30 Adakah Kamu Mendapat Kebenaran Saya Untuk Cubaan Membunuh Ini?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila titisan hujan mencecah tanah, kilauan bilah pedang juga muncul.

Di bawah satu topi buluh, niat pembunuhan sedingin seperti hawa dari gunung bersalji tiba-tiba melanda seluruh kedai. Empat pancaran cahaya bersinar diikuti dengan bunyi logam bertempur, pertempuran antara bilah pedang tajam dan menuju ke putera ketiga yang sopan dan lembut dari semua arah.

Pukulan pedang berdesing dalam kedai kecil itu dan bunyi ini membingitkan telinga mereka yang berada di dalam.

Sebaik sahaja kilauan cahaya dari pedang itu muncul, Bu Fang dengan segera menarik badan kecil Ouyang Xiaoyi dan menyembunyikan ke belakang tubuhnya untuk mengelak dari terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai.

Ini pembunuhan terancang! Ini percubaan untuk membunuh Ji Chengxue!

Ji Chengxue seperti menjangka ini akan berlaku. Dia kelihatan tenang duduk di kerusi dengan wajah tidak kisah.

Apabila empat pembunuh itu mendekatinya, rambut panjang Ji Chengxue tiba-tiba terapung di udara. Pandangan lembut perlahan-lahan bertukar kepada mata Asura 1; seperti ada segunung mayat dan lautan darah tidak berpenghujung sedang bergelora dalam matanya.

"Menghantar empat pembunuh Raja Pertempuran Kelas Kelima untuk membunuh Beta, melampau betul." Ji Chengxue mendengus, dituruti satu gelombang daya tulen melonjak keluar dari tubuhnya dan dituju ke pembunuh itu.

Namun, pembunuh tetap berkeras dan terus berusaha untuk menikam jantung Ji Chengxue. Mereka golongan profesional dan membunuh dengan satu serangan dan pasti tidak akan terjejas dengan tindakan Ji Chengxue.

Tapak tangan Ji Chengxue mendarat ke atas meja. Daya tulen dari tahap Raja Pertempuran Kelas Kelima dibebaskan dan menghasilkan satu letupan yang menyebabkan seluruh tubuhnya terapung di udara..

"Hmm?" Mata Ji Chengxue mengecil apabila melihat meja yang ditampar dengan kuasa penuh sebentar tadi. "Meja ini telah mengalami daya tulen Beta, tapi masih kekal teguh?!"

Bunyi pertempuran pedang bergema.

Hujung pedang empat pembunuh itu telah bertembung. Bunyi melodi jelas dihasilkan daripada pertempuran dan tenaga dari pedang itu tersebar dan meletus di dalam kedai.

Namun, letupan tenaga pedang kempat-empat Semangat Pertempuran Kelas Keempat itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan di dalam kedai. Seperti letupan itu dihalang dan terus dilenyapkan oleh sesuatu kekuatan tidak kelihatan .

Tubuh Ji Chengxue terapung dan akhirnya mendarat di hujung pedang-pedang itu; jubah putihnya melayang sementara rambutnya beralun di udara.

Seperti masa sudah terhenti, tetapi lonjatan daya tulen di sekeliling mereka menunjukkan betapa bahayanya pada ketika itu.

Suasana di dalam kedai pula dipenuhi dengan kedinginan akibat daripada pertembungan niat untuk membunuh ini. Ini membuat Bu Fang rasa sangat tidak berpuas hati.

Dalam suasana hening kedai itu, hanya perlanggaran daya tulen antara lima orang itu yang kedengaran.

"Jika kamu ingin berlawan, sila keluar dari kedai ini. Jika tidak, semua orang akan dianggap pengacau." Satu suara amat tenang tiba-tiba berbunyi.

Kemunculan suara ini seperti bunyi kilat kepada mereka dalam suasana begitu serius ini, membuatkan semua orang terkejut.

Loli kecil, Ouyang Xiaoyi, pula melihat Bu Fang seperti dia seorang raksasa ketika dia berjalan perlahan-lahan ke arah lima orang itu.

Betul!

Pada saat yang genting ini, Bu Fang tanpa ekspresi membuka mulut dan menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Bagaimana dia boleh berniaga jika mereka sedang berbunuhan di dalam kedai?

Keempat-empat pembunuh itu sepatutnya menumpu perhatian mereka kepada Ji Chengxue, menjadi terganggu oleh Bu Fang.

Walaupun Ji Chengxue terkejut juga, tetapi dia dapat memanfaatkan peluang ini. Dengan geram, dia memijak dengan kuat hujung pedang-pedang itu dan menepis jauh semua pedang itu. Selepas dia mendarat ke lantai, dia terus menyerang dada empat pembunuh itu dan memaksa mereka ke belakang.

"Kamu mahu mati?" Salah seorang pembunuh memandang dingin Bu Fang dan berkata dengan serak. Suaranya kasar seperti kertas pasir.

Di matanya, Bu Fang hanya seorang petapa bertahap Mahaguru Pertempuran Kelas Kedua, seperti seekor semut yang boleh dibunuh dengan satu hayunan pedang. Orang seperti semut ini berani mengganggu mereka!

"Saya tuan kedai ini. Adakah kamu mendapat izin saya sebelum cuba membunuh seseorang di sini?" tanya Bu Fang tanpa ekspresi.

"Kelakar betul." Pembunuh itu menggelengkan kepalanya. Dia malas mengambil peduli tentang Bu Fang, seorang seperti semut tidak akan menjejaskan situasi ini. Objektif mereka ialah putera ketiga Empayar Bayu, iaitu Ji Chengxue.

Oleh kerana Ji Chengxue juga adalah Raja Pertempuran Kelas Kelima, mereka tidak berani mengambil muda. Walaupun mereka ada empat Raja Pertempuran Kelas Kelima, tetapi lawan mereka ialah seorang putera. Bagaimana jika dia ada kehebatan tersembunyi?

"Saya sudah cakap! Pertarungan dilarang dalam kedai kecil Fang Fang, jika kamu mahu teruskan, kamu semua akan dianggap pengacau," kata Bu Fang dengan dingin. Dia sedar semua orang ini memang tidak boleh dimaafkan kerana tidak menghiraukan dia.

Sebagai tuan kedai kecil Fang Fang dan Tuhan Masakan Masa Depan, berani dia mengendahkan dia?!

"Bising betul! Matilah!"

Pandangan seorang pembunuh tiba-tiba menjadi dingin. Dengan satu jeritan, dia terus menyerang Bu Fang.

Bu Fang diliputi satu gelombang membunuh, seperti dia telah direndam dalam kolam air ais. Darah dalam saluran darahnya hampir berhenti beredar dan anggota badannya tidak dapat bergerak walaupun satu inci.

Inilah tekanan daripada Raja Pertempuran Kelas Kelima. Ini bukan satu tekanan yang Bu Fang boleh elak. Tahap pertapaan dia terlalu lemah.

Wajah Ji Chengxue berubah dan dengan marah dia menjerit, "Berani kamu!"

Dia mahu menyelamatkan Bu Fang, tetapi disekat oleh tiga pembunuh lain.

Ouyang Xiaoyi sudah tergamam penuh ketakutan oleh niat membunuh Raja Pertempuran Kelas Kelima itu. Matanya dipenuhi rasa ngeri dan dia tidak mampu membantu Bu Fang. Sudah tentu, walaupun dia boleh campur tangan, tidak banyak yang boleh dia lakukan.

Pada masa ini, Bu Fang seperti telah terperangkap dalam suasana yang menjurus kepada kematian... Sekurang-kurangnya, ini tanggapan semua orang yang berada dalam kedai.

Untuk Mahaguru Pertempuran Kelas Kedua untuk memprovok seseorang di tahap Raja Pertempuran Kelas Kelima boleh dipuji sebagai seseorang yang tidak takut mati.

Ji Chengxue dan Ouyang Xiaoyi hanya dapat melihat Bu Fang dihancurkan oleh pedang pembunuh.

Sebaliknya, Bu Fang masih begitu tenang. Walaupun niat membunuh itu mengerikan dan membuatnya terasa seperti darah seluruh tubuhnya dibekukan, tetapi tidak ada satu pun tanda ketakutan dilihat pada wajahnya.

Pandangannya... seperti dia sedang melihat budak sial yang sedang membuat masalah di dalam kedainya.

"Semut ini ... pandai dia berpura-pura, pedang saya hampir menyentuh dia, tetapi dia tidak gementar langsung?" Pembunuh itu terkejut.

Tiba-tiba, suatu benda besar muncul menghalang pedang pembunuh. Ia menyekat pandangan pembunuh kepada Bu Fang dan mengejutkan pembunuh itu.

"Si Putih!" Ouyang Xiaoyi dengan teruja menjerit dan matanya bersinar.

Pembunuh itu kelihatan seperti mereka ternampak hantu. Dia melihat sebuah boneka besi berwarna putih menghalang semut itu dan merampas pedangnya dengan langkah seterusnya.

Dia cuba menarik pedangnya tetapi ia tidak bergerak walaupun satu inci.

Bu Fang mengangkat tangannya dan menepuk belakang Si Putih dan berkata, "Campak pengacau ini keluar."

"Oh, pukul dia dahulu sehingga separuh mati, kemudian tanggalkan baju dan campak keluar. Saya sangat benci dia," kata Bu Fang.

Mata mekanik Si Putih segera bersinar merah dan suara mekanikal berkata, "Pengacau, kamu akan dibogelkan sebagai contoh kepada orang lain."

Bang !!

Satu tenaga menakutkan terus keluar dari badan Si Putih dan topi buluh pembunuh tiba-tiba menjadi kepingan dan mendedahkan kepalanya yang botak. Mata dia membesar sambil meludah darah yang banyak.

Pembunuh itu ditumbuk oleh Si Putih pada perutnya; daya tulen tahap Raja Pertempuran Kelas Kelima juga lenyap dengan satu tumbukan itu...

Tangan besar Si Putih memegang kepala ketua pembunuh itu dan mengangkatnya ke udara sambil pembunuh itu memandang boneka besi itu dengan bingung.

Bang!

Tumbukan Si Putih mendarat ke tubuh pembunuh itu sekali lagi dan terus pengsan. Pembunuh itu terjelepuk lembik di atas lantai, pernafasan dia menjadi lebih nipis.

"Keadaan : separuh mati. Sekarang mula untuk dibogelkan untuk menjadi contoh kepada yang lain." Kata Si Putih secara mekanikal.

Kemudian, bunyi koyakan baju kedengaran dan semua baju pembunuh itu hancur dan menjadi hampir bogel. Si Putih melambai tangannya dan Raja Pertempuran Kelas Kelima itu dicampak keluar dari kedai.

Bang! Bunyi tubuh badan bertembung dengan tanah dapat didengari dan ia bergema di dalam kedai kecil itu.

Baki tiga pembunuh, Ji Chengxue, dan Ouyang Xiaoyi semuanya terkejut. Mereka melihat Si Putih dan kemudian kepada Bu Fang ... Mereka seperti nampak hantu.

avataravatar
Next chapter