Semasa percubaan membunuh Linley baru-baru ini, mereka kehilangan lapan belas orang Kesatria Gereja Cahaya, empat orang pengiring wanita dan dua orang pengiring lelaki. Oleh hal yang demikian, Gereja Cahaya terus memperkuat dan memperluas kawalan keselamatan di dalam estet.
Di dalam manor, pada malam yang sama percubaan bunuh berlaku.
"Linley, kamu tak apa-apa?" Raja Clayde bertanya dengan menunjukkan sikap mengambil berat.
"Patik hanya mengalami cedera ringan, tuanku." Lengan Linley dibalut dengan kain kasa perubatan.
Sebenarnya, Linley tidak mengalami sebarang kecederaan semasa serangan tadi, tetapi dia tidak mahu orang lain mengetahui kehebatan kuasa dia yang sebenar. Oleh sebab itu, dia sengaja mengelar lengannya menggunakan pahat lurus.
Linley yang sebelum ini pernah merasai derita kesakitan sewaktu transformasi awal Rupa Naga, kesakitan seperti ini baginya bukanlah apa-apa.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com