12 11/ *sambung maksiat*

Noorul pov

Masa yang diambil untuk pergi ke rumah Datin Maimun hanya 10 minit tetapi sekarang aku merasakan 1jam duduk di dalam kereta ini. Aku mengambil keputusan untuk berpura-pura tidur di tempat duduk sebelah. Malas telinga ini mahu mendengar penjelasan yang di utarakan Hafeez.

"Assalamualainawa'alaibaadillahissolihin.."

aku ucap sebelum aku memasuki rumah yang tiada penghuni.

"Sayang, Dengar penjelasan abang dulu. Abang tak bersalah, semua ni helah Fattah. Kalau sayang nak tahu, . . . . .

'Pang.'

"Abang, jangan nak tuduh kawan Noorul pulak. Sudah terang lagi bersuluh tadi Fat menangis sebab abang buat benda tak senonoh dekat dia. Abang ni dah kahwin dengan Noorul tapi masih lagi teruskan homoseks abang. Abang kemaruk sangat dengan maksiat yang abang cipta ni?"-Noorul.

Noorul meluahkan amarah yang cuba ditahan. Apabila Noorul menyedari keterlanjuran kata dan suaranya itu, dia meminta maaf kepada suaminya.

Noorul ingin segera berlalu dari situ. Dia tidak mahu air matanya menitis di hadapan suaminya. Namun, belum sempat Noorul melangkah pergi, Hafeez terus memeluk pinggang Noorul dari belakang.

"Sayang, abang minta maaf kalau sebab abang, sayang terpaksa meninggikan suara kepada abang sedangkan sayang tahu hukumnya. Abang tidak kisah jikalau sayang masih mengganggap abang salah dalam hal ini. Abang redha, mungkin atas dosa-dosa abang yang lalu."kata-kata yang keluar dari mulut Hafeez menunjukkan Hafeez tidak bersalah.

Kenapa hati aku seperti menidakkannya? Adakah hati aku sudah dipengaruhi syaitan.

"Abang, lepaskan saya.."-merayu Noorul. Dia memerlukan masa untuk semua yang berlaku ini.

Hafeez melepaskan Noorul kerana berasakan dirinya memang bersalah.

Setelah selesai solat isyak, Noorul memandang katil yang diduduki oleh suaminya.

Ketika mengambil wudu' tadi, Noorul berasa lebih tenang. Mungkin suaminya tidak bersalah. Lagipun, Noorul tidak boleh mendengar cerita dari pihak Fattah sahaja, dia juga perlu mendengar cerita dari pihak suaminya iaitu Hafeez.

Aku perlahan-lahan menaiki katil dan baring di sebelah katil suamiku. Aku ingin memeluk suamiku seperti kebiasaannya sebelum-sebelum ini sejak Hafeez semakin gemar bermanja dengannya.

"Jangan sayang, abang belum mandi hadas. Sekarang pun, abang masih jijik dengan diri abang dan masih cuba mengingati apa yang abang lakukan di rumah Datin Maimun."-Hafeez.

Aku berasa bersalah dengan apa yang aku ucapkan di bawah sebentar tadi.

"Abang, sayang minta maaf."-Noorul.

"Tak, tak, sayang tak salah apa-apa. Kalau sayang masih belum mencintai abang pun, abang akan berasa jijik dengan diri abang. Sayang tidur dahulu, nanti abang temankan sayang tidur. Abang nak pergi mandi hadas."-Hafeez.

Ya Allah, betul ker Fattah yang salah dalam hal ini. Sesungguhnya Kau maha mengetahui segala-galanya Ya Allah.

Keluar sahaja Hafeez dari bilik air, aku sudahpun kembali ke alam mimpi. Sedar-sedar Hafeez sedang solat. Solat apa tidak kuketahui?

Aku hanya memerhati tingkah laku Hafeez. Mata sudah hilang mengantuk, suruh pejam degil sungguh tidak mahu.

Apabila mata sudah mahu terlelap aku terdengar suara Hafeez merintih. Air mataku juga turut menitis mungkin sedih dengan masalah yang menimpa perkahwinan aku dengan Hafeez.

"Ya Allah jikalau dia isteri memang Kau anugerahkan untukku, aku mengucapkan syukur kepadamu. Jikalau isteri ada melukakan hatiku, ampunilah dosanya. Isteri tidak mempunyai apa-apa dosa kepadaku. Sedangkan, aku banyak berdosa kepadamu."

Aku mengelap air mata yang menitis semakin laju. Aku sedar aku banyak berdosa kepadanya.

"...Aku ingin berubah Ya Allah. Aku ingin mengejar redhamu. Sudah lama aku tidak melakukan kerja terkutuk itu Ya Allah. Aku sedar aku sudah jatuh cinta kepada isteriku sendiri....."

Ya Allah..suamiku jatuh cinta kepadaku. Hadiah apa yang kau beri kepadaku?

"...Namun, sekarang semua sudah berubah Ya Allah. Aku melakukan perkara terkutuk itu. Jujur Ya Allah, aku tidak sedar. Jika tidak pasti aku mengelakkannya kerana aku takut nerakamu Ya Allah... selamatkanlah isteriku, ibuku, mummyku, abahku, daddyku dari azab neraka. Allahumma solli'ala muhammad wa 'ala ali muhammad. Amin."-Hafeez.

Aku membuka sedikit mataku untuk melihat keadaan sekeliling. Hafeez sudah tiada di tikar sejadah, seketika mataku tertala kearah sofa yang dibaringi Hafeez. Air mataku menitis lagi.

Aku berjanji, pagi esok aku akan meminta Hafeez menjelaskan segalanya. Aku tidak sanggup tidur di luar pangkuan suami kerana aku merindui suamiku.

End pov.

"Abang, abang, abang. Dah masuk waktu subuh ni, jom solat berjemaah."kejut Noorul sambil mengoyang-goyangkan badan suaminya.

"Abang, bangunlah. Jom solat sekali." Sekali lagi Noorul kejut sambil tangan mengusap-usap kepala suami yang dicintai dalam diam.

"Eh, badan abang panaslah. Sayang rasa abang demam ni. Abang tunggu yer, saya nak solat dulu."-Noorul.

Selesai sahaja Noorul menunaikan tangunggjawabnya, dia terus menuju ke almari pakaian dan mengeluarkan sehelai tuala.

Dibawa tuala beserta cebok bilik mandi yang berisi air ke arah sofa yang dihuni Hafeez. Noorul perlu cepat di dalam tindakannya, jika tidak Hafeez akan tertinggal waktu solat subuh.

Disapunya tuala yang sudah direndam air ke dahi dan sekeliling kepala dan leher. Dalam masa itu, bibirnya tidak berhenti-henti berselawat kepada nabi.

"Sayang" ucap Hafeez lemah.

"Abang demam ni. Abang solat dulu, lepastu terus mandi. Sayang nak keluar kejap, nak buatkan abang bubur. Nanti boleh makan ubat, okay?" Bertalu-talu rancangan yang disediakan oleh Noorul.

Hafeez hanya mengangguk dan segera bangun untuk menunaikan solat subuh.

"Fat, kenapa Fat buat macam tu dekat suami kawan Fat, Nooh. Fat tak kasihankan diorang. Diorang baru je kahwin, tak sampai setengah tahun lagi."-Datin Maimun.

"Memang, memang mama. Apa yang mama cakap betul ma. Fat tak kasihan langsung, kalau diorang cerai-berai pun Fat suka mama. Puas hati Fat ni mama."-Fattah.

Fattah pov.

From: Sayang Nooh

Baby, kita jumpa sekarang. Urgent, jumpa dekat restoran biasa kita jumpa.

To: sayang Nooh

Okay..😘

Aku setia dengan Nooh seorang jer. Bila Nooh pergi ke luar negara, aku jaga junior aku untuk kau seorang. Tup-tup aku dapat mesej dari kau nak jumpa aku dekat restoran biasa, serious aku happy gila. Maybe kau nak ajak aku kahwin, walaupun ditentang mak bapak. Setakat mama aku ni, cis, senang jer aku ugut dia.

Tapi, apa yang aku angankan hancur binasa bila kau cakap kau nak kita putus. Aku sakit! Aku sakit!

"Aaaarrrrrrggggghhhhh"-Fattah

"Fat, Fat, ni mama sayang. Jangan macam ni, istighfar, ingat Allah."-Datin Maimun.

"Sekarang, aku nak hancurkan hidup kau macam mana kau hancurkan hidup aku dengan kau dulu, Nooh."-Fattah.

"Mama sayang, jangan sedih-sedih macam ni. Percayalah kata-kata Fat, di luar sana semua orang nakkan penceraian berlaku dekat Nooh dengan Hani "-Fattah.

"Entahke, Nooh tu pun tak pandai layan bini dia. Fat tak, Fat pandai layan lelaki dan perempuan. Layan mama pun boleh?"-Fattah

"Astaghfirullahal'azim, Fattah sedarlah "merintih Datin Maimun sambil berdoa agar Fattah menemui jalan keluar masalahnya itu.

avataravatar
Next chapter