

"Tauke ini nampaknya seorang yang cepat marah. Mari saya ucapkan selamat." Lelaki itu tertawa dan minum lagi satu cawan wain.

Bu Fang masih lagi tak berperasaan sambil dia terus menghirup wainnya dengan santai.

Seseorang pernah berkata yang terdapat dua kaedah minum wain. Kaedah pertama ialah minum terus. Hanya tuangkan wain ke dalam mulut dan rasa kematangannya.

Kaedah yang lain pula, minum sambil melayan perasaan. Bila wain diminum dengan emosi berbeza, rasanya pun akan berbeza. Itulah cara orang yang memang pandai minum wain.

Bila seseorang yang minum wain itu sedang bercinta, dia akan rasa sangat gembira. Bila seseorang minum dengan perasaaan marah, dia akan nampak menakutkan walaupun dia tak rasa marah. Bila seseorang minum dengan perasaan sedih, dia akan bermurung hiba. Bila seseorang minum dengan rasa gembira, dia akan minum tanpa henti.

"Betul itu. Apa kaitan kepulangannya dengan kamu? Tak kiralah betapa gemilangnya dia, dia masih lagi seorang algojo1 dengan tangan berlumuran darah. Dia hanyalah pedang tajam di tangan Ji Changfeng." Lelaki itu bertukar murung sambil dia minum secawan demi secawan wain dengan laju.

'Lelaki ini ada kisah tersendiri.' Bu Fang terkebil dan berfikir sambil dia menghirup wainnya.

Selepas itu, lelaki itu banyak berdiam sambil terus menuang dan minum wain. Tak lama kemudian, sebalang Wain Jed Penyejuk Hati pun habis dan lelaki itu nampak sedikit mabuk sambil matanya menjadi kabur.

Kekuatan Wain Jed Penyejuk Hati itu tak dapat Bu Fang bayangkan. Dia mungkin boleh minum separuh balang wain biasa, tapi dia hanya mampu minum paling banyak pun tiga cawan Wain Jed Penyejuk Hati. 

Tapi lelaki ini mampu menghabiskan satu balang dan masih lagi tak mabuk sepenuhnya. Kebolehan dia untuk minum memang memeranjatkan.

"Tauke, wain dah habis! Berikan saya sebalang lagi." Kata lelaki itu sambil berkerut.

"Setiap orang hanya boleh memesan satu balang saja." Balas Bu Fang. Dia pun sudah menghabiskan secawan wainnya dan mukanya sedikit merah.

Lelaki itu mengetuk meja dan meletakkan berdozen kristal di atas meja. "Tauke, jangan risau tentang kristal. Beri saya satu balang lagi."

"Itu peraturan restoran: setiap orang hanya boleh memesan satu balang sahaja." Bu Fang membalas tanpa perasaan.

Lelaki itu mengerutkan dahi, kemudian dia mengetuk meja dan pedangnya terkeluar dari sarung.

Bunyi pedang itu seperti ngauman naga dalam restoran itu.

Lelaki itu menghalakan pedang ke arah Bu Fang. Hujung pedang itu hanya seinci dari hidung Bu Fang dan dia dapat merasakan kedinginan pedang itu.

Bu Fang berasa sedikit seram sejuk tapi dia masih tak menunjukkan apa-apa perasaan.

"Kamu tak kenal saya siapa? Betul kamu berani tak hidangkan wain kepada saya?" Lelaki itu mengejek sambil tersenyum.

"Kenapa saya perlu kisah siapa kamu? Kamu cuba nak buat masalah ke?" balas Bu Fang. Walaupun hujung pedang itu hanya seinci jauh, dia tak rasa gentar pun.

Lelaki itu memandang Bu Fang seketika sebelum memasukkan pedang itu ke dalam sarungnya dan membalutnya semula. Tenaga pedang yang membara dalam restoran tadi hilang serta-merta.

"Tauke ini pelik orangnya. Saya berikan tiga puluh kristal. Saya nak tempah Wain Jed Penyejuk Hati untuk esok." Lelaki itu berkata sambil tertawa. Dia kemudiannya memakai topi buluhnya, menyangkut pedang di belakangnya dan menuju ke pintu masuk.

Bila dia tiba di pintu masuk, dia bertanya, "Memang betul ke tauke tak kenal siapa saya?"

"Saya tak kenal dan tak perlu kenal sesiapa. Sesiapa yang masuk ke dalam restoran ini ialah pelanggan saya. Saya alu-alukan kedatangan sesiapa saja asalkan dia tak buat masalah." Bu Fang berkata dengan serius.

"Hahaha! Bagus! Saya, Xiao Yue dari Astaka Pedang Void, menerima kamu sebagai kawan!" Lelaki itu tertawa sambil dia keluar dari restoran dan menghilang dalam musim luruh berangin itu.

"Xiao Yue? Nama keluarganya Xiao…" fikir Bu Fang. Namun, dia memuncungkan mulut sambil bergumam, "Lelaki yang sangat ego! Siapa yang terima kamu sebagai kawan?"

Sesudah dia bergumam, suara sistem kedengaran dalam fikirannya…

avataravatar
Next chapter