1 PROLOG

Mata meliar mencari susuk tubuh yang baru melintas dihadapannya sebentar tadi. Dia kenal benar susuk tubuh itu. Dialah gadis yang selalu menjelma di dalam tidurnya sejak kebelakangan ini.

Lelaki bertopeng itu meloncat turun dari kuda tungganggannya. Dia melingaskan pandangan sehingga badannya turut sekali berpusing mengikut pergerakan pandangannya. Langkah kaki sedikit mengundur kebelangkang kemudian maju semula kehadapan. Berlari-lari anak kekiri dan kekanan.

"Cak! Awak buat apa dekat sini, dah macam kucing hilang anak saya tengok." sergah seorang gadis dari arah belakang lelaki bertopeng itu.

Lantas tubuhnya berpaling dan tangan naik menarik tangan gadis berkenaan. Bimbang jika gadis itu masih mahu melarikan diri dari pandanganya.

"Awak kemana? Puas saya cari awak diserata tempat sebentar tadi." adu lelaki bertopeng tanpa ada niat untuk melepaskan peganggan tanganya.

Gadis berkenaan hanya membalasnya dengan jungkitan bahu dan mata yang sedikit dijulingkan keatas.

Sebenarnya dia hanya tunduk menyembunyikan diri ditepi semak tidak jauh dari lelaki itu berdiri.

"Kenapa awak cari saya? Seingat dan setahu saya, saya dan keluarga tidak pernah berhutang dengan awak?" kata Qaseh Baiduri berani.

"Keluarga awak memang tak pernah berhutang dengan saya tapi awak tu yang dah curi sesuatu dari saya tanpa awak sedar." balas lelaki bertopeng berkenaan.

Tanpa isyarat, dia terus mengangkat tubuh genit Qaseh Baiduri dan diletakkan diatas kudanya. Kemudian dia turut naik dan duduk dibelakang gadis tersebut dengan posisi kedua tanganya mengepung tubuh Qaseh, dia menarik tali yang terdapat dibahagian kepala kuda berkenaan dan menghentakkan kakinya di bahagian perut kuda putih berkenaan. Apa lagi, kuda itu memecut dengan lajunya.

"Awak nak bawa saya kemana? Awak jangan macam-macam pulak, saya terjun nanti." jerit Qasih Baiduri lantang, melawan arus angin yang kuat menyapa kewajahnya.

"Kalau awak tak sayang nyawa, awak buatlah tapi awak jangan sesekali berani mahu menyalahkan saya kalau saya bertindak semakin jauh dari ini pada awak." ugut lelaki bertopeng itu juga dengan cara yang sama. Serta-merta mulut gadis itu terkunci rapat, risau dengan ugutan lelaki tersebut.

avataravatar
Next chapter