1 Chapter 1 : Surat Cinta dan Confession

Flashback....

8 tahun yang lalu..

"Senior Seth...saya sukakan senior...tolong terima luahan perasaan saya!"lafaznya dengan nekad sewaktu serahkan sepucuk surat ke depan lelaki lampai berwajah kacak dan bercermin mata bingkai petak.

Seth pandang akan Naera seakan dia tikus makmal yang telah termutasi genetic aneh hingga menumbuhkan tiga kepala dan bertangan lapan.

"Awak serius Naera?"tanya Seth apabila dia pandang berminat pada gadis berambut toncang di depannya. Hampir mahu tersenyum.

Naera mengetap bibir semasa tunduk memandang ke bawah menyelak anak rambut ke belakang telinga tersipu malu. Rasa gemuruhnya buatkan dia mengecilkan diri seperti daun semalu. "Ya...saya serius, kalau senior sudi...mari la keluar tonton wayang bersama dengan saya pada hujung minggu esok. Saya sudahpun membeli tiket sekali.."

"Okay....saya terima pelawaan itu.."

Tersentak kepalanya sebaik mendengar jawapan itu. Dia tidak menjangka yang permintaannya akan diterima begitu sahaja mengenangkan Seth bukan la seorang lelaki yang mudah di dekati apa lagi di ambil hati.

"Saya baca surat ni di rumah...jawapannya saya akan berikan nanti."aju Seth sambil capai sampul surat dari tangan Naera lalu memberi senyuman manis di bibir.

Naera yang lihat berasa gembira bagai berada di langit ketujuh. Rasa gembiranya tidak tergambar!

"Kalau macam tu...jumpa pada hujung minggu esok!"lambai Naera yang tidak membuang masa untuk berpaling dari situ kerana berasa begitu teruja hingga mahu menjerit di situ jugak. Namun dikawal sebaik mungkin.

End of flashback....

Jambangan bunga lili putih di letakkan pada batu makam di depannya sebelum dia tunduk memandang akan nama yang terukir pada permukaan batu granit itu. Bersama senyuman sedih di bibir, Naera perlahan-lahan lalukan tangan pada batu itu dan di usap dengan kasih.

8 tahun berlalu begitu sahaja. Tak sangka pejam celik pertemuan yang dia rancang itu telah di tinggalkan olehnya tanpa khabar berita.patutnya dia pergi menemui Seth pada malam itu. Tapi tidak

Sesuatu telah terjadi hingga buatkan dia lupa akan janjinya terhadap Seth...cinta hati pertamanya itu. Sudah lupa ke lelaki itu terhadap dirinya ini? Sekiranya sudah lupa, bagus la...tak adalah dia rasa serba salah. Sehingga sekarang memori itu sering bermain dalam fikirannya.

"Ayah...sabar ya..."ucap Naera sewaktu menatap kubur milik ayahnya yang meninggal dunia 8 tahun lalu. "Naera janji...Naera akan bersihkan nama baik ayah...dan pulihkan semula keadaan keluarga kita"air mata mula berkumpul di kelopak matanya.

Tanpa mahunya dada dia mula sebu dan mata pun di pejam kerana tidak dapat membendung rasa sebak yang dirasai. Rasa kesal dan terkilan semakin lama semakin menebal di hatinya saat ini. Tidak kira apa yang dia lakukan, ianya tidak dapat kurangkan rasa benci dan marah dia. Alangkah berharapnya dia yang mati adalah dirinya bukan ayah dia!

"Naera semakin hampir...bila semua bukti ada dalam tangan Naera, semua cerita buruk tentang ayah akan Naera hapuskan...dan ibu takkan bersedih lagi.."lafaznya dengan tekad sewaktu pandang akan nama ayahnya. Nadeem Alec yang masih terukir jelas dan bersih tanpa secalit lumut pun.

Setelah langit mula gelap dan senja melabuhkan tirainya, Naera keluar dari kawasan perkuburan itu. Pada masa dia tiba di tepi kereta dan mahu membuka pintu, pada masa itu jugala telefon skrin sentuhnya berdering dalam beg tangan yang dipegangnya.

Niatnya tidak mahu jawab, tetapi mengenangkan mungkin itu klien atau bosnya sendiri, mahu tak mahu Naera seluk juga gadjet itu dari dalam beg tersebut malas-malas.

"Hello...Naera bercakap.."sambutnya dengan nada letih sewaktu membuka pintu kereta dan meloloskan diri ke dalam perut kenderaan tersebut.

"Ini saya.."sapa bosnya di dalam panggilan.

"Ya Tuan Franklin....ada apa-apa yang saya boleh bantu?"soal Naera apabila jari telunjuk dia menekan butang on enjin kereta.

"Esok...datang awal ke pejabat. Ada hal penting yang saya mahu maklumkan kepada kamu.."

"Baik tuan."Naera membuat muka serba tidak kena sebaik mendengar nada suara bosnya itu. Dah kenapa pulak dengan orang tua ni?Biasanya tak pernah pulak call dia dengan nada suara seperti ada orang telah mati?Mesti ada yang tak kena ni."Sesuatu telah terjadi ke tuan?Ada apa-apa yang saya perlu lakukan untuk itu ke?" tambahnya.

Suara ketawa kecil kedengaran sejurus itu melalui panggilan tersebut.

"Tiada apa-apa. Semuanya baik-baik sahaja. Kamu tak perlu risau. Esok kamu akan tahu...itu saja dari saya. Selamat berehat Naera.."

Kening Naera mencerlung. Dia jauhkan telefon dari telinga lalu di pandang skrin itu dengan perasaan tertanya-tanya. Buat dia risau je la!

Dah kenapa pulak ni?

avataravatar
Next chapter