6 Chapter Five | Him

Bab 5

SEORANG gadis masuk ke dalam sebuah company dengan langkah lemah longlai. Hal tak tidur punya pasal sebab memikirkan cara macam mana nak lari dari kerja di tempat yang dia tak suka.

Benar.

Gadis itu ialah Neny Robin binti As'ad.

Semalam, sebaik sahaja dia sampai di rumah pada pukul sembilan malam tadi matanya terus tidak boleh tutup.

Jadi dia memegang jam loceng ditangan sebelum tidur semalam untuk menyekatkan jarum jam tidak berpusing kerana dia tidak mahu hari ini datang dengan cepat. Dia taknak masa berlalu dengan pantas tetapi hakikatnya masa berlalu dengan pantas.

Dia mengeluh perlahan, nak buat macam mana kalau dah wajib menjalankan kewajipannya. Sarapan pagi tadi pun dia amik secubit roti gardenia dan terus keluar untuk bekerja.

Mata Robin meliar tengok ke dalam syarikat tersebut boleh dikata setiap inci diperhatikan. Dia kagum dengan suasana di dalam syarikat tersebut kerana tak bising sangat. Dia juga kagum dengan design bangunan itu. Klasik concept.

Sedang ralik meneroka kecantikan dan keistimewaan syarikat tersebut, entah ke mana langkahnya mahu menuju. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan jalan tengok bangunan ini kerana syarikat ini sangat luas dan besar.

Ketika dia khusyuk memerhati, secara tiba-tiba datang seorang lelaki dengan lagaknya seperti ketua di syarikat besar ini ke arah Robin tanpa pengetahuannya.

"Miss?" tegur lelaki tersebut.

Tersentak Robin dibuatnya. Pantas menoleh ke arah kanannya. Tatkala menyedari kedudukan mereka, secara automatik dia berundur ke belakang sedikit. Jarak dia dengan lelaki itu dekat hanya sehasta. Lelaki itu pun salah juga. Nak berhenti pun biarlah berjauhan sikit.

Nanti cop ada scandal baru tahu. Eh, nanti aku yang kena. Selepas berundur sikit kebelakang, dia menjeling lelaki itu secara diam. Menyampah!

"Welcome to my housework," ujar lelaki itu dengan riaksi wajah yang dingin dan tiada tanda-tanda untuk bermesra atau wajah ceria dipamerkan seolah olah bosan berjumpa dengannya. Kali ini lelaki itu tak mebuat jabat mesra atau berpelukan dengannya.

Nasib baik.

Tetapi yang dikhuatirkan sekarang. Kenapa lelaki itu yang kena sambut? Bukankah pekerja dia yang patut menyambutnya ataupun tak perlu jemput langsung kerana dia bukannya penting sangat pun, kan? Aih. Pening. Pening. Okay. Robin jangan fikir tentang ni lagi. Fokus.

"Thank you..." Robin dengan yang tak ikhlas berkata begitu. Wajahnya diceriakan apabila pekerja yang lain menunduk hormat mesra ke arahnya.

"Follow me."

Hanya dua perkataan. Robin patuh kerana terselit nada tegas disebalik perkataan tersebut. Jadi dia patuh agar dia tidak perlu dipecat ke apa ke. Ye lah dia nak banggakan Dato kerana Personal Assistantnya iaitu diri dia dapat membantu memajukan syarikat lain.

Stuart membawa dia menuju ke lif utama yang nampak cantik dan megah berserta corak molek berwarna emas. Stuart menekan butang anak panah naik dan aku hanya berdiri ditepinya sahaja. Tidak lama kemudian pintu lif terbuka luas.

Mereka berdua memandang ke dalam lif tersebut, agak sempit juga tapi masih muat untuk dua atau tiga orang berbadan kurus. Robin dan Stuart berpandangan seketika lalu memandang ke lif yang terbuka itu.

Mereka tiada pilihan selain menaiki lif tersebut. Orang di dalam lif kelihatan terkejut melihat majikannya sanggup berada di dalam lif yang agak sempit ni. Perkerja menunduk hormat. Tidak mahu memandang majikan mudanya yang tengah memandang kosong ke arah mereka.

Lif disebelah rosak kerana semasa dia masuk ke dalam lif ini, matanya sempat melihat papan tanda bahawa lif disebekah sedang dibaiki dan maaf atas kesulitan yang berlaku. Jadi dia tahu kenapa lif disebelah tidak boleh digunakan buat sementara waktu ini.

Masalahnya sekarang ni dia agak rimas. Rimas dengan situasi di dalam lif ini dengan badan masing-masing mengasak orang sebelah sehinggakan dirinya terhimpit ke dinding lif.

Dia cuba menolak perlahan orang berbadan besar ditepinya kerana orang sebelahnya yang membuatkan dia terhimpit ke dinding dan ianya sakit! Ditolak perlahan sekali lagi orang disebelahnya dan apabila orang sebelahnya sedar, aku memberi isyarat agar ketepi sedikit namun orang sebelahnya tidak membuat apa-apa seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Baru sahaja dia mahu membuka mulut, terasa lengannya ditarik ke hadapan dan membuatkan dia tersandar ke sudut dinding sebelah lif dan dia tidak berasa sempit lagi. Wajah diangkat melihat gerangan yang menolongnya. Alangkah terkejutnya dia, Stuart telah menolongnya. Jarak mereka sangat dekat.

Stuart sedang berdiri dihadapannya, menghadapnya namun tidak melihat wajahnya. Hatinya terasa debaran gila yang teramat, tambahan pula apabila wangian lelaki menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.

"Mr Kim?" panggilnya perlahan. Bertujuan untuk menyuruh menjauhkan diri lelaki itu daripadanya.

"What?" Terasa badannya terkena renjatan elektrik apabila mata mereka bersatu. Terus dia memandang tali leher lelaki itu.

"Can you move further so we don't... crash each other?" Robin sedaya upaya menolak dirinya ke dinding agar menjarakkan jurang di antara mereka. Stuart kebelakang setapak dan Robin bersyukur dalam hati kerana jarak mereka semakin luas sedikit.

Pintu lif terbuka dan seorang makcik masuk ke dalam lif yang sudah terang lagi bersuluh sempit. Kenapa penggera berat bunyi tidak berbunyi sedangkan sudah penuh ataupun masih tidak melebih paras barat?

Perkerja di dalam lif menolak-nolak untuk mencari ruang buat mereka dan secara tidak sengaja seorang pekerja yang berdiri di belakang Stuart telah melanggar badan Stuart dan menyebabkan jarak mereka bertambah semakin dekat lagi. Hampir sahaja hidungnya mahu tercium dada lelaki itu.

Stuart yang terasa ditolak tadi terus meletakkan tangannya di sisi atas kepala gadis itu untuk menahan ampunkan badannya daripada menghimpit gadis kecil itu dan daripada berlanggar atau berpeluk. Robin memejam mata kerana tidak sanggup melihat wajah majikannya yang terlalu dekat.

Dia juga sedaya-upaya mengecilkan diri agak tidak bersentuhan yang berlapik. Dia rela mati demi maruahnya. Sambil memejam mata, terasa deruan nafas hangat menyapa dahinya. Dengan keadaan begini, dia tidak tipu, dia kurang selesa dengan situasi ini.

"Save me," tutur Robin tanpa suara, hanya gerakan bibir sahaja namun Stuart dapat menangkap apa yang gadis itu sebutkan.

"I'm sorry."

Terus dia membuka mata yang terpejam. Wajah lelaki yang sedang memandangnya itu dipandang. Dia menggeleng perlahan. Maaf? Untuk apa? Pada masa yang sama, Robin tidak berputus berdoa supaya cepat sampai di tingkat yang terletaknya meja Robin.

Ting!

Doanya termakbul. Tingkat yang mereka mahu pergi sudah sampai. Itu pun sebab dia dapat melihat Stuart menurunkan tangan sasa lalu keluar dari lif sempit tersebut. Robin mengikuti langkah Stuart. Tak silap dia, sekarang ni dia berada di tingkat paling atas iaitu tingkat tiga puluh empat.

Robin dapat merasakan tingkat ini khas untuk Stuart. Sebab? Sebab melihat decoration yang terlalu mewah ini membuatkan dia tahu siapa pemilik tingkat ini. Warna biru dan peach terhias di tingkat ini.

"Miss Robin, this is your new desk."

Terhenti lamunannya, wajah diangkat memandang majikannya. Lelaki itu berdiri di tepi meja yang agak besar dan mempunyai banyak fail di situ. Robin mengangguk kecil, dalam diam dia memuji meja yang dia dapat.

Mejanya luas dan unik. Tambahan pula cantik, tidak pernah dia dapat meja yang seindah kini. Dato pun tak pernah bagi dirinya meja secantik ini.

~~~~~~

[Robin P.O.V]

"Don't play around until your work is done." Beritahunya tegas dan berbaur amaran. Maksudnya jangan nak menggatal atau bergurau senda semasa bekerja. Jangan main main masa kerja.

"...because I don't want my company drop because of someone." Aku meneguk air liur. Takut. Laju kepalaku mengangguk. Wajah yang mula garang itu aku pandang.

"Yes sir. As your recommended." Aku memandang lantai pula.

"Kerja keras sikit." Terus terdongak kepalaku memandangnya. Telinga aku ni berfungsi ke tak ni? Hanya satu ayat mampu membuatku terbeliak. Bahasa Melayu kan tu? Dia cakap bahasa melayu ke?

"Sekejap." Aku mematikan langkahnya yang menuju ke pejabat. Dia menoleh ke arahku. Keningnya sebelah terangkat memandangku.

"Encik pandai cakap Melayu ke? " Tanyaku masih dalam dilema kejutan. Dia tersenyum sinis dan dia menghadapku lalu dia memasuki tangannya ke dalam kocek seluar.

"Of course."

Serentak itu dia terus meninggalku. Mataku sekarang lagi meluas. Mulutku terlopong. Kalau dia pandai cakap bahasa melayu mesti dia faham bahasa melayu juga kan.

Peristiwa semalam diimbas kembali dimana aku sindir dia. Alamak! Macam mana ni. Apa aku nak buat ni. Bermacam-macam benda yang terlintas di mindaku.

Cemas.

Pip pip pip!

You are in danger zone!

Save yourself, Robin.

Bersambung.

avataravatar
Next chapter