webnovel

bab 9

Bunyi jam loceng mengejutkan aku. Terpisat-pisat aku bangun dari tidur.

Siapa pula letak jam loceng dalam bilik aku ni?

Aku menghentak jam loceng itu dan sambung tidur. Aku menarik selimut sehingga ke muka. Itu memang kebiasaan aku kalau tidur.

"HANI DAERINA!"

Ya ampun, suara umi. Aku paling tidak suka kalau orang kacau aku tidur. Sumpah rasa nak mengamuk. Cuma belum tahap nak tukar jadi Hulk aje.

"Kenapa umi?"

Aku bertanya, Masih lagi berada di dalam selimut. Suara pun macam nak tak nak keluar dari mulut.

"Bangun lah. Apa ni anak dara bangun lambat ?!"

Umi menarik selimut aku sampai ke paras pinggang. Aku yang tidak puas hati menarik selimut kembali ke leher.

"Dara mana ada anak umi, janganlah kacau adik. Adik penat baru Amsterdam."

Aku sempat menguap seusai berkata. Badan aku mengiringkan ke sebelah kanan. Sedap memeluk bantal peluk act bantal busuk aku.

"Baru balik apanya ?! Adik dah balik sini tiga minggu lepas Adik lupa ke hari ni adik masuk U balik kan?"

Dengar je kata U, terus aku terduduk tegak.

Ouh shit

Macam mana boleh lupa ni? Tanpa mengucapkan terima kasih kepada umi, terus aku menyambar tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Aduhh lampu isyarat. Cepat lah hijau. Aku mengetuk-ngetuk stereng kereta, Jam di tangan dikerling 9.45 pagi. Mati lah nak .. Sudah lah pagi ini aku ada kelas dengan Madam Heidi.

Jantina dia perempuan. Jangan tanya lagi.

Dia tu baik, tapi kalau bab datang kelas dia lambat, rasanya boleh bergegar satu kampus tu dengar suara dia.

Sampai aje di U, aku tak tunggu lama dah. Terus mencari dewan kuliyah. Aku membuka pintu dengan termengah-megah.

Semua mata memandang ke arah aku. Aku melihat ke hadapan.

Fuh, nasib baik Madam Heidi belum memulakan apa-apa lagi. Mungkin tadi dia baru meet and greet pelajar sini. Dia pun baru berpindah ke sini.

"Hani Daerina. Awak lambat 25 minit."

"Err ... saya TERbangun lambat madam." Ok lah kan panggil madam? Tak nampak dia tua kan? HAHA.

Aku bermain dengan jari. Perkataan ter aku menekankan menandakan aku memang tak sengaja.

"Nasib awak jujur. Duduk lah."

Aku tunduk sedikit dan mengucapkan terima kasih. Aku mengambil tempat di tengah dewan kuliyah. Tempat duduk yang biasa aku duduki .. Tak depan sangat, tak belakang sangat ..

Baik pula Madam Heidi hari ni .. Angin monsun barat daya dia dah blah kut .. Aku membuka nota ku ketika pensyarah di depan sudah membuka slid.

Aku perhati saja muka Madam Heidi tu, Bahagia semacam aje, kenapa, Nak kahwin dah ke,

Kalau iya, menangis dan meraung lah teruna-teruna dalam ni, Madam Heidi tu bukan hanya cantik dan muda. Pandai lagi tu. Buktinya walaupun dia baru berumur 27 tahun, tapi sudah jadi lecture, Selalunya lecturer ni kebanyakannya yang sudah tua.

"Haih madam. Bahagia je. Ada apa-apa ke? Nak kahwin? "

Suara Saiful kedengaran di dalam dewan kuliyah .. Suara dia memang kuat, tak perlu mikrofon. Elok saja suara dia melantun jauh walaupun dia duduk agak belakang..

Macam mana aku kenal dia? Sebab dalam dewan ni. dia aje lelakí sejatí. Yang lain semua lelaki tetapi ada sotong mix sikit ..

Bidang fesyen kan, so faham-faham aje lah .. Walaupun ada yang lelaki sejati, tak banyak pun mesti sikit suara dia berubah lembut. Kecuali yang Saiful tu. Suara dia garau. Syira suka sangat suara macam tu, entah apa-apa,

kalau aku, aku suka lagi suara Dariel Lutfan, serak-serak basah gitu, dia cakap pun aku rasa rasa sexy,

Apa ni fikir pasal dia?

Aku menggeleng kepala Fokus Daerin fokus Suara Madam Heidi membuat aku kembali ke alam nyata

"Dia baru kembali dari luar negara tiga minggu lepas. Dan-dan pula día cutí selepas itu sampai sekarang. Jadi, kami cadang nak keluar. Ye lah, dah lama tak jumpa. Rindu juga."

Kelihatan senyuman manis terlakar di bibirnya .. Aku hanya melihat dari jauh .. Senyuman versi pencair lelaki .. Aku tak cair, aku straight ok ..

"Ouh, Umur cousin madam tu umur dia berapa? "

" Sebaya saya. 27 tahun." Aku juga turut mengangguk melihat orang lain angguk kepala.

" Lelaki ke perempuan?"

Ek eh Saiful, semua nak dikoreknya, Aku korek mulut dengan cengkadak tau lah.

Madam Heidi ketawa kecil dahulu sebelum membalas.

"Lelaki."

Mesti handsome. Dia pun lawa, so mesti cousin dia kacak .. JMSKABAJ HAHAHA ..

Agak-agak macam Dariel Lutfan tak?

Ya ampun, apa masalahnya dengan aku ni tak habis-habis dengan mamat tu, Erghh!

Beberapa jam selepas itu, kuliah tamat. Aku terus pergi ke cafe. Tempat yang biasa aku dan Syira lepak kalau kelas dah habis.

Cakap pasal Syira, mana pulak minah tu pergi? Melilau aku cari dia.

" Tak payah teleng-teleng kepala lah.Aku dah ada kat sini."

Aku memandang di hadapan aku.Cis

"Memang kelas kau habis lambat ke mana mana?" Aku menyedut air sirap limau yang sempat aku pesan tadi.

" Macam biasalah. Keluar awal sebenarnya, tapi Sir Pietro tu, membebel pula dia. Sudah lah ada accent London. Tak faham aku"

Aku hanya mampu ketawa, Siapa suruh ambil kursus pendidikan.

" Petang ni kau ada hal tak? "Aku diam sekejap. Tengah berfikir.

"Rasanya macam tak ada. Esok weekend. Aku tak ada kelas hari sabtu dengan ahad."

"Cun Jom pergi kampung aku nak tak?"

"Ada apa dekat kampung kau?"

"Macam biasa. Kampung, Padi, Manusia, Hutan, Reban ayam, Belukar sikit, Kebun."

Aku menepuk dahi. Boleh tahan sengal juga kawan aku ni.

"Bukan itu maksud aku, kau ajak aku balik kampung kau ni kenapa? Ada kenduri?"

"Ouh haah Kakak sulung aku nak kahwin .. Lepastu buat kenduri doa selamat sikit .. Adik aku yang spm tu dapat 7A .. Tu yang ibu aku bahagia nak buat doa selamat."

Aku mengangguk perlahan .. Best juga Lagipun dah lama tak jumpa Mak Cah.

Mak Cah tu mak Syira lah. Nama dia Aisyah. Aku panggil Mak Cah sebab singkat dan senang. Lagipun comel apa nama tu HAHAHA.

"Nak ikut tak?"

"Mesti lah nak. Nanti aku tanya umi aku. "

"Alah tak payah tanya. Mesti umi kau bagi punya. "

" Memang lah umi aku bagi, tapi kena juga minta izin nak keluar. Aku ni anak dara emas dia tau? "

Aku mengetuk perlahan bahu Syira, Dia hanya cebik kan bibir.

" Apa-apa aje lah. Nanti kita balik, kau bawa kereta Honda CRV Along kau ehh?" Syira tersenyum kambing. Cis, ada udang di sebalik tomyam rupanya.

"Nanti aku tanya Along aku. Dia tak kisah rasanya."

" Eh tak payah lah. Aku gurau je. Gila nak bawa kereta orang? Mahu kena bebel dengan ibu aku."

Syira menggeleng kepala.

" Cakap serupa keling. "

"Tak kisah lah. Janji aku manusia. "

***********************

" Kau nak ajak aku pergi mana ni? "

Aku bertanya kepada Syira. Dari tadi duk tarik tangan aku. Apa masalah dia entah

" Aku ada jumpa satu kafe. Sumpah lawa. Baru buka. Banyak dessert. Ada ice cream. Kau mesti suka. Jom try "

Dengar je ais krim, terus aku tersenyum ..fav aku!

" Kereta kau mana? "

" Tu."Aku menunjuk ke arah satu arah di mana kereta Honda CRV berwarna hitam.

"Kau tak bawa kereta ke hari ni? "

Aku memandang Syira, dia menggeleng kepala.

"Saya hantar service. Nak balik kampung kan."

Aku hanya mengangguk.Memang patut pun kena service. Sebab kampung Syira pun boleh tahan jauh juga dari Kuala Lumpur. Di terengganu.

"Eh Daerin. Itu bukan lecture kau ke? "Aku memandang arah yang ditunjuk Syira.

Kelihatan Madam Heidi sedang berlari anak ke sebuah kereta berwarna hitam Audi.

" Haah. Siapa yang bawa kereta tu? Kaya betul, " Aku melihat kereta tersebut. Rasanya kereta tu lagi menarik dari Madam Heidi yang free hair. Heh.

"Jom tegur dia. Aku nak selfie dengan dia kejap. Dia lawa kan? Ramai kata dia instafamous. Malam tadi try cari kat instagram, memang ada. AJAJAJJAJAOW tak sangka aku pensyarah kita ada yang famous. "

Keluar dah bahasa alien Syira, aku memutarkan bola mata ke atas. Kaki mengikut langkah Syira dari belakang yang bergerak ke arah Madam Heidi.

" Hai Madam. "

" Hai." Madam Heidi tersenyum manis. Dari dalam dewan kuliyah lagi bukan main lebar lagi senyuman dia.

Ouh lupa, dia kata dia nak jumpa cousin dia. So, mesti dalam kereta ni cousin dia

Curious juga aku macam mana rupanya. Aku mencuri pandang kereta itu., cermin tinted.

"Sorry ganggu. Saya tau madam tengah rushing, tapi saya nak ganggu juga. Boleh kita selfie? Saya tau madam instafamous. Teringin juga nak tumpang terkenal."

Syira mengekek ketawa. Macam-macam perangai Syira ni.Madam Heidi juga ketawa. Terserlah lesung pipitnya.

"Boleh boleh."

Syira pun mula mengeluarkan telefonnya. Aku yang tak ada kena mengena pun ditarik agar selfie sekali. Banyak juga Syira selfie.

Perempuan macam Syira ni pantang nampak kamera, habis semua mimik muka dia buat. Kalau iguana tu kacak, rasanya dia dah tiru gaya iguana tu.

"Heidi." Kedengaran seorang suara garau memanggil Madam Heidi, membuat kami bertiga berpaling muka ke arah empunya suara

" Lutfan! "Heidi menjerit teruja

Aku sudah terngaga. Adakah ini jodoh atau bodoh? Dariel Lutfan! Nak pengsan boleh tak?

Madam Heidi terus berlari ke arah Dariel Lutfan dan memeluk badan sasa lelaki itu. Dan yang paling bodohnya Dariel peluk dia balik!

ueww so unlady-like!

Tak guna! Masa dengan aku dekat Amsterdam, acah baik sangat lah, Rupanya penipu! Munafik!

Aku rasa nak tampar muka Dariel sekarang ni. Aku tak jealous, ehh ya ke tak?

Arghh apa-apa je lah, yang pasti aku tak suka lelaki penipu. Dia pernah kata 'saya tak nak kotorkan mata saya tengok benda yang bukan milik saya bla bla bla.'

Sekarang ni, tak rasa ke yang dia tengah mengotorkan badan dia? Ouh shit.

Aku merenung mereka berdua. Kelihatan sangat mesra sekali diaorang berdua.

Syira menarik aku pergi dari situ. Tapi aku masih berdiri statik. Tajam saja mata aku melihat Dariel. Masih tiada ura-ura untuk meninggalkan mereka berdua sehinggakan mereka berdua berpaling memandang aku yang dari tadi tak pergi dari situ.

Pandangan Dariel jatuh pada aku. Dia nampak terkejut dengan kehadiran aku di situ, tapi cepat-cepat dia cover. Dia mula tunjukkan muka beku dia dekat aku

Wah, tadi bukan main bahagia kau peluk perempuan, sengih sampai ke telinga

Aku memberi senyuman sinis kepadanya Hanya dia yang mengerti ..

" Lah sorry. Saya tak perasan awak berdua ada lagi kat sini. Dah alang-alang tu, saya kenalkan, ini lah cousin saya yang saya cakap masa dalam dewan kuliyah tadi. Dariel Lutfan. "

" Lutfan, ini Hani, dan ini."

Madam Heidi memandang Syira yang berada di sebelah aku.

" Syira. "

Dia hanya mengangguk cuma. Entah kenapa aku rasa sakit hati sebab dia buat-buat tak kenal aku.

Ok fine

"Nice to meet you encik "Aku menundukkan sedikit kepala aku. Tanda hormat. Sepatutnya tak payah hormat, humban je terus dalam longkang.

"Kami berdua pergi dulu lah ye. Have a nice day madam dan encik Lutfan."

Syira meminta diri, dia menarik tangan aku, saya sempat memberi senyuman sinis sekali lagi kepada Dariel, dia hanya merenung aku, Beku.

Aku sempat menangkap adegan di mana tangan Madam Heidi melingkar di lengan Dariel.

Huh, typical wanita miang and typical lelaki penipu.

Dasar suami tak guna. Dah ada isteri, tapi boleh pula pegang-pegang macam tu dengan cousin sendiri. Kesian isteri dia.

Entah kenapa aku pun sakit hati dengan Dariel. Aku pun kenapa bodoh tak nak elakkan diri dari dia dari awal lagi. Betul cakap dia. Aku ada pilihan. Tetapi aku sendiri memilih untuk ada kaitan dengan dia lagi.

"Daerin? Kau termenung apa?"

Suara Syira menyentakkan aku. Aku memandang ke arahnya dan menggeleng kepala.

"Tak ada apa-apa, Aku rasa nak balik lah, Tiba-tiba sakit perut, Rasa macam senggugut ni, Cafe tu kita pergi lain kali ehh? Now, aku hantar kau balik ya?"

"Okey."

Laju aku berjalan ke arah kereta. Balik ni, ingatkan aku supaya block Dariel Lutfan. Aku menyampah!

Klau ada typo tu sorry yew semua 😊

------------------

To be continued.