webnovel

Usaha yang Sia-sia

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Betina licik." Zhang Yang berbisik sendirian.

"Kemahiran bos ketiga dipanggil <Lembing Tanah>. Kemahiran ini akan dikenakan kepada 3 pemain secara rambang. Ia kelihatan seperti lopak berlumpur berkeluasan 2 meter, kau akan dapat pengurangan kelajuan pergerakan sebanyak 50% dan turut menerima 150 kerosakan sesaat. Kau kena pantas mengelak daripada lopak tersebut apabila ia muncul! Kerosakan dan kesan perlahan tidak akan berkesan serta merta tetapi ditunda selama 0.5 saat sebelum ia mula menunjukkan kesan! Kau kena pantas dan berhati-hati setiap masa!"

Zhang Yang menarik nafas, memberi masa kepada pasukan untuk menyerap semua maklumat.

"Akhir sekali… dan yang paling bermasalah, selepas 15 saat, bos akan dapat penambahan kerosakan sebanyak 5%. Ia perlawanan yang melibatkan kerosakan. Semakin lama kita berada dalam perlawanan ini, semakin teruk situasi yang akan kita alami. Kuasa penyembuhan kita akan susut dari semasa ke semasa dan apabila bos mendapat 150% atau 200% kerosakan tambahan, habislah kita!"

"Kesimpulannya, apa yang kamu semua perlu lakukan ialah mengelak <Lembing Tanah> dan memberikan segala apa yang kamu ada!"

"Semua ini merepek! Kau cuma perlu ucapkan ayat terakhir untuk simpulkan semuanya!" Han Gemuk menggaru kepala. "Oi lelaki! Kepala aku sakit bila dengar apa yang kau cakap! Membazir betul sel-sel otak aku cuba untuk mengingati semua perkara karut itu!"

"Jika tiada masalah, kita boleh pergi dan mula sekarang! Pencapaian "Penyelesaian Pertama berada di depan mata mata kita!"

"WOAH! Mari pergi!"

Pasukan itu berarak masuk ke dalam kamar boss dengan senyuman lebar di wajah mereka. Perlawanan bermula dengan <Serangan > oleh Zhang Yang.

Bagi maksimumkan output kerosakan, Zhang Yang mengutamakan serangannya dengan menggunakan <Pelumpuh Pertahanan> yang menambah 5 tindanan untuk mengurangkan 50% nilai pertahanan bos. Ia merupakan jenis fizikal dan secara semula jadi, memiliki nilai Pertahanan yang tinggi. Pengurangan 50% pertahanannya bersamaan dengan pengurangan 30% atribut pertahanan. 30 nilai Pertahanan tidak banyak, tetapi cukup untuk membantu Ratusan Tembakan dan Han Gemuk kerana mereka daripada kelas yang menggunakan Ketangkasan sebagai atribut utama mereka.

Zhang Yang ada kemahiran <Mata Helang> pasif, di samping 5 tindanan <Pelumpuh Pertahanan> dan tidak menghiraukan sejumlah 100% pertahanan. Serangan Zhang Yang tersebut berterusan dengan pengurangan kerosakan 0 Pertahanan dan membuatkan dia merasakan yang dia menyerang bos yang bertelanjang! Serangan ini sangat ketara.

Semakin tinggi tahap pemain, semakin banyak kemahiran yang mereka boleh gunakan. Masalah apabila seseorang memiliki terlalu banyak kemahiran ialah untuk mengenal pasti kepentingannya. Seseorang yang boleh menggunakan pelbagai jenis kemahiran dalam keadaan yang berbeza ialah faktor utama untuk membezakan antara pemain profesional yang luar biasa dan pemain biasa. Kedua-dua pemain itu boleh memiliki set peralatan yang sama dan tahap yang sama, tetapi mereka tidak boleh mengenakan output kerosakan yang sama. Seorang akan mengenakan kerosakan yang tersangat tinggi manakala seorang lagi akan memberikan jumlah normal. Hal ini merupakan kepentingan pengutamaan kemahiran dalam situasi tertentu.

Di bawah bimbingan Zhang Yang, Han Gemuk membentuk strategi serangannya sendiri dan telah mengalami perkembangan yang nyata. Zhang Yang tidak biasa dengan kemahiran dan taktik kelas Pemburu walaupun dengan pengalaman kelahiran semula selama 5 tahun kerana sebelum ini dia bermain sebagai Pelindung. Dia hanya boleh mengajar Han Gemuk pusingan kemahiran yang biasa untuk memaksimakan potensi wataknya.

Zhang Yang memerhatikan Drizzler. Drizzler seorang gadis yang suka bersaing. Dia suka berlawan dan membandingkan kerosakannya dengan orang lain. Oleh kerana itu, dia sanggup belajar taktik dan pusingan kemahiran baru untuk meningkatkan output kerosakannya dengan berlipat ganda! Orang yang paling menunjukkan kemajuan adalah Drizzler!

'Ding! Pemain Zhan Yu terkena kesan <Luka Terbuka>. Menerima 100 kerosakan fizikal setiap saat selama 20 saat!'

Ikon kelemahan muncul di atas kepala Zhang Yang. '-80!' teks kerosakan berwarna merah muncul berkali-kali di atasnya.

Sebelum kemahiran itu dijampi, Si Salji sedang berseronok dan menyembuhkan yang lain-lain dengan perlahan-lahan dan santai. Apabila ikon kelemahan muncul dan HP Zhang Yang semakin berkurangan, dia mula mengenakan <Jampi Penyembuh>.

'Ding! Pemain Zhan Yu telah menerima <Rempuhan >! Terpegun untuk 2 saat!'

Beberapa bintang kelihatan di atas kepala Zhang Yang, dan dia tidak dapat mengawal badannya. Badannya mula terhuyung-hayang ke depan dan ke belakang, kepalanya bergoyang-goyang seperti orang mabuk.

'-304!'

'-312!'

'-80!'

'-309!'

'-318!'

'-80!'

Roh Tanah Oz berada dalam kegilaan. Dalam dua saat sahaja, Oz telah menyerang Zhang Yang dengan empat serangan berturut-turut. Dengan kerosakan <Luka Terbuka> yang telah dikenakan, HP Zhang Yang dirompak serta-merta sebanyak 1403 mata! Nasib baik Zhang Yang telah menukar helm baru sejak dari awal lantas meningkatkan HP gagahnya kepada 1840l, tetapi ia masih tidak mencukupi!

Setelah beberapa serangan tersebut, barulah <Penyembuhan Tinggi> dijelmakan oleh Si Salji dan menyembuhkan Zhang Yang dalam sekelip mata.

'+395'

Setengah saat kemudian, <Pertumbuhan Semula> turut menyembuhkan '+120' lagi dan memulihkan hampir separuh HP Zhang Yang.

Dengan separuh HP sahaja, Zhang Yang tidak mempunyai masa untuk menarik nafas. Penumbuk kanan bos berada di depannya dan terbang tepat di mukanya! Zhang Yang mengelak, tetapi penumbuk kiri datang dengan pantas! Firasatnya mengatakan yang dia boleh mengelak serangan itu, jadi dia mengangkat perisai dengan cepat dan menggunakan <Hadangan >!

Walaupun bos ini mempunyai serangan fizikal berganda, dia masih lincah seperti pencuri. Setiap kali Oz menyerang dengan dua tumbukan, Zhang Yang hanya dapat mengelak penumbuk kanan, tetapi dia dapat menggunakan <Hadangan > untuk menahan satu lagi penumbuk. Dia tidak dapat mengelak kedua-duanya!

Si Salji masih belum selesai dengan penyembuhannya. Dia pantas menjampi <Penyembuhan Tinggi> dan selepas '+387', HP Zhang Yang tidak lagi berada dalam zon bahaya.

"Oh tuhan, sangat meletihkan!"

Beberapa saat pertama selepas pertarungan sudah begitu mengujakan. Dia dapat merasakan yang jantung dan paru-parunya akan meletup kerana terlalu teruja!

"Xixi, siapa yang suruh kau menjadi Paderi!" Drizzler cuba untuk menimbulkan kemarahan sepupunya.

"Aiya. Paderi hanya sesuai untuk orang macam aku." Si Salji sengaja menepuk dadanya yang penuh itu dan mengenyit mata pada Drizzler. "R-A-T-A~"

Muka Drizzler kemerahan kerana marah. "Han Yin Xue! Sudah cukup dengan buah dada aku!"

'Ding! Roh Tanah Oz telah menambah kesan <Pembesaran > (1 tindanan). Semua serangan fizikal meningkat sebanyak 5%!'

"Semua orang! Masih ada masa dan tempat untuk semua benda, dan kita tidak boleh bergurau senda sekarang. Jangan cuai dalam membuat serangan dan penyembuhan! Lihat, bos telah menambah kekuatan! Jika aku berada dalam keadaan bahaya seperti sebelum ini, bayangkan apa yang akan jadi kepada aku bila bos menindih <Pembesaran >. Aku kena bersedia untuk menemui pencipta aku tidak lama lagi!" marah Zhang Yang.

'Ding! Roh Tanah Oz telah menggunakan <Lembing Tanah>!'

Zhang Yang cepat-cepat melihat ke bawah kaki untuk memeriksa, dan satu lopak lumpur kehitaman muncul dari bawah. Zhang Yang segera pergi dari kawasan bulatan itu dan menjerit apabila dia terselamat daripada kemahiran itu.

"Setiap orang! Sila berhati-hati! Periksa tempat kamu berpijak!"

Shing! Shing! Shing!

Bunyi besi bertembung boleh kedengaran seperti 7 hingga 8 bilah tiang batu yang tajam terpacak keluar daripada lopak lumpur. Selepas sesaat, tiang-tiang itu tenggelam semula ke dalam lopak dan muncul kembali beberapa saat kemudian.

Han Gemuk mengemut punggungnya kerana terfikirkan sesuatu yang nakal.

"Hei, kalau aku tusukkan benda ini dalam punggung, boleh jadi seks anal tak?"

"@#$%! Pergi jahanam!"

"Abang Gemuk, kau sungguh miang!"

"Kau betul-betul perlukan pertolongan."

"Pergi mampus, anak haram!"

Apabila semua orang sedang bergembira ketawa dan marah, bos menambah kekuatan lain, meningkatkan kerosakannya sebanyak 110%.

80%, 70%, 60%!

Pada masa yang sama, HP bos sedang menurun. Lagipun, terdapat 3 penyerang terkuat dengan Zhang Yang yang mempunyai serangan paling kuat!

40%!

'Ding! Roh Tanah Oz telah menambah kesan <Pembesaran > (8 tindanan). Semua serangan fizikal meningkat sebanyak 40%!'

'Ding! Pemain Zhan Yu menerima <Pukulan Laju>! Terpegun selama 2 saat!'

Sekali lagi, kepala Zhang Yang dikelilingi bintang-bintang.

'-423!'

'-112!'

'+120'

'-432!'

'-427!'

'+398'"

'-112!'

'-431!'

Jantung Zhang Yang seakan cuba melonjak keluar sama seperti dia menaiki roller coaster. Nasib baik, Si Salji mampu memasukkan <Penyembuhan Tinggi> dan <Pertumbuhan Semula>. Jika dua kemahiran tersebut tiada, Zhang Yang sudah tentu telah dihantar ke titik pemulihan.

"Phew!" Zhang Yang melepaskan nafas lega. Kemudian, dia mengelak salah satu penumbuk bos dan menggunakan <Hadangan > terhadap satu lagi penumbuk yang memberi masa secukupnya untuk Si Salji menjampi satu lagi <Penyembuhan Tinggi>.

"Kau tahu… kau patut dapatkan sebuah buku kemahiran dipanggil <Perisai Suci>. Dengan cara itu, kau dan aku tidak lagi takut mendapat serangan jantung setiap kali kita berlawan dengan bos berkaliber seperti ini!"

[Perisai Suci]: Jampi perisai ajaib akan menyerap kerosakan bersamaan 200% kerosakan ajaib penjampi. Berterusan selama 30 saat. Tempoh bertenang: 15 saat. Penjampian segera.

Penjampian segera. Itu adalah nilai Perisai Suci yang paling bernilai. Muslihat teragung untuk menyelamatkan nyawa.

"Aku kehabisan wang. Boleh tak kau belikan untuk aku?" Si Salji mengenyit mata sembarangan ke arah sekelilingnya.

"Sepupu! Berhenti buat begitu! Aku betul-betul malu dengan kau!"

"Kamu semua berhenti! Tolong fokus pada bos! Jika bos menjadi lebih kuat, aku akan mati apabila terkena <Pukulan Laju> seterusnya!" marah Zhang Yang. Dia tidak lagi kedengaran normal.

30%... 20% … 10%... 7%!

'Ding! Roh Tanah Oz telah menambah kesan <Pembesaran > (12 tindanan). Semua serangan fizikal meningkat sebanyak 60%!'

'Ding! Pemain Zhan Yu telah menerima <Pukulan Laju>! Terpegun selama 2 saat!'

'-492!'

'+120!'

'-487!'

'-128!'

'-489!'

'-481!'

'-128!'

'Ding! Pemain Zhan Yu telah mati!'

Si Salji gagal menjampi <Penyembuhan Tinggi> tepat pada masanya yang menyebabkan kekalahan Zhang Yang.

"Jangan putus asa! Teruskan menyerang! Tinggal 6% sahaja! Berjuang untuk hidup!"

5%!

Setelah kejatuhan Zhang Yang, Drizzler serta-merta menjadi beg tumbukan Oz. Ia berpusing dan mula menyerang dengan ganas!

'Ding! Pemain Drizzler telah mati!'

4%!

'Ding! Pemain Si Kurus dan Kacak telah mati!'

'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'

'Ding! Pemain Si Salji telah mati!'

Penewasan teruk.

"Alahai..."

Pasukan itu muncul di titik pemulihan dan mengeluh bersama. Dihapuskan pada 4% seperti sesuatu yang sia-sia sahaja!

"Si Salji, lain kali bila aku terkena <Pukulan Laju>, jangan guna <Penyembuhan Tinggi>. Sebaliknya, tukar kepada <Doa Suci>. Walaupun kadar penyembuhan bagi <Doa Suci> lebih rendah, tetapi mantera ini lebih cepat! <Penyembuhan Tinggi> memerlukan dua saat untuk dijampi, tetapi <Doa Suci> hanya perlu 1.5 saat sahaja, jadi ia boleh dijampi di antara pegunan 2 saat itu! Jika kau guna <Penyembuhan Tinggi>, kau mungkin tidak akan sempat untuk selamatkan aku!" Zhang Yang berleter panjang kepada Si Salju dan cuba membantunya mengulangkaji serangan penyembuhannya.

"Ingat, setelah aku keluar dari pegunan, aku akan guna <Hadangan > dengan cepat. Kau akan ada masa yang cukup untuk menjampi <Penyembuhan Tinggi>!"

"Baik!" Si Salji mengangguk taat. Dia kelihatan menyalahkan diri sendiri di atas kejatuhan pasukan mereka. Walaupun bukan silapnya, dia berasa bersalah untuk usaha yang sia-sia. Jarang untuk melihat mukanya yang penuh ketaatan dan tidak mengenyitkan mata di mana-mana seperti wanita gila.

Shush!

5 roh lagi telah muncul di titik pemulihan. Mereka adalah Pendominasi. Lelaki Beradab yang Rendah Diri tidak ada di dalam pasukan yang bermakna pasukan ini ialah pasukan serangan kedua.

"Hei! Di mana kamu semua mati?" salah seorang ahli pasukan Pendominasi menjerit.

Zhang Yang melihat Han Gemuk dengan pandangan sesuatu di matanya. Han Gemuk memahaminya dengan cepat dan membalas, "Bos pertama!"

"Sial! Mereka sama seperti kita!"

"Ish! Jadi kalau peringkat mereka sama dengan kita pun apa masalahnya! Yang penting bos, bukan orang suruhan!"

Pendominasi mula berbincang sesama mereka.

"Hei, jiran! Kami berjaya mengenakan kerosakan hingga tinggal 60% HP. Bagaimana dengan kamu semua?"

Han Gemuk memandang Zhang Yang sambil tersenyum bodoh.

"Lebih baik dari kamu! Kami buat sampai tinggal 40%!"

Kelima-lima mereka bertukar pandangan dan tersenyum sinis. Mereka bertukar ke saluran pasukan dan berkata, "Hah! Hanya 40%! Boss sudah dibelasah sehingga 20%. Sikit sahaja lagi dan sudah tentu kita akan memenangi perlawanan ini!"

Next chapter