123 Baliklah, Jangan Malukan Diri Sendiri Lagi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Disebabkan mereka bekerjasama, mereka perlu menunjukkan kebolehan masing-masing supaya Raja Yu mengiktiraf mereka. Dengan keadaan bandar diraja sekarang ini, tak banyak peluang untuk mereka mempamerkan kebolehan. Namun begitu, mereka secara tak sengaja terdengar khabar angin tentang restoran tak berhati perut ini. Mereka juga dapat tahu yang Hun Qianyun pernah mengaku kalah kepadanya. Ini peluang terbaik mereka untuk menunjukkan kebolehan yang ada.

Disebabkan itu, Wei Xiangsi datang bersama-sama dua orang bawahan Raja Pertempurannya.

Dari sudut pandang Wei Xiangsi, Hun Qianyun, yang nampak seperti tak akan hidup lama, mungkin dikalahkan kerana dia tak berkemampuan. Namun begitu, hanya kerana Hun Qianyun kalah, itu tak bermaksud mereka tak boleh menang. Tambahan pula mereka baru tahu yang pemilik restoran itu seorang lelaki.

Daripada pandangan mereka, tak ada lelaki yang mereka tak boleh uruskan.

Sekta Penyatuan Menggembirakan ialah salah satu sekta heterodoks dalam Sepuluh Sekta Terbesar. Kebanyakan ahlinya ialah perempuan dan mereka pakar dalam mengumpul tenaga 'yang' untuk menambah semula tenaga 'yin'1. Ia penting untuk meningkatkan tahap pertapaan dan kaedah ini merupakan taktik kotor.

Namun begitu, Sekta Penyatuan Menggembirakan masih satu sekta dengan latar belakang yang begitu kuat. Lagipun, mereka banyak modal dan cara-cara mereka ada pelbagai jenis. Wei Xiangsi dan dua temannya berdiri bersama, membentuk susunan magik dengan badan mereka. Bila daya tulen terbit dari badan, kabus berwarna merah jambu meresap keluar dari ketiga-tiga mereka.

Kabus merah jambu yang tebal itu ada bau yang pelik, dan membuatkan seseorang tidak sedarkan diri selepas menghidunya.

Bu Fang terus mengerutkan muka selepas menghidu sedikit bau itu dan jelas kelihatan kedinginan dalam matanya. Disebabkan restoran itu sudah dipenuhi aroma pelbagai makanan, bau daripada tiga wanita itu menjijikkan seperti menambah najis tikus ke dalam sup.

"Si Putih, campak mereka bertiga keluar." Bu Fang berkata dengan dingin selepas akhirnya hilang sabar.

Mata mekanikal Si Putih memancar selepas menerima arahan Bu Fang dan terus hilang dari tempatnya.

"Betulkah kamu rasa bongkah besi yang buruk ni mampu melawan kami bertiga? Sekarang ni, adakah kamu rasa seperti darah sedang menyirap dalam badan? Adakah kamu rasa tak selesa?" Wei Xiangsi bertanya dengan penuh menggoda sambil tersenyum.

Dia langsung tak dapat mengesan walau sedikit daya tulen daripada badan Si Putih, jadi dia fikir tak ada apa-apa yang istimewa tentangnya dan memandang rendah padanya.

Namun begitu, pada saat berikutnya, daripada pandang Wei Xiangsi, mata mekanikal Si Putih tiba-tiba membesar dan muncul betul-betul di hadapannya.

Wei Xiangsi terperanjat seketika dan seterusnya mendapati yang badannya terbang di udara...

Krak!

Saat Wei Xiangsi terhumban, dia merasakan tekanan yang menakutkan pada badannya dan menyebabkan pakaian kain kasa berwarna merah jambunya koyak rabak. Apa yang tinggal hanyalah baju dalam (dudou) dan seluar dalamnya yang berwarna merah jambu.

Bang!

Susunan magik yang dibina tiga wanita tadi telah dihancurkan dengan angin kencang yang dihasilkan oleh Si Putih dengan satu lambaian tangannya. Wei Xiangsi dan teman-temannya terus terhumban keluar dari restoran itu dalam keadaan hampir berbogel.

Bunyi tiga objek berat yang mendarat di atas salji menghasilkan bunyi debuk.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi jeritan yang nyaring dari dalam timbunan salji. Wei Xiangsi merangkak keluar dari timbunan itu hanya dengan baju dan seluar dalamnya. Kakinya yang cerah dan langsing itu putih bak salju. Badannya yang menggiurkan itu terdedah sepenuhnya.

Wei Xiangsi membawa keluar pakaian kain kasa daripada ruang simpanan dan memakainya. Wajah cantiknya sudah menjadi berfros.

Dibogelkan dan dicampak keluar dari restoran; Wei Xiangsi belum pernah kalah teruk sebegitu seumur hidupnya. Apa yang terjadi sangatlah memalukan.

Wei Xiangsi menghentakkan kakinya yang halus itu dan daya tulen melimpah keluar dari badannya lalu menyebabkan emping-emping salji tersebar. Dia tiba-tiba bergegas menuju ke restoran dengan rambutnya yang menggerbang.

Si Putih sedang berdiri di pintu masuk restoran itu. Bila melihat Wei Xiangsi sedang bergegas menujunya, mata mekanikal Si Putih memancar dan dia memberi tumbukan.

Boom! Wei Xiangsi terpelanting ke belakang dan berlanggar dengan dinding, lalu meninggalkan kesan retak yang dalam...

"Pesalah laku berulang… akan dimusnahkan." Si Putih berkata secara mekanikal. Sambil matanya berkelip, satu cahaya ungu memancar. Cahaya itu menyebabkan Wei Xiangsi, yang baru sahaja memanjat keluar dari dinding, itu terus kaku...

Sa… Sangat menakutkan!

Wajah cantik Wei Xiangsi bertukar menjadi pucat lesi dan mata phoenix merahnya kelihatan takut. Kalau dia masih belum sedar betapa menggerunkan Si Putih ini, dia memang bengap...

Restoran tak berhati perut ni memang menakutkan. Satu boneka sahaja sudah cukup kuat untuk menahannya sehingga dia tak mampu membalas balik.

Di lorong yang aman damai itu, hanya kedengaran bunyi nafas Wei Xiangsi yang berat. Dia sedang cuba menahan tekanan yang diberikan Si Putih. Sejurus kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki.

Di jalan masuk lorong itu, satu kelibat semakin menghampiri dengan santai.

Wei Xiangsi menoleh dengan susah payah. Bila dia nampak kelibat itu, anak matanya terus mengecil dan dia menarik nafas terkejut.

"Tuan Putera!"

Raja Yu memakai jubah broked dan mahkota berwarna ungu di kepalanya. Tali pinggangnya dipenuhi batu permata dan menampakkan tubuhnya yang sasa. Sambil menyilangkan tangan di belakang, keningnya berkerut sambil dia memandang sekilas ke arah Wei Xiangsi yang kusut masai.

"Baliklah, jangan malukan diri sendiri lagi." Raja Yu berkata sebelum melangkah melepasi tiga wanita itu dan masuk ke dalam restoran.

Raja Yu tidak dihalang oleh Si Putih dan dia terus masuk ke dalam restoran. Melangkah masuk dari dunia ais dan salji ke dalam restoran yang hangat itu membuatkan badan Raja Yu terasa terkejut.

Namun begitu, badannya terus berasa selesa dan pandangannya menghala ke arah Ji Chengxue. Pada masa itu, putera ketiga itu sedang menyuap seketul Daging Masak Merah.

Ji Chengxue dapat merasai renungan Raja Yu dan tergelak. Sambil mengangkat sekeping Daging Masak Merah ke arah Raja Yu, dia menyuapnya sepenuh mulut. Kemudian, dia menghirup secawan Wain Jed Penyejuk Hati sebelum mengecap bibirnya.

"Tauke Bu, berikan saya Daging Masak Merah dan Wain Jed Penyejuk Hati juga." Raja Yu berkata sambil tergelak dan mengangguk ke arah Bu Fang. Dia tak sama dengan perempuan bodoh, Wei Xiangsi itu. Raja Yu begitu memahami betapa menakutkan restoran ini. Boneka itu bukanlah muslihat sebenar restoran ini kerana itu sebenarnya ialah anjing hitam yang tidur nyenyak di pintu masuk.

Disebabkan itu, Raja Yu tak mahu buat hal di situ. Tujuan dia datang pun bukan untuk mencari pasal.

Bu Fang melirikkan mata ke arah Raja Yu dan mengangguk sebelum masuk ke dapur.

Selepas Bu Fang beredar, Raja Yu berdiri di hadapan Ji Chengxue dan memandangnya penuh hina. Renungannya nampak menindas.

"Kenapa Adinda pulang? Kalau Adinda patuh dan kekal di luar, semuanya akan baik-baik saja… Apa yang Adinda cuba nak buat dengan kembali ke sini?" Raja Yu bertanya.

Ji Chengxue meletakkan penyepitnya. Dia mengangkat balang Wain Jed Penyejuk Hati dan menuang wain yang jernih seperti mata air pergunungan itu ke dalam cawan. Aroma kaya wain itu, ditemani bunyi air yang dituang, memenuhi ruang sekeliling.

"Ayahanda telah mangkat. Bukankah Adinda perlu jalankan tanggungjawab sebagai anakada untuk menghadiri upacara berkabung?" Ji Chengxue membalas selepas menghirup Wain Jed Penyejuk Hati.

"Berkabung? Sambil tentera Adinda berkampung di luar bandar diraja?" Raja Yu membalas balik dengan penuh ejekan sambil dia duduk berdepan dengan Ji Chengxue. Pandangannya bertukar dingin secara tiba-tiba.

Ji Chengxue telah pulang dan membawa tentera ekspedisi bersama-samanya. Niat sebenar dia membuatkan orang tertanya-tanya.

Dalam keadaan biasa, Ji Chengxue—sebagai komander ekspedisi—sepatutnya pulang berseorangan jika dia hendak menghadiri upacara berkabung. Bila upacara tamat, dia boleh pulang kepada tenteranya. Namun begitu, bila Ji Chengxue membawa mereka bersama. Jadi maksud kepulangan ini semestinya berbeza.

Mata Ouyang Xiaoyi terbeliak. Dia merasakan suasana dalam restoran menjadi agak pelik. Dia hanya rasa selesa bila dia bergerak ke tingkap dapur.

Satu sesi soal jawab mula berlaku di antara Raja Yu dan Ji Chengxue, seolah-olah mereka sedang berseronok. Namun begitu, Ouyang Xiaoyi dapat merasakan yang mereka sebenarnya sedang menghadapi konfrontasi yang tegang.

Tak lama kemudian, Bu Fang keluar dari dapur dengan Daging Masak Merah yang teramat wangi sementara sebelah tangannya lagi membawa sebalang wain.

Bu Fang meletakkan wain dan sajian daging itu di hadapan Raja Yu, yang mengangguk ke arahnya.

Ji Chengxue berasa agak mabuk sambil dia bangun selepas menghabiskan makanan dan minumannya. Dia memberikan kristal kepada Bu Fang dan memakai kot luar sebelum beredar.

"Disebabkan Adinda mahu turut serta, bersedialah menerima akibatnya… Adinda mungkin tak akan dapat menanggungnya."

Ji Chengxue baru tiba di pintu masuk bila Raja Yu berkata-kata sedemikian. Ji Chengxue tiba-tiba berhenti dan menghembuskan nafas. Dia menoleh ke arah Raja Yu dan bertanya dengan penuh mengejek sambil tersenyum, "Apa akibatnya? Nyawa saya?"

Dengan gelak tawanya, Ji Chengxue melangkah keluar dari restoran dan susuk tubuhnya perlahan-lahan hilang dalam ribut salji itu.

---

avataravatar
Next chapter