2 Di buang dari Hutan Arvo

Nami dan datuk neneknya sangat gembira kerana dapat hidup di hutan yang indah itu. Udara di hutan itu tersangatlah segar dan sejuk. Nami menamakan hutan itu "Hutan Arvo".

Di sana mereka telah hidup aman damai sehinggalah pada suatu hari haiwan-haiwan tidak senang duduk kerana ada seorang ratu yang kejam bernama Ratu Eldorm. Ratu Eldorm ingin menakluki hutan itu. Arwina Serina memberitahu perkara itu kepada Ratu Nami. Ratu Nami mengambil tindakan. Ratu Nami mahu berjumpa dengan Ratu Eldorm.

Ratu Nami dan Ratu Eldorm bertengkar dan mula berlawan. Ratu Nami telah diberi kuasa air, angin, taufan, ais dan kristal daripada Solmi manakala Ratu Eldorm mempunyai kuasa api dan tanah. Ratu Eldorm telah mencuri seekor haiwan sakti seperti Solmi. Ia memaksa haiwan sakti itu untuk memberikannya kuasa itu. Ratu Nami telah kalah di perlawanan itu, dan Ratu Eldorm berjaya menakluki hutan itu.

Ratu Nami telah dibuang dari Kerajaan Hutan Arvo. Ratu Eldorm tidak tahu bahwa Nami mempunyai haiwan sakti, jadi Solmi mencari jalan untuk melepaskan diri dari hutan itu. Solmi berjaya keluar dengan bantuan Nami. Mereka pergi terlalu jauh dari Hutan Arvo.

Datuk dan nenek Nami telah meninggal dunia kerana Ratu Eldorm menyuruh mereka untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Nami amat sedih kerana perkara itu, dia tetap tabah menghadapi ujian itu.

Di perjalanan Nami dan Solmi terjumpa seorang gadis lalu Nami pergi untuk menyapa gadis itu. Nami bertanya siapa namanya. Gadis itu memberi tahu namanya ialah Ami. Ami memberitahu dia sedang merindukan kembarnya yang telah terpisah 11 tahun lalu. Ami menunjukkan gambar kembarnya kepada Nami. Nami terkejut kerana didalam gambar itu ialah dia ketika dia masih kecil.

Nami juga mempunyai gambar kembarnya. Jadi ia juga menunjukkan gambar kembarnya itu kepada Ami. Ami juga terkejut, mereka yakin bahwa mereka ialah kembar yang terpisah sejak kecil. Ami hidup dengan penuh kemewahan jadi Ami membawa Nami tinggal dirumahnya.

avataravatar
Next chapter