Pada ketika ini, tubuh asal Linley dan ketiga-tiga klon sucinya sudah sedarkan diri. Perkara pertama yang Linley fikirkan adalah, 'Apakah yang berlaku? Aku tidak mati?' Dia tidak menyedari apa yang berlaku sepanjang tiga puluh empat tahun lalu. Sebenarnya, bagi tubuh asal Linley dan tiga klon baru sesaat atau dua saat sahaja masa berlalu.
Namun setelah Linley berkomunikasi dengan klon suci apinya, dia memahami dia berada dalam keadaan koma selama tiga puluh empat tahun.
'Aku ada di mana ini?' Linley memandang sekelilingnya, kemudian duduk di atas katil.
Ketika dia duduk, Linley dapat mengesan dirinya sudah berubah.
'Huh? Apakah yang berlaku?' Linley dapat mengesan dengan jelas riak-riak ruang di sekelilingnya dan dia dapat mengamati dengan jelas Bluefire, Reihom Reisgem dan Bebe yang sedang duduk di bilik berhampiran. Ini merupakan sejenis perasaan berada dalam kawalan, perasaan yang membuatkan Linley merasakan seolah-olah dia mengawal sendiri takdirnya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com