1 Terjumpa Seekor Haiwan Aneh

Seorang budak sedang berehat di bawah pohon. Nama budak itu ialah Nami, Nami Delisya. Nami ialah seorang budak yang baik dan rajin membantu. Nami ialah anak yatim piatu. Kedua orang tuanya sudah dijemput ilahi semasa dia masih kecil lagi. Atuk dan neneknya yang telah membesarkan Nami sehingga ia menjadi seorang budak yang berjaya. Keesokanya Nami pergi mengembara ke sebuah hutan. Ia tidak takut pada binatang buas. Ia telah di didik untuk menjadi berani. Ketika itu Nami ternampak sebuah gua, ia masuk ke dalam gua itu dan mencari arah jalan gua itu. Ia telah terjumpa sebuah pintu yang dihiasi rama-rama yang cantik. Nami juga telah terjumpa sebuah buku lama dan terpapar tulisan seperti kata kunci ia membaca "Penghuni hutan yang indah bukalah pintu keajaiban ini dan carilah makna semua ini" sambil ia membaca terbukalah pintu itu dan ia menunjukkan kecantikan yang luar biasa. Nami masuk dan terjumpa terlalu banyak benda yang tidak biasa dilihatnya seperti Windy Rimn, Birbilari Sona dan lain lain. Nami telah terjumpa satu tempat dimana ia akan menaiki sesuatu seperti lif tetapi lif itu tidak seperti di dunia manusia. Lif itu menuju ke sebuah istana. Disana ia menemukan seekor haiwan sakti yang bernama Solmi. Solmi sangat comel dan manja. Nami mempunyai kepakaran berbahasa haiwan, jadi dia memahami semua yang dibicarakan oleh Solmi. Nami tinggal disana. Solmi telah menjadi kawan Nami, jadi apa permintaan Nami, Solmi pasti akan tunaikan dengan kuasa sakti itu. Dengan itu, Nami telah menjadi ratu hutan itu. Ia pulang ke rumah atuk dan neneknya dan mengajak ke hutan itu dan menetap disana.

avataravatar
Next chapter