5 Chapter Four | Jokes

           "PARDON?" Robin bertanya bersama kerutan di dahi. Wajah tampan itu dipandang. Hatinya mula berubah rentak seketika sebelum dia membina dinding yang mula runtuh.

           "I said may I meet your boss?" Sekali lagi Chief Executive Officer ini mengulang semula ayat yang tuturkan sebentar tadi. Matanya bertemu dengan sepasang mata biru cair yang menawan itu. Kali ini Kim Rossin Stuart merenung wajah mulus milik Robin. Bibirnya mengukir senyuman kecil

           "Just a moment."

Stuart mengangguk sekali sebelum dia menyibukkan diri dengan telefon pintarnya. Robin menghantar voicemail ringkas kepada Dato bahawa lelaki dari Chief Executive Officer Italy hendak berjumpa dengan syarikatnya.

Tidak sampai lima saat, Dato menghantar voicemail bagi pihaknya pula."Suruh dia masuk." Robin mengangguk kecil walaupun Dato tidak nampak. Kemudian, gadis itu terus menyambung kerjanya semula sambil berkata.

           "You may come in, Mr Kim," ujar Robin tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya untuk memandang lelaki itu. Dia masih meneruskan kerjanya kerana tiada apa yang perlu dibincangkan lagi selain daripada memastikan Stuart masuk ke dalam pejabat Dato.

Kim Rossin Stuart tidak mengalah, masih tak berganjak dari posisinya. Lelaki itu menongkat lengannya dikaunter, menyebabkan jarak wajah mereka sedepa. Robin mula berasa tidak selesa dengan perhatian diberikan.

Stuart mahu juga lihat wajah Robin yang tunduk membuat kerja, agak tekun tapi biadap. Robin menolak kakinya dibawa mejanya sedikit agar kerusinya kebelakang agar jarak dibesarkan semula. Dalam diam, Robin merungut kerana lelaki itu masih ada di sini.

           "So dissapointed," tuturnya secara tiba-tiba. Robin terdongak memandang wajah tampan itu.

           "About what?" soal Robin malas. Apabila matanya bertembung sekali lagi, dia terus memandang kertas di atas mejanya dan menyibukkan diri. Dia tidak suka dengan perasaan yang hadir apabila mata mereka bersatu.

           "...about worker," komennya.

           "I don't want a worker like you. You have bad attitude. I hope you already know that, mia bella," sambungnya lalu dia tersenyum sinis melihat wajah gadis itu yang mula rimas dengan kehadirannya.

Robin mengetap giginya. Pen ditangan digenggam kuat sehingga boleh nampak pen itu terbongkok sedikit kalau perhatikan betul betul. Wajah Stuart kecil besar kecil besar aje pada pandangannya.

           "Do you know why?" Robin diam.

           "It is because you never look up people face when you talk to them." Robin menarik nafas sedalam-dalamnya, menahan api kemarahan yang tengah membara. This dude test my patience, girl!

           "For example. Just now."

Stuart melirikan matanya pada tangan gadis itu. Dia tahu gadis itu sedang marah. Dia cuma mahu memastikan. Memastikan apa Stuart?

           "Just like you did to me," ujarnya setelah lama melepaskan aduan yang entah laku ke tidak kepada Robin. Robin mendongak memandang Stuart semula lalu matanya dikecilkan. Kalah lelaki ini kecil macam kura-kura kan bagus. Aku bungkus dia dalam beg sampah plastik lepastu humban dia dalam kasut yang lelaki itu banggakan.

Robin beristighfar perlahan. Sekali lagi, apabila matanya ternampak senyuman sinis lelaki itu, hatinya mula membara semula. Ada yang kene pijak nanti. Dia tak faham bahasa melayu kan. Tunggu. Kata Robin di dalam hati.

           "Lagi buruk orang macam awak," tempelak Robin pada Stuart yang terkebi-kebil memandangnya. Melihat reaksi itu, Robi tersenyum girang. Terasa diri dia telah memenangi sebuah rumah besar istana. Dia suka sangat!

           "Sebab awak sesuka hati aje nak menilai orang. Awak tiada hak untuk menilai orang walaupun dia pekerja bawahan awak. Awak ingat awak tu Tuhan ke? Suka hati dia aje nak nilai orang. Cermin lah dulu." Pantang kalau jumpa orang yang suka menilai insan yang lain. Hanya kerana pangkat semua budi dilupakan.

Wajah Stuart kelihatan sentap. Namun reaksi itu dikawal sebaik mungkin.

           "Excuse me? What did you just say? I don't understand." Stuart berpura pura tidak faham. Walhal dia faham sangat apa yang gadis itu katakan. Sangat faham. Malah dia juga fasih dalam bahasa melayu.

           "No. I was praising you in my language." Bohong Robin dengan senyum paksa diukir. Pen yang berada di tangan diletak lalu dia dia mendekatkan kerusinya ke arah meja. Dia mengukir senyuman sinis apabila tunduk dan saat dia mendongak memandang lelaki itu dia mengukir senyuman manis.

Stuart tersenyum sinis.

Gotcha, tesoro...

           "Oh. Thank you." Sejurus itu, Stuart meninggalkan meja milik Robin. Stuart memasuki bilik Dato. Robin menghembuskan nafas lega. Tidak perlu dia bersemuka dengan lelaki itu lagi.

                    ~~~~~ 

           "KENAPA Stuart datang sini? Sebelum tu duduk lah dulu." Soal Dato bingung sebaik sahaja dapat tahu lelaki itu datang kesini secara mengejut. Stuart menurut arahan. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah sofa bertentangan dengan Dato.

           "Saje... Nak tengok siapa Personal Assistant Stuart nanti," balasnya selamba. Dato tergelak kecil.

           "Tak payah tengok. Dah tengok kan?" Stuart membuat muka tak faham dengan apa yang Dato cakap seperti mengarut.

           "Bila?"

           "Eleh. Buat buat tak tahu konon. Habis yang kat bilik mesyuarat main main mata tu bukan?" perli Dato. Sememangnya Dato sudah lama kenal jejaka yang berada dihadapannya sekarang. Dato menganggap Stuart ini sebagai anaknya. Sayang, anak itu beragama Christian.

Mereka akan meluangkan masa setiap hari pada waktu malam kerana isteri Dato suka dengan kehadiran Stuart di dalam rumah agam itu. Tambahan pula anak-anak mereka masih belajar di luar negara, memakan masa yang lama untuk pulang dan dia sepasang terasa sunyi. Boleh dikatakan mereka sangat rapat.

Selain itu, Stuart juga melayan Dato ini seperti ayahnya yang sudah lama meninggal dunia di Francis. Jadi dia kekurangan kasih sayang dari bapa.

           "No, I don't." Stuart menafikannya. Tak nak mengaku. Gadis itu yang asyik memandangnya bukannya dia, ke dia?

           "Dad. Dia yang akan jadi Personal Assistant Stuart tu baik ke? Berdisiplin ke?" Tanya Stuart pada ayahnya. Wajah ayahnya yang tampak sedang menahan ketawa itu dilihat.

           "Yang kamu ni beria nak tahu kenapa?" Muncul idea jahat di dalam kepala Dato. Dato tersenyum penuh makna. Badan di kedepankan sedikit, mendekati Stuart.

           "Kamu nak try dia eh?" Teka Dato bersama senyuman lebar. Stuart menggeleng perlahan.

           "Try dia? Not my attention, dad. She probably didn't want to get closer to me. I mean like get to know me. Plus, I don't even know her." Stuart menjelaskan dengan ringkas dan selamat. Wajah gadis itu muka muncul dimindanya. Buat sekali lagi dia menggeleng sedikit lalu dicelikkan mata sekali.

           "Okay okay but when the feeling comes, don't said that I didn't give you advices to save your life." Dato tergelak besar selepas itu.

           "Sebab gadis itu sememangnya cantik,baik, sopan." Dada Stuart mula berdebar. Hatinya tidak boleh duduk tenang setiap kali nama gadis itu disebut. Kepalanya mula serabut dengan nama gadis itu, Robin.

           "Dan banyak lagi yang baik tentang Robin." Stuart mula berasa pelik. Kenapa nama gadis itu Robin? Kenapa tak letak nama yang manis manis seakan tuannya.

Stuart seakan tersedar apa yang hati nya katakan tadi. Sweet? Lovely? I don't see that part but I'll try to find that part. Stuart berkata di dalam lubuk hatinya. Kepalanya mengangguk kecil, bersetuju dengan idea bernasnya. Dato mula memandang Stuart pelik.

Angguk-angguk ni dah kenapa?

           "Dad, ada cerita pasal Stuart dekat dia?" Stuart tanya bersama wajahnya yang tenang itu. Rules taken. First, led the way. Second, you must first step ahead than the other. Third, feeling involved and be ready for all consequences.

           "No. I don't. I like better when my son tell them with his own way so there will be no misunderstanding," kata Dato mengundang senyuman manis dibibir Stuart. Stuart mengangguk faham.

           "Dad. Stuart balik dulu ya?" pinta izin kepada ayahnya. Dato senyum sambil mengangguk.

           "Balik lah. Rehatkan badan." Kerutan di dahi Stuart.

           "Stuart bukan nak balik rumah. Stuart nak balik office nak sambung buat kerja. And dad jangan bagitahu dia pasal kita. Biar rahsia dulu," pesan Stuart.

           "Yalah. Buat kerja buat jugak tapi jangan terlebih overwork nanti tak pasal pasal ada masalah mental sebab tertekan, " nasihat Dato. Stuart berdiri lalu mendekati ayahnya lalu menyalam tangan bapanya.

           "Bye."

           "Bye." Dato lambai kearahnya.

Sejurus itu Stuart keluar dari pejabat Dato dengan wajah dinginnya. Orang disekeliling sering tersalah faham. Wajahnya yang biasa adalah muka tenangnya. Nak tahu kenapa orang panggil dia dingin? Hanya disebabkan kening tebal sedikit dicop sebagai garang.

Stuart melihat Robin yang khusyuk membuat kerja. Dia mendekati meja Robin lalu mengetuk perlahan dan berkata.

           "Don't be late for work tommorow." Stuart terus meninggalkan meja tersebut. Robin terpinga-pinga. Mencernakan kata kata lelaki tadi. Apa dia ingat kita ni malas sangat ke nak bangun pagi pagi pergi kerja. Entah entah dia yang bangun lambat.

Pelik betul dengan lelaki. Aku harap aku tak kerja dengan lelaki tu .

I don't like it.

Never like it.

Bersambung.

avataravatar
Next chapter