webnovel
avatar
my halal journey Book

novel - Teen

my halal journey

afiifahrusli

Ongoing · 2.1K Views

Synopsis

Wan Ezryll berlari perlahan menuju ke perkarangan blok akademik. Hatinya mula kelam. Dicarinya kelibat adik angkatnya, Arfein Elny. Ezryll memandang sekilas ke pergelangan tangannya, melihat jarum jam yang berdetik. 'Dah jam 5 petang !' getus hati kecilnya. Peluh didahi dilap dengan sleeveless yang dipakainya, menampakkan perutnya yang sedikit berotot. Fikirannya sudah serabut. Niatnya ke blok akademik hanya untuk meminjam buku teks Matematik daripada adik angkatnya itu. Namun, lain pula yang terjadi. 'Ish, sudahla petang ni Cikgu Faidhi nak jumpa semua basketballer'. Ezryll berlalu meninggalkan blok akademik sambil mengeluh besar. Langkahnya berhenti apabila mendengar teriakan kecil dari arah bilik SAL. Segera di melangkah mencari si empunya suara. Matanya melilau ke setiap sudut. Kaku. Ezryll segera menghampiri susuk yang terbaring lemah di hadapan tangga bilik SAL. Dia buntu! Masakan tidak, susuk yang terbaring lemah itu adalah adik angkatnya ! Ezryll melihat sekelilingnya, sehelai sapu tangan yang amat dikenalinya diambil. Tanpa berfikir panjang, Ezryll terus berlari mendapatkan bantuan rakan-rakan perempuannya. Takkanlah nak sentuh anak dara orang pulak ! Tak lama selepas itu, "Wan Ezryll Adfi, kenapa kamu lambat ? Kamu dah bazirkan masa saya !" sergah Cikgu Faidhi. Namun, melihat saja keadaan Ezryll yang tercungap-cunggap membuatkan api kemarahannya sedikit reda. Ezryll pengsan. Sebelum dia jatuh, sempat dia menudingkan jarinya ke arah beberapa orang pelajar perempuan yang sedang memapah satu susuk lemah.