webnovel

Cinta pertama Liney berakhir dengan kegagalan dan menyebabkan Linley mengelak daripada bercinta lagi. Namun perlakuan Delia sejak mereka mengenali sewaktu masih kecil telah memaksa Linley untuk mengakui… yang dia menikmati saat dia bersama Delia. Dia menikmati perasaan hangat dan intim tersebut.

Linley sudah tahu perasaan Delia terhadapnya sejak di institut lagi.

Dia tahu Delia menunggunya memulakan langkah. Akan tetapi, setelah cinta pertamanya gagal, hati Linley menjadi tertutup rapi dan dia tidak boleh sanggup melaluinya sekali lagi.

Di ibu kota empayar benua Yulan yang jauh, walaupun matahari tinggi di langit, dunia masih lagi terasa sejuk. Delia memakai jubah tebal mahal dan duduk di halamannya, menikmati sinaran matahari. Di dalam tangannya terdapat sepucuk surat yang dikirim oleh Linley. Surat ini diterimanya melalui rangkaian maklumat terpantas Konglomerat Dawson.

Delia ketawa. Ketawa kegembiraan sambil memegang surat di dalam tangannya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter