230 Cef Hantu yang Tidak Berjaya Berlagak dan Akhirnya Dibantai

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Seperti dijangka, Bu Fang gagal ujian penilaian dan bukanlah semudah yang disangka untuk lulus ujian itu.

"Kriteria utama penilaian itu ialah jumlah tenaga semangat yang berjaya dikekalkan dan faktor pengumpulan Pemahaman Laluan..." Bu Fang menggumam sendiri sambil menyentuh dagunya.

Dia menggunakan Pisau Tulang Naga Emas untuk memotong buah itu, jadi tenaga semangatnya sudah pasti berjaya dikekalkan. Mungkin sebab banyak tenaga semangat yang dibazirkan sewaktu memasak, dia tidak mengawal pergerakan tenaga semangat itu juga.

"Jadi, membazir saja sajian ni..." Sambil Bu Fang memandang kabus berbentuk awan itu menghilang, dia dapat merasakan kesakitan dalam dirinya.

"Untuk Tuan yang mahu menjadi cef terulung dalam dunia fantasi ini, kalau masakannya gagal dalam ujian penilaian, tiada satu pun yang dibenarkan untuk dijual." Kata-kata tegas dan berhemat itu kedengaran dari sistem.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter