124 Bunga-bunga Pokok Api, Sajian Tenaga Semangat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas Ji Chengxue beredar, satu susuk tubuh yang penat mengembara masuk ke dalam restoran itu sambil diikuti dua orang lagi.

Bu Fang melirikkan mata ke arah mereka dan ternampak Ni Yan dan dua orang muridnya. Ni Yan sedang membawa satu bekal makanan yang disaluti daya tulennya untuk mengelakkan bekal itu sejuk dan menjejaskan rasa makanan di dalamnya.

"Tauke Bu, masakan saya dah siap. Tolong rasa dan kita lihat sama ada kamu berpuas hati atau tak!" Ni Yan begitu yakin. Di atas vel yang menutup mukanya, kelihatan matanya bersinar bagaikan batu permata.

Bu Fang menjerit perlahan. Dia tak pernah menjangka yang Ni Yan akan membawa sajian itu ke sini.

Disebabkan tak ada pesanan untuk disiapkan dan Bu Fang berasa agak senang hati, dia duduk di meja dan menyuruh Ni Yan membawa sajian itu kepadanya.

Raja Yu sedang menikmati sajian berhampiran dengan mereka dan ternampak Ni Yan dan anak-anak muridnya juga. Dia agak terperanjat kerana dia mengenali Ni Yan. Lagipun, kekacauan yang disebabkan oleh wanita itu pada bukanlah sesuatu yang kecil.

'Santo Pertempuran wanita yang panas baran ni datang ke restoran Tauke Bu? Adakah mereka dari kumpulan yang sama?' Raja Yu berkata dalam hati.

Bu Fang tidak memikirkan sangat tentangnya dan dia ternanti-nanti untuk merasa sajian Ni Yan. Dia dikatakan cef nombor satu dalam Sekta Cakerawala Rahsia dan sajiannya berjaya menundukkan semua orang dalam sekta. Disebabkan itu, dia pasti agak mahir memasak.

Ni Yan meletakkan bekas makanan kayu di atas meja dan menghentikan daya tulen sebelum membukanya bekasnya. Dengan serta merta, bau enak sayur-sayuran meresap keluar dari bekas itu.

Bu Fang menarik nafas dalam. Dia mengangkat keningnya dan seakan-akan mengangguk. Berdasarkan baunya saja, dia tahu yang rasa sajian Ni Yan agak sedap. Baunya sudah cukup membuka selera Bu Fang.

Bila Ni Yan membawa keluar sajian itu, mata Bu Fang mengecil sedikit. Dia mengangkat kepalanya dan memandang sekilas ke arah Ni Yan dengan penuh makna.

Sajian ini merupakan penemuan baru. Nampaknya, Ni Yan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakannya.

Sajian ini berupa sejenis buah bersaiz penumbuk dengan kulit yang berwarna seakan-akan api. Ada juga sedikit api yang menyala di permukaannya. Buah ini sudah dipotong di tengah-tengahnya oleh Ni Yan dan isinya dikorek sebelum digantikan butiran nasi emas. Nasi itu dilitupi selapis sos yang unik dan beraroma. Sajian itu juga berwap.

"Apa nama sajian ni?" Bu Fang bertanya selepas menghidu baunya yang wangi.

"Ini sajian istimewa saya, Bunga-bunga Pokok Api, dan ini juga hidangan di mana saya dapat mengawal tenaga semangat dengan paling stabil. Sajian ini boleh menyimpan lebih kurang tiga puluh peratus tenaga semangat." Ni Yan berkata bersungguh-sungguh.

Ini sajian yang mengandungi tenaga semangat. Bu Fang mula mengiktiraf sajian itu kerana hampir sama dengan masakannya sendiri. Selain aromanya yang unik, sajian itu turut mempunyai tenaga semangat.

Bu Fang mengambil sudu porselin dan mencedok sesudu nasi emas itu. Haruman yang terbit dari nasi itu hampir setanding Nasi Goreng Telur Bu Fang.

This fragrance contained the scent of various fruits, and there was also a distinct smell of a pleasurably sos masam.

Sambil Bu Fang menyuap nasi itu ke dalam mulutnya, dia tak menjangka yang butiran-butiran nasi itu rasa savuri dan begitu kenyal. Teksturnya seperti gula-gula lembut. Selepas menggigitnya, dia rasa seperti butiran-butiran nasi itu melompat-lompat di antara giginya dan menghasilkan rasa yang unik.

Rasanya agak sedap. Perisa isi buah dan sos yang bercampur itu memenuhi tunas rasanya dengan serta merta.

Mata Bu Fang bersinar dan dia menyuap dua sudu penuh lagi ke dalam mulutnya. Selepas mengunyah seketika, dia berkata,"Boleh tahan."

"Bunga-bunga Pokok Api" ini memang sajian yang agak sedap. Walaupun jumlah tenaga semangat dalam sajian itu rendah dan lebih rendah lagi daripada Nasi Goreng Telur biasa restorannya, rasanya begitu mengagumkan.

"Saya memilih buah semangat kelas kedua, Buah Semangat Api, untuk hidangan saya. Isi dan kulitnya mempunyai warna berbeza, tapi rasanya sangat sesuai bersama. Ada rasa manis dan masam yang enak dan ada juga tenaga semangat. Beras emas ini direndam dulu dengan Madu Lebah Kepala Api dan dimasak bersama isi Buat Semangat Api. Selepas menutup beras di dalam kulit buah dan mengukusnya seketika, Bunga-bunga Semangat Api pun siap." Ni Yan berkata sambil berasa agak bangga dengan sajiannya.

Bu Fang mahu dia menunjukkan sajian istimewanya, jadi dia berbuat sedemikian untuk menundukkan Bu Fang.

Namun begitu, tak lama kemudian, wajahnya yang kelihatan gembira dengan kemenangan itu menjadi kaku.

Bu Fang mengurut dagunya dan memandang Ni Yan sekilas dan berkata,"Rasa sajian kamu ni boleh tahan dan perisanya agak unik. Tapi masih ada banyak kelemahan… Disebabkan kamu menggunakan kulit Buah Semangat Api untuk menutup butiran-butiran beras emas itu sebelum mengukusnya, kamu perlu memastikan masa mengukusnya tepat dan setiap butiran beras disaluti madu. Jelas sekali, kamu tak nampak kesalahan ini semasa membuat langkah ini."

Bila Bu Fang mula memberi penilaian, dia langsung tak mengawal dirinya. Ni Yan tak sedar pun ada banyak kelemahan dalam sajiannya.

"Masalah saya, saya tak betul-betul mengawal tenaga semangat. Kalau saya boleh tingkatkan konsentrasi tenaga semangat sedikit lagi, sajian ini pasti lebih sedap!" Ni Yan berkata sambil berasa sedikit tak yakin dengan penilaian Bu Fang.

Bu Fang memandangnya sekilas dan membalas,"Jumlah tenaga semangat tak boleh menentukan perisa satu-satu sajian. Adakah kamu cuba kata yang sajian tak akan rasa sedap tanpa tenaga semangat? Cara pemikiran ini langsung tak selari dengan ideologi seorang cef."

Tang Yin dan Lu Xiaoxiao tergamam sambil mereka berdiri di belakang Ni Yan dan wajah mereka penuh dengan rasa terperanjat.

Ini kali pertama seseorang menyatakan begitu banyak kesilapan dalam masakan mahagurunya… Seperti yang dijangka daripada senior!

"Oleh itu, saya cadangkan kamu mula dari yang asas. Bila kamu sudah berjaya memuaskan rasa orang ramai dengan sajian biasa yang tiada tenaga semangat, barulah nampak kamu dah semakin meningkat." Ini cadangan Bu Fang kepada Ni Yan. Ini menyebabkan Ni Yan termenung seketika.

...

Bila malam melabuhkan tirai, ribut salji yang melanda sepanjang hari akhirnya berhenti. Hanya bunyi deruan angin saja kedengaran pada waktu malam musim sejuk itu dan memecah kesunyian.

Akhirnya, Bu Fang membuat keputusan untuk tidak mengajar Ni Yan cara memasak sajian tenaga semangat. Sebaliknya, dia menyuruh Ni Yan berlatih masakan biasa dan kembali semula hanya bila dia sendiri sudah puas hati dengan hasil kerjanya.

Di bawah lampu malap dapur itu, Bu Fang sudah mula menyediakan latihan memasak masakan eliksir. Disebabkan Xiao Yue hanya menyediakan satu bahagian ramuan, Bu Fang tak berani untuk terus menyediakan masakan eliksir sebenar selagi dia belum betul-betul yakin. Lagipun, ada masanya dia sendiri akan gagal.

Bila wap memenuhi seluruh dapur, aroma kaya abalone dan haruman berubat bercampur bersama.

Malam itu berlalu sambil dia memasak masakan eliksir...

Pada keesokan harinya, Bu Fang bangun seperti biasa dan mula berlatih Teknik Ukiran Bintang Gayung Besar. Setiap hari, dia akan menyelesaikan misi latihan yang disusun oleh sistem. Bu Fang faham yang kejayaan itu bukan datang bergolek. Jadi dia perlu berusaha lebih keras berbanding orang lain untuk menjadi Tuhan Masakan. Kejayaan tak akan dapat dicapai hanya dengan kata-kata.

Restoran itu dibuka dan ditutup seperti biasa. Pada waktu malam, tibalah masa untuk Bu Fang berlatih masakan eliksir lagi.

Akhirnya, selepas berlatih selama dua hari, hari sebenar telah tiba. Pada hari ini, Bu Fang sedang bersedia untuk menggunakan ramuan sebenar untuk masakan eliksir yang mampu merawat trauma mental.

Dalam kediaman Xiao, Xiao Meng tiba-tiba menerima jemputan daripada putera ketiga, yang nampak seperti mahu membincangkan perkara penting. Dengan situasi yang tak stabil dalam bandar diraja, Xiao Meng tak berani duduk-duduk saja. Dia meninggalkan kediaman Xiao dan menuju ke kediaman putera ketiga.

Tak lama selepas Xiao Meng beredar, Xiao Yue—yang memakai topi buluh dengan vel hitam sambil memegang pedang—muncul dalam ribut salji itu dan memandang terus ke kediaman Xiao yang megah.

avataravatar
Next chapter