4 Chapter Three | Lyft

           "ALONG pergi dulu ya?" Kata Robin pada Uminya sambil bersalaman.

Uminya yang bernama Khadijah Binti Reol. Berkulit merah merah keputihan. Cantik bukan? Walaupun Uminya sudah tua namun masih ada orang yang 'tersangkut' dengan ibunya. Wajah uminya tersangatlah cantik.

           "Baik-baik ya nak, jangan balik lewat." Puan Khadijah memberi nasihat kepada anak perempuannya itu sambil senyuman misteri terhias dibibir uminya.

Robin mengangguk. Senyuman masih terhias dibibir.

Robin bangun dari duduknya lalu pergi ke pintu untuk memakai kasut yang bersesuaian.

Pemakaian Robin harini lebih cantik daripada hari yang lain. Tudung shawl berwarna pink dililit di kepala dengan kemas. Baju berwarna biru laut sama seperti seluarnya. Cuma seluarnya sedikit pekat dari biru laut.

Takkan dua dua nak sama pulak. Tak pasal pasal cop guna kain langsir lebihan rumah raya tahun lepas.

           "Assalamualaikum, umi." Robin pergi meninggalkan pekarangan rumah itu.

Semasa perjalanan pergi ke Bus station. Sebuah kereta berhenti disebelahnya. Robin memandang pelik pada kereta tersebut. Tingkap cermin milik kereta itu diturunkan oleh tuan kereta.

           "Beni?"

Nama sebenar bagi Beni ialah Alex Benard. Dulu sememangnya dia berasal dari agama christian. Namun segalanya bertukar. Kerana dia berasa lebih nyaman dengan beradanya di sisi Allah. Agama Islam memang mudah.

Benard sedang tersenyum sumbing sambil memandang ke arahnya. Dalam masa yang sama Benard juga mengalihkan matanya memandang pakaian Robin pada hari ini. Sungguh menawan dan cantik.

Benard terpukau.

           "Jomlah masuk. Aku hantar kau." Pelawa dia.

           "Lagipun kau dengan aku kan jalan haluan yang sama. I mean same place." Tambahnya lagi dengan alasan yang kukuh dan logik.

Robin mengangguk.

Kekok.

           "Terima kasih," ucap Robin sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di seat penumpang bersebelahan dengan seat driver.

           "Small matter. Lagipun mak kau yang suruh." Ayat yang terakhir di perlahankan volume daripada Robin dengar.

Semasa perjalanan pergi ke tempat kerja mereka berdua. Sepatah perkataan pun mereka tidak sebut. Malu mungkin. Sehinggalah Robin mula berbicara. Entah topik itu yang terlintas dalam benak fikiran gadis itu.

           "Beni. Awak ada girlfriend eh?" Benard tergelak kecil.

           "Takda. Kenapa?" Wajah gadis itu dikerling sekilas.

           "Kau nak jadi makwe aku ke?" Sambungnya.

Erk.

           "Memang taklah. Saya tanya aje." Benard mengangguk faham.

           "Oh ya!" Benard baru teringat pasal CEO. "Kau ada dengar pasal CEO dari Italy gabung dengan company kita?" Tanyanya.

CEO dari Italy? Italy. Mata Robin membulat besar. Barangkali terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Benard.

           "Huh? Bergabung?" Robin bercakap dengan sedikit kuat.

           "Yup. Bergabung."

           "Dato tak bagi tahu dekat saya pun." Robin mencebik merajuk.

Dahlah CEO itu gatal. Kutuk Robin di dalam hatinya. Cucuk biji mata tu kang.

           "Dato dah bagi tahu lah dekat telegram di group yang semua pekerja ada tu." Berkerut dahinya cuba memahami keadaannya ini.

           "Saya tak dapat pun notification group tu." Robin mengeluarkan phonenya itu melihat semula. Muka Robin bertukar kepada menahan ketawa. Bak kata pepatah orang sekarang 'Pergi ke kedai beli barang,Kedai tutup.'

Jadi situasi itu sama macam aku. 'Buka bag ambil phone, bateri habis.' Kata Robin dalam hati. Kalini Robin tidak menahan gelak dari tergelak. Robin gelak kecil tapi lembut. Benard pandang Robin pelik.

           "Kenapa ketawa?" Robin menghalakan phone nya ke arah Benard. Bateti habis.Dalam berapa saat aje boleh turn off.

           "Jadi apa yang kelakar? Bateri habis aje pun." Ketawa Robin mati. Selamba aje dia kata macam tu. Pijak kang. Memang bagi orang lain akan gelak macam ni. Kalau ya pun sokong lah sikit.

           "Dia ni takda perasaan ke? Batu ke apa?" bisik Robin perlahan. Namun Benard dapat dengar apa yang dikatakan tadi.

           "Aku ada perasaan dan aku manusia bukan batu." Benard berkata malas.

Opps. Dia dengarlah. Keadaan sunyi semula. Mereka tiba di tempat kerja. Robin membuka seatbelt nya lalu berkata.

           "Terima kasih, Benard" Robin berkata lembut. Benard menghadiahkan senyum ikhlas untuk Robin tanda sama sama. Mereka mengikut haluan masing masing. Bangunan mereka tidak sama.

                    ~~~~~ 

SEBAIK sahaja Robin sampai ditingkatnya iaitu tingkat 11, Robin terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Beg galas yang disandang itu diletakkan di tepi. Phone yang berada di tangan, dicas pada plug suis yang tersedia ada. Tak sampai lima minit.Robin mendapat voicemail dari Dato.

           "Robin datang ke bilik saya sekarang. Ada satu perkara yang saya nak bagitahu awak." Pantas Robin bangun daripada kerusinya. Langkahnya menuju ke bilik pejabat Dato.

Robin ketuk.

           "Masuk."

Dengar suara Dato yang dilaungkan dari dalam membenarkannya untuk masuk. Robin memulas tombol pintu lalu masuk dan terlihat Dato sedang duduk di sebuah sofa single lagak seolah-olah menunggu kehadirannya ataupun bukan? Didepan Dato pula mempunyai sebuah sofa single seperti Dato cuma lebih kecil sedikit.

           "Ya?"

Robin bertanya bersama wajah yang keliru. Dia rasa dia tak ada buat salah lagi hari ni sebab dia baru sahaja sampai di sini. Kalau ada pun, harap tak kena marah lah. Malaslah, pagi-pagi dah kena bebel oleh Dato namun dia harus menghadapinya juga, by hook or crook dia mesti hadap.

           "Duduk dulu," arah Dato. Robin mengambil tempat dihadapan majikannya. Telan air liur sekali kerana melihat wajah serius majikannya. Kena pecat ke?

           "Kalau saya bagitahu perkara ni. Jangan terkejut tau." Cara Dato bercakap pun dah menakutkan. Dalam hati, dia tidak berhenti berdoa kepada-Nya agar urusannya dipermudahkan.

           "Awak akan menjadi Personal Assistant kepada Chief Executive Officer dari Italy." Sebaris ayat yang baru dilafazkan majikannya itu cuba ditafsir dengan teliti. Apabila sel sel otaknya mula berfungsi, terus dia memang kuat pemegang ditepi sofa itu bersama matanya yang membulat.

           "Apa? Personal Assistant!?" Suaranya memenuhi ruang pejabat majikannya.

Sungguh dia tidak terbayang langsung perkara macam ini. Cuma dia terbayang mahu mendapat seorang lelaki italy yang tiada apa apa kaitan dengan dirinya. Robin menggeleng kecil. No. No. This can't be. Ya Allah, apa yang sudah terjadi ni?

           "Kejap. Kenapa saya?" soal Robin. Terselit nada tidak puas hati. Dia tidak mahu dan tidak suka. Dia mahu kekal dimana dia berada. Dia tidak suka bekerja secara nomad. Dia mendengus geram.

           "Awak aje lah seorang yang pandai handle dalam bab ni. Orang lain slow sikit." Jawab Dato seperti memujuk dirinya untuk bersetuju. Robin melihat wajah kesian Dato. Lama dia berfikir. Robin menghela nafas berat.

           "Baik Dato," balas Robin tidak semangat. Dengan itu, Dato Ahmad Said berasa amat lega kerana pembantunya sudi membantu syarikat lain.

           "Berapa lama saya akan bekerja dengan dia?" tanya Robin. Kalau boleh dia nak habiskan secepat yang boleh. Sebab dia tidak mahu berada di sisi Chief Executive Officer yang miang dan misteri itu. Robin menggeliat geli.

           "Oh! Perkara itu saya terlupa. Nanti awak akan tandatangan kontrak yang disediakan oleh Mr Kim. Awak hanya perlu berkhidmat kepadanya selama empat bulan sahaja. Tidak silap saya lah." Robin mengeluh kecil. Empat bulan baginya sangat lama. Haraplah dia boleh bekerja dengan hati yang tenang.

           "Goodluck and don't forget your disciplines," pesan Dato memberi semangat kepada Robin. Robin tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan. Dia bersandar pada sofa yang empuk itu.

           "Bila saya akan berkerja dengan dia?" Robin bertanya untuk bersiap sedia bagi mental dan fizikalnya.

           "Esok." Robin tergamam.

That fast?

           "Baik, Dato." Dia berdiri dan mempamerkan senyuman kecil.

           "Saya keluar dulu ya." Robin menunduk sedikit. Dato mengangguk.

Robin terus keluar dari pejabat Dato dan mula membuat kerja sebaik sahaja duduk di kerusi miliknya. Lama Robin membuat kerja yang bertimbun di atas meja sehinggakan datang seorang pemuda menegurnya dan membuatkan kerjanya terbantut.

           "Excuse me. Can I meet your boss? " Robin mendongak melihat siapa yang bercakap dengannya. Mata Robin membuntang tapi reaksi diwajahnya dikawal.

Ya Allah!

Dia datang,

Kim Rossin Stuart.

Bersambung.

avataravatar
Next chapter