58 Ampun Tuanku... Tuanku Harus Mencari Keadilan untuk Hamba Tuanku yang Hina Ini

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ouyang Zongheng mengecilkan mata sambil memanjangkan lehernya untuk memerhatikan situasi yang sedang berlaku di dalam restoran itu.

"Selagi sida-sida Lian Fu celaka tu bertarung, kemenangan akan dicapai. Walaupun sida-sida celaka tu nampak seperti seorang pondan, pencapaian tahap pertapanya memang tinggi.

"Sebagai seorang Santo Pertempuran Kelas Ketujuh, walaupun dia lebih lemah sedikit daripada Si Tua Xiao dan lebih kuat sedikit daripada aku, mudah sekali baginya untuk menangkap Xiao Yue yang cedera teruk tu," kata Ouyang Zongheng sambil mengerutkan hidungnya dan menggerenyet mulutnya.

Askar-askar lain di belakangnya juga sedang mengintai ke dalam restoran itu. Jika mereka dapat menangkap Xiao Yue, ia akan menjadi satu peristiwa besar yang akan mengejutkan seluruh empayar! Mereka tak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah ini.

Berkerut kening Xiao Meng apabila raut wajahnya berubah dengan tiba-tiba. Daya tulen mengalir keluar dari seluruh tubuhnya dengan serta-merta dan menyelubungi permukaan perisainya.

Dari dalam restoran, tiupan angin kencang datang dengan tiba-tiba. Ia bagaikan seekor naga yang sedang mengamuk dan aura menakutkan telah melanda dan merebak. Ia diikuti dengan gemuruh yang kuat.

Ouyang Zongheng yang sedang memanjangkan lehernya tiba-tiba kaku dan matanya terbeliak. Dia menjerit dengan marah, "Celaka!"

Dia berpusing ke belakang dan memeluk Ouyang Xiaoyi. Boom! Angin kencang itu bagaikan seekor naga yang berpusar-pusar dan terus menghentam bahagian belakang Ouyang Zongheng sehingga dia tercampak ke tanah.

Nasib baik, walaupun angin yang kencang ini ganas dan juga berbau busuk... Ouyang Zongheng tak memalukan dirinya kerana badannya yang besar dan tiupan angin yang kencang yang telah menjadi lemah.

Lagipun, Ouyang Zongheng merupakan Raja Pertempuran peringkat tertinggi.

Dengan membuat balik kuang, dia jatuh ke tanah dengan cara yang elegan. Ouyang Zongheng megusap kepala Ouyang Xiaoyi dan tertawa sambil berkata, "Anak perempuanku, Ayah ni hebat, kan?"

Ouyang Xiaoyi tak mampu berkata apa-apa lalu dia menggulingkan matanya dan mendengus.

Xiu xiu xu!

Salakan anjing yang kuat dan nyata kedengaran seperti ngauman seekor binatang buas kuno. Ia diikuti oleh desiran ribut taufan.

Tiga orang lari keluar daripada restoran itu sambil berpusing-pusing di udara, disertai dengan jeritan yang mengerikan dan teriakan ketakutan.

Walaupun rambut Xiao Meng ditiup oleh angin, badannya masih berdiri tegak di atas tanah dan tak terjejas dengan angin yang kencang itu. Pantas bagaikan angin, dia menghulurkan tangannya keluar dan menangkap salah seorang daripada tiga orang itu.

'Hmm?' Xiao Meng terkejut sambil berkata dalam hatinya, 'Apa yang rasa lembut dalam tangan aku ni?'

"Cis! Teruklah kau ni, Jeneral Xiao! Turunkan aku!" Kedengaran suara nyaring yang penuh dengan rasa geram dan sedikit rasa malu.

Tanpa sebarang emosi, Xiao Meng memandang ke arah orang yang berada dalam tangannya yang tak memakai apa-apa kecuali sepasang seluar dalam... Ketua Sida-sida Lian Fu.

"Kof... Kulit kau boleh tahan," kata Xiao Meng dengan tenang sambil berdehem lalu membaringkan Lian Fu di atas tanah.

Lian Fu dengan geram menggulingkan matanya sambil memandang Xiao Meng. Apabila dia melihat ke arah restoran itu, perasaan malu dan marah membuak-buak dalam dirinya. Anjing itu... sudah tentu bukan anjing yang biasa!

Boom boom!!

Xiao Yue dan Hun Qianduan tercampak ke arah dinding dengan kuat dan mereka jatuh ke tanah. Kedua-dua pakaian mereka telah koyak akibat angin yang kencang itu dan menyebabkan mereka bogel dengan memakai cawat saja.

"Xiao Yue!" Xiao Meng dengan serta-merta melihat Xiao Yue yang telah tercampak ke tanah dan perasaan untuk membunuh terus menyala dalam matanya. Semasa dia menghentak kakinya, jubin-jubin di bawahnya hancur dan pecah dan dia terus maju ke arah Xiao Yue dengan satu langkah.

Xiao Yue mengalami pendarahan di seluruh tubuhnya dan dia terhuyung-hayang apabila cuba untuk bangun dari tanah. Ada senyuman yang aneh di mukanya.

"Xiao Meng... Kau tak boleh tahan aku di sini. Kalau semalam pun kau tak berjaya, hari ni pasti sama!"

Selepas saja dia habis bercakap, bunyi pedang yang bagaikan ngauman naga datang dari arah langit apabila empat orang tiba-tiba muncul dan mendarat di hadapan Xiao Yue.

Apabila empat orang dan tiga bilah pedang muncul dari langit, aura yang kuat dan menakutkan tiba-tiba menyelubungi mereka.

"Astaka Pedang Void! Tokong Sembilan Bintang!"

Anak mata Xiao Meng mengecil tetapi dia tak berhenti bergerak. Dia menumbuk dengan kekuatan yang tak dapat ditandingi dan daya tulennya hampir membelah langit.

Tiga pemain pedang itu menggerakkan jari mereka seperti pedang. Tiga bilah pedang terbang di hadapan mereka dan menjadi pembentukan pedang bagi menghalang serangan itu.

Sami-sami Tao yang masih ada telah membentuk beberapa meterai tangan sewaktu dia mengumpul daya tulen ke dalam tangannya lalu menumbuk Xiao Meng. Ketiga-tiga mereka bertembung di udara dan satu gelombang kejutan terhasil.

Chi chi!

Keempat-empat lelaki yang berdiri di hadapan Xiao Yue meludahkan darah dan mereka mengundur satu langkah ke belakang. Mereka menggapai Xiao Yue dan Hun Qianduan dan terbang melarikan diri.

Badan Xiao Meng menggigil dan seluruh tubuhnya terkokol-kokol sebelum dia dapat menghilangkan tenaga yang mengelilingi tubuhnya. Namun, dalam masa yang singkat itu, Xiao Yue telah ditangkap.

"Tak guna... Aku tahu Xiao Yue ada rancangan sandaran!" Xiao Meng tak dapat menerima hakikat dan dia hanya mampu mengutuk diam-diam. Dia dengan gerammnya menumbuk dinding sehingga retak.

"Semuanya sebab anjing hitam besar ni! Xiao Yue dah berada dalam tangan kita... dan kita sebenarnya boleh tangkap dia! Kenapa kau lepaskan dia! " Lian Fu marah apabila dia berpusing ke belakang dan memberi isyarat ke arah restoran itu dengan memicit ibu jari dan jari tengahnya bersama.

"Kau tunjuk jari pada aku?" Seekor anjing berjalan keluar dari restoran itu seperti seekor kucing dan berdiri di pintu masuk. Dengan angkuhnya, dia melihat ke arah Lian Fu.

"Aku bercakap tentang kau! Jangan fikir yang aku takut dengan kau hanya kerana serang hendap kau berjaya!" kata Lian Fu sambil mengayun pinggang langsingnya.

Senyuman anjing Si Hitam semakin melebar...

Kemudian, Lian Fu terasa lonjakan aura yang menakutkan tiba dari sembilan lapisan syurga di atas dan aura itu menghimpitnya dengan serta-merta. Dia bagaikan ditekan oleh sebuah gunung yang megah dan menyebabkan dia tertiarap dan tak boleh bergerak.

Lian Fu bingung dan rambut putihnya tergantung di hadapan mukanya sehingga menutup seluruh wajahnya... Memalukan.

Anak mata Xiao Meng mengecil dan dia berkata dalam hatinya, 'Aura menakutkan ni... Anjing hitam besar ni sebenarnya... binatang semangat kelas sembilan!'

"Tauke Bu... Kali ni, kami bersalah kerana menyinggung perasaan kamu. Bolehkah kamu lepaskan... anjing besar ni?" kata Xiao Meng ke arah restoran itu sambil membuat isyarat genggaman.

Bu Fang berjalan keluar dari restoran itu. Tubuhnya yang kurus dan rambut panjangnya yang diikat membuatkan dia kelihatan kemas dan rapi.

"Anjing malas, Si Hitam ni cepat naik angin... Saya kira ini satu pengajaran kepada sida-sida itu. Ingat, bila kamu datang ke sini lagi... Pastikan kamu patuhi undang-undang," kata Bu Fang tanpa ekspresi.

Selepas dia selesai bercakap, Bu Fang mengusap bulu yang licin dan rapi Si Hitam dan dengan acuh tak acuh, dia berkata, "Berhenti bermain-main dan lepaskan sida-sida itu."

Si Hitam berpaling dan berkata, "Kalau aku tak mahu?"

"Saya akan bangun lewat esok dan ponteng daripada berlatih memasak..." kata Bu Fang dengan serius tetapi masih tak menunjukkan perasaan.

"Baiklah, aku akan lepaskan dia." Si Hitam mendengus sambil menggulingkan matanya ke arah Bu Fang. Si Hitam berjalan seperti seekor kucing ke arah sudut dinding lalu tidur dengan posisi yang selesa.

Bu Fang tersenyum sambil berkata dalam hatinya, 'Jadi, garis pertahanan terakhir yang disebutkan oleh sistem ialah anjing yang suka ambil kesempatan ni. Patutlah… Dengan keperibadian sistem yang teruk ni, memang tak ada cara bagi sistem untuk memelihara seekor anjing hitam besar yang sudah bersedia untuk berubah menjadi seekor khinzir.'

"Oh, pinggangku!" Apabila Lian Fu terasa aura menakutkan yang menghimpitnya tadi telah hilang, dia bingkas bangun dan melihat Si Hitam dengan ketakutan. Dia tak berani berkata apa-apa lagi. Dengan rasa malu, dia melarikan diri dengan hanya memakai cawat.

"Hebatnya Si Hitam!" Ouyang Xiaoyi dengan gembira bertepuk tangan sambil matanya menjadi sepet. "Dia lebih kuat daripada Ayah."

Jeneral Ouyang Zongheng merasakan seolah-olah anak panah yang tak dapat dilihat telah menusuk dadanya... Di mata anak perempuannya, dia tak setanding seekor anjing.

"Terima kasih, Tauke Bu." Ucap Xiao Meng dengan sungguh kepada Bu Fang. Kemudian dia memandang ke arah Si Hitam yang tidur nyenyak lalu meninggalkan tempat itu.

Xiao Meng perlu melaporkan kepada maharaja yang rancangan untuk menangkap Xiao Yue dan Hun Qianduan telah gagal.

Para pakar di lorong itu serta-merta hilang seperti air laut yang surut. Ouyang Xiaoyi juga telah dibawa pulang oleh Ouyang Zongheng. Semasa dia beredar, dia turut melambai dengan gembiranya ke arah Bu Fang.

Setelah semua orang pulang, Bu Fang melirik matanya ke arah Si Hitam yang sedang tidur nyenyak. Dia kemudian masuk ke dalam restoran dan menutup pintu masuk.

...

"Ampun Tuanku, Tuanku mesti mencari keadilan untuk Patik! Restoran yang tak bertanggungjawab itu benar-benar biadap dan tak menghormati undang-undang! Mereka berani melindungi penjenayah daripada sekta-sekta itu! Apabila Patik cuba campur tangan... mereka juga merobek pakaian Patik!" Lian Fu mengadu kepada Ji Changfeng yang duduk di atas takhta naga. Air matanya mengalir dengan laju.

Maharaja hanya mampu tertawa lalu dia menenangkan Lian Fu. Pandangannya beralih ke arah Xiao Meng yang berdiri tegak di dalam dewan besar itu.

"Jeneral Xiao... Adakah kedai itu benar-benar ajaib seperti yang kamu katakan? Ada binatang semangat kelas sembilan yang menjaga tempat itu?"

"Patik hanya mengatakan yang benar." kata Xiao Meng dengan bersungguh.

Mata maharaja mengecil ketika dia mengusap janggut putihnya dan memberi senyuman kecil. "Beta dengar ada hidangan lazat di restoran tu... Ada khabar angin yang wainnya yang lebih baik daripada Wain Nektar Berhias Permata?"

"Beta... rasa ingin tahu."

avataravatar
Next chapter