2 SEOUL DAN KAWAN LAMA

Sebelum bertolak ke Seoul, Twice telah berada di hadapan rumah Nayeon untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Jangan lupakan kitaorang. Nanti apa-apa roger" Kata Sana.

"Baik" Balas Nayeon.

Nayeon memeluk Twice lalu masuk ke dalam keretanya. Nayeon melihat ke belakang sehingga kelibatan Twice hilang dari pandangan.

Dalam beberapa jam , mereka tiba di Seoul. Nayeon memandang pemandangan di tingkap . Akhirnya mereka tiba di sebuah rumah banglo yang amat besar. Mata Nayeon ralit melihat seluruh rumah itu.

"Nay, tak nak turun dari kereta ke? Kita dah sampai ni." Kata Puan Im bagi menyedar Nayeon dari lamunan.

"Mianhei, omma. Jom kita masuk dan jumpa appa, oppa dan unnie" Balas Nayeon lalu keluar dari kereta ke ommanya.

Di hadapan pintu masuk.

"Dah sampai pun anak manja appa ni" Kata Tuan Im riang.

"Appa!" Jerit Nayeon lalu memeluk appanya.

Jaebum dan Rose yang mendengar jeritan Nayeon berlalu ke pintu hadapan dan memeluk Nayeon dan Omma mereka. Mereka masuk ke dalam rumah . Nayeon masuk ke dalam biliknya lalu mengemas pakaiannya yang telah diangkat oleh abangnya tadi.

Keesokkannya, sewaktu Nayeon baru bangun tidur dia terdengar suara riuh-rendah di bawah . Nayeon segera ke bilik mandi untuk bersihkan diri . Kemudian dia bersiap-siap dan segera turun ke bawah.

Semasa berada di tangga , Nayeon dikejutkan oleh suatu suara iaitu ...

"Gadis arnab !! Saya amat rindu akan kamu" Jerit Jennie lalu memeluk Nayeon.

Rose yang melihat adiknya kelihatan tercungap-cungap menarik nafas segera menyuruh Jennie melepaskan pelukannya.

"Nay , okay? Jennie,  kesian adik aku . Kalau teruja pun tak perlu la peluk dia kuat sangat." Kata Rose dengan nada dingin.

(Kalau orang yang tak rapat dengan Rose ni mesti dah takut. Hehehe...) -author pov

"Ala ... sorry la teruja sangat jumpa kawan arnab aku ni. Hehehe" Balas Jennie sambil tersenyum .

"Tak apa la si gadis mulut becok. Saya pun rindu awak ." Balas Nayeon tersenyum sehingga nampak giginya.

Rose dan Jennie terpana melihat kecomelan Nayeon.

"Dah la jom sarapan sambil sembang" Kata Rose yang baru tersedar .

Mereka menuju ke ruang makan .

"Omma, appa dan oppa mana?" Tanya Nayeon pada kakaknya.

"Diorang dah sarapan tadi . Ada hal emergency katanya." Balas Rose.

"Jadi Nayeon pindah sekolah mana?" Tanya Jennie.

"Tak tahu tapi omma cakap masuk sekolah sama Rose unnie." Balas Nayeon.

"Yeay!! Ada kawan untuk rehat .Tapi kita tak sekelas" Kata Jennie teruja.

"Aipp!! Aku ni bukan kawan kau ke?" Kata Rose dingin.

"Ala merajuk pula kawan kita sorang ni. Mesti la kau kawan baik aku . Cuma  aku bosan tengok muka kau hari-hari" Balas Jennie.

Rose hanya mencebikkan bibirnya.

"Tapi Nayeon kena hati-hati tau dengan group Bts dan Gfriend . Diorang ni jahat . Takut Nayeon kena buli dengan diorang je" Kata Jennie.

"Siapa diorang? Nama? Ahli?Kelas? Suka buli orang eh?" Tanya Nayeon bertubi-tubi.

"Uish banyaknya tanya ." Kata Rose sambil menjongketkan kening.

Nayeon hanya tersenyum.

"Bts ada 7 orang. Ahli diorang ialah Jin , Jungkook, Taehyung, Rapmonster , Suga , Jimin dan J-hope .Tak silap Jungkook, Taehyung dan Jimin sama umur dengan  Nayeon .Yang lain tu  senior. Gfriend pulak tak ingat sangat nama diorang tapi aku kawan baik dengan Sowon." Balas Jennie panjang lebar.

Nayeon hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

Sepanjang haritu mereka menghabiskan masa mereka keluar berjalan-jalan .

avataravatar
Next chapter