7 Chapter Six | His Friend

ROBIN memandang sekeliling mejanya apa yang dia nampak fail, fail, fail dan fa―coklat. Pantas sahaja mangkuk coklat dicapai lalu dia melabuhkan punggung di kerusi kulit yang mahal itu dan mula memakan satu persatu coklat di dalam mangkuk. Badannya tersandar sendiri pada kerusi sambil menikmati kemanisan coklat tersebut.

Hanya memakan separuh coklat di dalam mangkuk itu telah memakan masa tiga puluh minit namun dia masih tidak memulakan apa apa kerja lagi. Tangannya diletakkan pada pemegang sisi kerusi lalu matanya melilau memandang laluan koridor yang kosong itu.

Matanya tenung pasu yang berada dihujung koridor seperti boleh menembusi pasu itu. Kotak memorinya mula mengulang tayang semula kejadian di dalam lif tadi. Memang susah untuk dilupakan. Tambahan lagi jarak mereka yang terlalu dekat itu.

Dia menerkup pipinya takut muka bertukar tona warna merah darah lalu berpusing seratus lapan puluh darjah di atas kerusi yang boleh membuat satu pusingan. Pipinya kadang kadang boleh mendatangkan masalah kerana memalukan tuan sendiri.

Walaubagaimanapun, kenapa Stuart masih boleh kekal dengan wajahnya yang dingin itu? Sedangkan jantung dia punyalah bagai nak tercabut dengan kejadian malu itu. Jika difikirkan semula kalau dia mahu mengelak jumpa wajah majikannya sekalipun tetap dia akan jumpa kerana dia sekarang menjadi Personal Assistant kepada Stuart.

Jadi sejauh mana dia lari sekalipun tetap akan jumpa kerana dia sudah terikat menjadi pekerja bawahannya selama empat bulan dan dia bebas. Dia memejam mata semula.

Hatinya mula terdetik dengan pelbagai benda, contohnya kalau muka Stuart asyik ketat memang lari semua perempuan, lainlah kalau kunyit. Kunyit kebanyakannya semuanya kacak dan bergaya malangnya kunyit seperti kaum zaman Nabi Lut. Mereka tiada cita rasa pada perempuan ke?

Robin tertanya-tanya kenapa lelaki kunyit tidak memilih perempuan sedangkan perempuan yang mereka idamkan banyak di luar sana, senang cerita tak usah dicari kerana setiap manusia jodoh masing-masing telah diaturkan oleh-Nya, sudah tertulis dah pun. Mungkin boleh dicari tapi susah sedikit sebab jodoh diaturkan oleh Allah.

Mahupun lelaki itu bersama dengan lelaki sekalipun, diaorang tetap kena tegah sebab kunyit dilarang disisi Allah. Allah benci mereka yang suka sejenis kaum melainkan mereka bertaubat kembali semula ke jalan yang benar dan terus beristiqomah.

Kepala gadis itu menggeleng perlahan, dia perlu membuat kerja bukan mengelamun. Dia menarik kerusi merapati meja lalu dia mengambil fail yang paling atas sekali dihujung kanan meja. Ada beberapa buah fail yang tersusun di tepi meja.

Tangan Robin mula menyibuk membuat kerja dengan membuka fail dan melihat, memerhati, menganalisis dan mengendalikan data yang ada supaya dia faham dan tidak membuat kesilapan. Tekun dirinya membuat kerja sehingga tidak perasan derapan kasut yang mendekatinya lalu menegurnya.

"Assalamualaikum dan Hi. Are you new Personal Assistant?" Robin mendongak melihat gerangan yang tegurnya lalu menjawab salam dengan perlahan cukup hanya tahu dia sudah menjawab salam.

Robin mengangguk dan keningnya dijungkitkan. Wajah kacak ini tidak pernah dia nampak tapi nampak pernah jumpa tetapi tidak tahu dekat mana. Dia memusingkan pen ditangan tiga ratus lapan puluh darjah dan bersandar pada kerusi.

"I'm sorry but you are?" soal Robin teragak-agak.

"Auch!"

Lelaki itu memegang dadanya seakan sakit dengan pertanyaan dia. Robin menjuling mata ke atas. Drama King 2.0?

"You don't know me?" Robin pantas menggeleng bersama muka polosnya. Sekali lagi lelaki itu memegang kuat pada dadanya. Ya Allah! Kuat betul lelaki ni berdrama!

"Woman, you just broke my heart into thousands pieces! My heart in pain!"

Ini membuatkan Robin malas melayan. Jadi Robin mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja lelaki membuat drama percuma disitu. Dia menyambung semula kerja yang tergendala.

Lelaki itu hanya membebel maka Robin memekakkan telinganya. Kalau nak berdrama pergi lah masuk dalam saluran TV3, tunggulah pukul tujuh. Lepas itu, dramalah kau puas puas!

"Hey! Are you listening?" Lelaki itu menongkatkan lengannya pada kaunter dan badannya turut direndahkan untuk mengambil perhatian Robin.

"Encik nak apa sebenarnya?" soal Robin malas bersama wajahnya jelas tidak ceria dengan kehadiran lelaki agak menjengkelkan yang satu ini. Soalan yang dibalas dengan soalan.

Lelaki itu nak apa sebenarnya?

Letih lah.

Penat. Cakap aje lah nak apa.

Terus lelaki itu berhenti membebel dengan wajah terkedunya. Lelaki itu berkerut kening seketika sebelum wajah Robin dicari dan dipandang betul-betul. Pelik dengan sikap Robin mungkin. Garangnya!

"Sebenarnya saya nak jumpa bos awak. Dia ada dekat dalam ke?" Robin menghembuskan nafas lega. Wajah kacak lelaki itu dipandang semula. Ha! Kan senang terus aje cakap. Ini tak, itulah inilah.

Macam-macam.

"Encik ada buat appointment dengan bos ke?" Robin mengambil notepad berwarna hitam yang menarik perhatiannya, pasti itu jadual dan maklumat penting tentang majikannya.

"Takde," jawabnya sepatah.

Robin ternganga.

Jawab macam dah buat janji temu dengan majikannya pula. Yakin pulak tu. Mukanya pula dia selamba derk aje.

"Kalau tak ada... Encik tak boleh berjumpa dengan bos," terang Robin. Like the laws of this company. Bos dia pun dah bagi amaran, kalau orang lain nak jumpa Stuart, dia perlu buat appointment terlebih dahulu baru boleh berjumpa.

"Alah... Takkan tak boleh?" Lelaki itu melepaskan keluhan kecil. Wajahnya bertukar sedih seperti kanak kanak yang tidak dapat gula gula manis dimahukan.

"Hmm... Nama encik siapa?" Robin bersedia dengan notepad hitam ditangan. Dia mahu mencatat maklumat tentang orang luar yang tidak membuat janji temu tetapi mahu jumpa secara mengejut kerana tak beritahu.

"Oh my! I forgot to introduce myself. I'm sorry, name's Eiyad. Eiyad Dizhwar Bin Dato Jawfar. It's pleasure to meet you." Lelaki dihadapannya tersenyum menawan.

"Pleasure to meet you too, Mr.Eiyad..." balas Robin mesra bersama senyuman ceria. Dia menundukkan hormat sedikit dan Eiyad kelam kabut melihat gadis dihadapannya menunduk hormat.

Perbualan mereka sampai disitu sahaja apabila terdengar pintu pejabat milik majikannya dikuak luas dan kuat seperti marah.

"Hey, Stuart!" sapa Eiyad pada majikannya yang sedang berjalan ke arah mejanya dengan segak dan tampan lagi kacak bergaya.

Kenapa diorang nampak mesra sangat?

"Hey, kau buat apa datang sini?" soal Stuart sebaik sahaja kakinya dihentikan betul betul dihadapan meja Robin. Tangan kanannya di letak di atas meja Robin.

Pelik. Tiada angin, tiada ribut. Kenapa muncul?

Robin hanya menunduk. Pura-pura membuat kerja tetapi telinga membuka besar. Luas untuk mencuri-curi dengar perbualan diaorang yang terlalu kuat itu dan jelas itu. Nada diaorang bercakap itu kalau boleh satu bangunan ini boleh dengar, berdesing telinga dia.

"Aku nak jumpa kau lah. Kau dah lama tak contact dengan aku," jelas Eiyad seakan merajuk tambah tidak puas hati. Bahu Stuart ditumbuk perlahan.

"Ops! Aku lupa yang kau ni sibuk aje memanjang sampai kawan baik dia pun dia abaikan, Stuart?" sindir Eiyad. Tangannya pula diletakkan dimulut, menutupnya seakan-akan terkejut seperti telah mengeluarkan rahsia yang bukan rahsia.

Dahi Robin sekali sekala berkerut. Kenapa nama bapa Eiyad macam familiar aje. Dato' Jawfar. Dato Jawfar. Bibir Robin menyebut perlahan agar tidak didengari mereka.

Pen yang berada ditangan itu diketuk pada dagunya sekali sekala, menunjukkan betapa teruna dia cuba mengingati semula.

Dekat mana ya pernah dengar nama ni. Ahah! Dia baru teringat! Dato' Jawfar adalah Chief Executive Officer syarikat yang paling maju dalam negara ni, termasuk syarikat yang dia berkhidmat dahulu dan syarikat sekarang ni! Robin menyambung semula kerja. Operasi mencuri dengar masih diteruskan.

"Yelah... Akukan goyang kaki aje dekat rumah, lainlah kau. Takpe. Aku faham. Kau boleh pandangan serong dengan aku," lirih Eiyad dengan nada sedih disitu seperti jiwanya telah dihancurkan aje.

Muka Eiyad masam mencuka. Robin pula mahu tergelak mendengar perbualan antara Stuart dengan Eiyad yang dia baru kenali tadi dan secara tidak sengaja dia memandang sekilas wajah sedih Eiyad. Comel tetapi kelakar.

Stuart menjungkit kening kanannya melihat perwatakan Eiyad seperti budak tak matang.

"Don't make that face, Eiyad. You're ugly," balas Alex, sarkastik. Robin yang mendengar, dia menjeling Stuart sekilas. Geram kerana tidak menjaga hati orang lain.

"Aku bukannya berdrama. Aku cuma cakap benda fakta. You know..." Eiyad menghentak kakinya seperti kanak kanak yang tak dapat memakan aiskrim dan disebabkan itu lah, ketawa Robin meletus dihadapan mereka berdua dengan etawa yang sopan bukan mengilai.

Terus dua kepala jejaka itu iaitu Stuart dan Eiyad menoleh ke arah Robin yang ketawa secara tiba-tiba. Kenapa ketawa? Ada kitaorang buat kelakar ke?

Lama Robin ketawa sehinggalah dia terbatuk apabila dia mendongak melihat Stuart memandangnya tajam manakala Eiyad hanya tersenyum nipis dan memandang pelik. Robin berdehem bagi menghilangkan rasa kekok. Terus tunduk dia untuk menyambung kerja yang tergendala buat kali ke berapapun dia pun tidak pasti.

Air liurnya ditelan tatkala teringat panahan Stuart, menggigil tangannya menulis maklumat di dalam fail tersebut.

"Robin! After this come to my office!" arah majikannya tegas.

Robin terdongak kerana dirinya tersentak dengan suara kuat dan garang Stuart. Wajahnya kelihatan agak marah.

Habislah.

Apa dia perlu lakukan?

Bersambung.

avataravatar
Next chapter