webnovel

Satu Lagi Bos Tahap Dewa?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Pemburu, diri di belakang dan serang raksasa itu dengan <Panahan Bertalu-talu> kau!" Zhang Yang memikirkannya sejenak dan berkata, "Si Salji, aku mahu kau diri lagi jauh ke belakang. Budak kecil, jangan serang raksasa itu dulu. Diri dengan Si Salji!" Drizzler ternganga kerana terkejut. Sebagai seorang yang gemar bertarung, dia berasa tidak selesa apabila diminta untuk tidak bertarung. 

"Okey! Aku akan umpan raksasa itu ke sini sekarang! Aku mahu kau semua serang raksasa itu bila mereka mendekati pintu masuk. Tahan aggro mereka!" Zhang Yang menambah.

"Baik!"

"Aku mulakan! Si Salji, berikan aku <Perisai Suci>!"

Hong! Si Salji melambai tangannya dan sebuah perisai lut cahaya muncul pada tubuh Zhang Yang.

"Hah! Yang Kecil! 'Alat pelindung' yang kau guna sekarang agak hebat, bukan!" ujar Han Gemuk.

Zhang Yang berlari keluar daripada pintu masuk tersebut dan serta-merta menarik perhatian lapan Ahli Sihir Tengkorak di situ. Lapan kesan melemahkan muncul di atas kepala Zhang Yang apabila raksasa tersebut menghayun tongkat sakti mereka. Zhang Yang cepat-cepat berundur dan mengumpan kelapan-lapan raksasa tersebut bersamanya ke arah pintu masuk dungeon.

"Mulakan serangan!"

Ratusan Tembakan dan Han Gemuk mengaktifkan <Panahan Bertalu-talu> dengan serentak dan mensasarkan kemahiran mereka di pintu masuk itu. 

Kelapan-lapan raksasa tersebut menukar aggro dan sasaran mereka kepada Ratusan Tembakan.

Shush, Shush, Shush! Lapan <Bayangan Mereputkan> muncul di atas kepalanya dan memandangkan dia berada dalam jarak 30 meter dari yang lain-lain, raksasa tersebut tidak dapat menjampi <Sebatan Bayangan> ke atasnya. Mereka hanya mampu memandangnya di pintu masuk dengan mulut yang ternganga.

Si Salji dengan segera menjampi <Pertumbuhan Semula> dan <Perisai Suci> ke atas Ratusan Tembakan. Dia turut membaca jampi penyembuhan untuk menaikkan semula HPnya yang hilang disebabkan kemahiran DoT tersebut. Ia ternyata bukan satu masalah buat Si Salji untuk melakukannya walaupun dengan jumlah kerosakan yang Ratusan Tembakan hadapi.

Selepas panahan serentak menghujani raksasa tersebut, setiap satu mereka kehilangan hampir 1,000 HP.

Zhang Yang berkata kepada Drizzler, "Mulakan serangan! Ratusan Tembakan yang memegang kebanyakan aggro sekarang, jadi raksasa itu tidak akan mensasarkan kita langsung!"

"Dengan berbesar hati!" Drizzler telah lama menunggu kebenaran daripada Zhang Yang. Dia kemudian menyerang dengan <Serangan >. Zhang Yang turut sama menyerang. Selepas <Serangan >nya, dia mengenakan serangan normal dan memperolehi 35 Rage. Dia kemudian menggunakan <Sambaran Mendatar> dan mengenakan serangan yang hebat. Dia turut mengenakan tiga kali serangan kritikal yang menyebabkan 1,400 mata kerosakan. Raksasa tersebut tiba-tiba menukar sasaran mereka kepada Zhang Yang. Namun, sebelum sempat mereka mula menyerang Zhang Yang, panahan serentak menghujani mereka dan terus membunuh mereka semua.

[Ahli Sihir Maut] (Normal)

Tahap: 25

HP: 2,500

Kelapan-lapan raksasa tersebut terbunuh sebelum serangan panahan serentak kedua daripada <Panahan Bertalu-talu> itu selesai. Mereka semua memperolehi mata pengalaman yang banyak.

"Yang Kecil, tempat ini nampak seperti tempat yang sesuai untuk kita grind ke tahap seterusnya!" Han Gemuk rindukan saat ketika dia berada di kedudukan pertama dalam Papan Kedudukan Tahap. Mereka telah menyerang dungeon sejak dua hari lepas dan tidak melakukan grind lalu menyebabkan mereka kini ditewaskan Bebola Api Terapung dalam papan kedudukan. Dia kini berada di kedudukan pertama selepas mencapai tahap 22.

"Baiklah, kita bersihkan tempat ini!" Zhang Yang berjalan ke arah jalan masuk dan meneliti kawasan tersebut. Tingkat dua itu penuh dengan raksasa dengan adanya sebilangan Ahli Sihir yang berdiri di bahagian dalam kawasan tersebut.

"Tak guna! Banyaknya raksasa dalam tu! Aku takut kalau aku masuk, HP aku akan turun ke 0 bila aku keluar! Gemuk, inilah waktunya untuk kau tunjukkan kehebatan kau. Aku rasa elok haiwan peliharaan kau yang masuk!"

"Jahanam! Kejamnya kau! Itu sama seperti mencampak haiwan perliharaan aku ke dalam lubang api!?" Han Gemuk mengusap beruang kecil peliharaannya dan berkata, "Gemuk Kecil, masuk! Kalau kau mati, aku akan bakar beruang betina dan hantar ia ke alam selepas kematian untuk kau! Kau tak akan bersendirian di sana!"

"Cukuplah itu, Si Gemuk gatal! Cepatlah mulakan!"

Han Gemuk kemudian menunjuk ke arah Ahli Sihir terdekat. Beruang itu mula mengaum dan menyerang ke arahnya. 

Shush, shush, shush! Sebaik sahaja beruang itu melangkah keluar dari pintu masuk, ia dikenakan lebih daripada 10 kemahiran DoT. Pada waktu yang sama, Ahli Sihir tersebut telah mengangkat tangan mereka dan menjampi cahaya berwarna hitam ke arah beruang itu dan memperlahankan pergerakannya.

[Sebatan Bayangan]: Menggunakan kuasa bayangan untuk menyebat pihak musuh. Menyebabkan 500 mata kerosakan Bayangan selepas 5 saat tempoh penyaluran. Memerlukan penyaluran. Jarak: 20 meter.

Jumlah kuasa serangan 10 raksasa tersebut sangat kuat! Walaupun Han Gemuk merupakan seorang Beastmaster dan telah meningkatkan HP haiwannya ke 1,500, itu masih tidak mencukupi untuk menghadapi serangan semua Ahli Sihir tersebut. Beruang kecil peliharaannya itu telah terbunuh selepas hanya beberapa langkah!

Kesemua Ahli Sihir tersebut kemudian berpaling kepada Han Gemuk dan mula mengejarnya.

"Berundur ke pintu masuk! Gerak, gerak, gerak!" Zhang Yang cepat-cepat menjerit. Setibanya mereka di kawasan selamat itu, Han Gemuk telah menerima 10 tanda <Bayangan Mereputkan> yang muncul di atas kepalanya.

Kedua-dua Pemburu memulakan serangan mereka, melepaskan dua serangan <Panahan Bertalu-talu>, dan menghujani raksasa tersebut dengan serangan panahan serentak. Namun, Ratusan Tembakan ternyata seorang yang bijak. Dia dengan sengaja menangguhkan <Panahan Bertalu-talu>nya selama beberapa saat untuk memastikan Han Gemuk menarik aggro lebih lama. Dia ingin mengelak daripada terkena kesan DoT lalu mengurangkan bebanan Si Salji dalam menyembuhkan mereka.

Selepas panahan serentak itu selesai, mereka menggunakan strategi yang sama seperti sebelum ini. Kedua-dua Zhang Yang dan Drizzler bergerak ke hadapan dan menjampi <Sambaran Mendatar> dan <Belahan Tornado> lalu membunuh kesemua raksasa tersebut.

"Baik, giliran Ratusan Tembakan pula kali ini. Han Gemuk, bangkitkan semula haiwan peliharaan kau!" ujar Zhang Yang.

"Woo… haiwan kesayanganku yang comel…" Han Gemuk menangis kecil sambil membaca jampi kebangkitan semula. Gaya dramatisnya itu mula menjengkelkan ahli pasukannya. 

Strategi yang sama kemudian dilakukan haiwan peliharaan Ratusan Tembakan. Ia menarik perhatian sekumpulan Ahli Sihir dan mengumpan mereka ke arah pintu masuk tersebut, tetapi terbunuh dalam proses tersebut. Mereka mengulangi cara yang sama sebanyak kali yang mungkin dan berjaya membunuh hampir kesemua raksasa di tingkat dua tersebut 20 minit kemudian. Raksasa yang tinggal tidak memerlukan mereka untuk berundur ke pintu masuk itu, jadi pasukan itu memasuki kawaan itu dan membunuh mereka secara berdepan. 

Apabila mereka meneliti barangan yang dikumpulkan, mereka menyedari yang tiada satu pun barangan yang bernilai. Barangan tersebut semuanya "sampah" dan barangan rambang. Apabila pasukan itu tiba di penghujung tingkat dua, mereka tidak menjumpai apa-apa petunjuk tentang bos. Apa yang lebih pelik ialah tiada langsung pintu masuk atau laluan yang boleh membawa mereka ke tingkat tiga! 

"Eh? Mana pula bos ini?" Drizzler berpusing seperti seorang penari balet dan hanya nampak kegelapan di sekeliling mereka. "Mungkin bos ini perlu diaktifkan!" ujar Zhang Yang. Dia teringat yang ada tempat seperti ini, tetapi dia tidak pernah bertarung di situ. Perkara yang sama turut bermain dalam benak fikiran yang lain-lain.

"Semua! Berpecah dan cari petunjuk di sekitar kawasan! Mesti ada petunjuk untuk membuatkan bos ini muncul!"

Semua ahli pasukan, termasuk Zhang Yang, berpecah dan memeriksa kawasan sekeliling.

"Aku dah jumpa! Mari sini, semua!" Ratusan Tembakan memanggil mereka semua. Pasukan itu kemudian berkumpul di tempatnya dan menyedari yang dia berdiri berdekatan dengan altar kecil. Altar tersebut hanya sebesar meja makan bersaiz kecil dan terdapat sebuah mangkuk kecil di atasnya. Terdapat sabuah bulatan ajaib yang rumit di bawah mangkuk itu yang menghasilkan cahaya gelap yang menakutkan.

"Nampaknya kita dah jumpa ia!"

"Tapi bagaimana kita nak seru bos itu?" soal Si Salji.

"Gemuk! Pergi masukkan sedikit darah kau ke dalam mangkuk itu. Bos ini mesti diseru dengan darah!" kata Zhang Yang. "Apa?! Kenapa aku!" Han Gemuk berteriak. "Kenapa kau tak pilih Ratusan Tembakan atau Drizzler untuk buat benda itu!?" Dia membantah.

Zhang Yang tersenyum mengusik. "Baiklah! Kita buat undian. Siapa yang setuju Han Gemuk yang buat benda itu, sila angkat tangan!"

Shush! Empat tangan diangkat tanda setuju.

Drizzler tertawa kuat. "Hah! Padan muka kau, Si Gemuk Gatal! Menyerah kalah sajalah dan terima takdir kau!"

"Janganlah begini, abang. Ini hanya satu permainan video. Masukkan saja darah kau sedikit dalam tu!"

"Bedebah! Aku benci kau semua!" Han Gemuk tidak mempunyai pilihan lain. Dia berjalan mendekati altar dan menggigit ibu jarinya. Dia kemudian menghulur ibu jarinya dan memasukkan darahnya yang sedang mengalir ke dalam mangkuk itu.

"Tuk, tuk, tuk" bunyi titisan darah itu bergema di ruang itu dan mangkuk tersebut tiba-tiba bergetar. Han Gemuk dengan segera berundur beberapa langkah. Mangkuk tersebut kemudian bergetar kuat dan berpusing dengan sendiri. Ia berpusing tiga kali di arah lawan pusingan jam dan dua kali di arah pusingan jam. Bulatan ajaib di bawahnya bersinar terang dan menghasilkan bunyi "hooooongg" yang kuat. Angin mula bertiup dari semua arah sementara pasir dan batu kecil gugur dari dinding akibat gegaran kuat yang dirasai di seluruh gua. Satu perkara buruk seolah-olah akan terjadi sebentar lagi. 

"Aku tak sedap hatilah… Aku 100% pasti yang bos seterusnya ini sangat menakutkan!" Han Gemuk memandang kiri dan kanan untuk cuba memeriksa apa-apa perubahan di sekelilingnya.

Pa! Pa! Pa! Pa! Pa!

Bunyi rantai putus bergema di gua tersebut dan ia diikuti dengan letusan cahaya gelap daripada bulatan ajaib itu. Cahaya itu meletus membentuk sebuah tiang yang besar. Tiba-tiba, satu jelmaan yang memakai jubah agung dan topi tajam ahli sihir menjelma daripada cahaya berikut. Ia menggenggam sebatang tongkat sakti yang bersinar dengan cahaya hitam dalam tangannya. 

Boom!

Sebuah gelombang kejut yang kuat meletus di kawasan tersebut dan jelmaan itu lenyap daripada tiang berkenaan, lalu muncul semula di hadapan pasukan itu. Maka berdirilah satu Necromancer besar setinggi 10 meter di hadapan mereka. Tubuhnya hanyalah rangka yang rapuh dan lemah tanpa diselaputi daging. Namun, kehadirannya sahaja sudah cukup menggerunkan ahli pasukan itu, terutamanya apabila mereka melihat soket matanya yang gelap dan dalam dengan sepasang bola matanya yang berwarna hijau zamrud yang nampak seolah-olah mereka terbakar dari dalam! 

"Jahanam… Raksasa jenis apa ini?!" jerit Han Gemuk.

Zhang Yang dan pasukannya memeriksa penerangan sistemnya.

[Raja Sihir Abadi, Mardevich, Ketua Bayangan] (Makhluk Samawi)

Tahap: ???

HP: ???

"Ya Tuhan! Kenapa pula ada bos Samawi di sini!?" raung Ratusan Tembakan. Dia yang selalunya senyap dan matang itu gusar. Jika semua pemain dalam pelayan ini bersatu untuk menewaskan bos ini, mereka pasti akan tewas dan terbunuh sehingga pelayan ini gagal berfungsi! Mereka kini berdepan dengan bos tahap Samawi yang menggerunkan!

"Hahaha! Manusia! Aku tidak menyangka yang aku akan dibebaskan oleh manusia kerdil! Namun, aku berterima kasih dengan apa yang kamu lakukan! Raja ini akan membiarkan kamu terus hidup dan bernafas sebagai ganjarannya!" Rahangnya yang menakutkan itu bergerak sambil ia berkata-kata.

"BERAMBUS sekarang!" Ia berteriak. Suaranya bergema hingga ke langit ketujuh.

Pasukan itu ketakutan hingga mereka berundur beberapa langkah. Jika mereka perlu bertarung dengan bos tahap Samawi ini… mereka pasti akan mati!

Pasukan itu terus berpusing dan meninggalkan kawasan tersebut sebelum apa-apa yang lain terjadi. Han Gemuk terhenti apabila dia ternampak Zhang Yang langsung tidak berganjak dari tempatnya.

"Hei, jomlah! Apa yang kau tunggu lagi!?" Han Gemuk berteriak dalam saluran pasukan.

Zhang Yang tiba-tiba tersenyum. Dia mula melangkah, bukannya ke arah pasukannya, tetapi ke arah bos itu. 

"Hei! Apa yang kau nak buat ini?!" Han Gemuk menjerit panik. Walaupun ini hanyalah sebuah permainnan video, tiada sebab bagi seseorang untuk mencari maut!

"Manusia lemah! Adakah kamu cuba berdepan dengan kuasa dewa?!"

Zhang Yang telah membuat provokasi terhadap Mardevich. Suaranya yang sangat kuat telah menyebabkan gua itu bergegar dan menggugurkan pasir dan batu kecil di seluruh kawasan itu.

Shush!

Zhang Yang menggunakan <Serangan > dan meluru ke arah bos itu!

"Ya Tuhan! Dia ini tak belajarkah perkataan "maut" di sekolah dulu!?" Si Salji menepuk dahinya sendiri. Dia teringat bagaimana Zhang Yang berdepan dengan Raja Ular Sawa dan Unduin, Si Penderita sebelum ini. Dia tidak menyerang mereka dengan membuta-tuli seperti apa yang dilakukannya sekarang!

Zhang Yang kini berdepan dengan bos Bayangan!

Next chapter