98 Hull, Sang Gergasi Biru

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

[Hull, Sang Gergasi Biru] (Elit)

Tahap: 30

HP: 30,000

Pertahanan: 0

Kerosakan jarak dekat: 500

Selang masa serangan: 2 saat

Sebaik sahaja Zhang Yang memasuki pertarungan tersebut, peralatannya dimiutkan. Setiap tahap kemahirannya ditetapkan semula kepada Tahap 1! Bagi memastikan pertarungan yang adil antara semua pemain, setiap pemain yang melalui ujian ini akan mempunyai stat yang sama. Semua pemain akan mempunyai kuasa serangan, HP, dan MP yang sama.

[Pemain: Zhan Yu]

Tahap: 30

HP: 3,000

Pertahanan: 0

Kekuatan: 100

Kerosakan jarak dekat: 100

Selang masa serangan: 2 saat

Peluang kritikal: 0

Peluang serangan bertuah: 0

Raksasa yang akan bertarung dengannya ini sangat kuat berbanding dirinya! Sekiranya mereka dibandingkan dari segi nombor:

30,000X500 : 3,000X10

Nibahnya 50:1! Pemain langsung tidak mempunyai apa-apa peluang untuk menang berdasarkan statistik tersebut!

Tambahan pula, sebaik sahaja Zhang Yang memasuki medan pertempuran, semua kekuatan dan kelebihannya telah dilucutkan1. Semua item dalam inventorinya dikunci daripada digunakan. Satu-satunya benda yang menyebelahinya ialah sistem tidak mengunci tiga kemahiran tambahan yang diperolehinya! <Pencerobohan Vanguard> dan <Mata Helang> mungkin tidak akan berguna dalam menetang raksasa ini, tetapi <Sambaran Mendatar> akan dapat membantunya!

Dalam kehidupannya yang lepas, Zhang Yang telah berkali-kali cuba untuk menyelesaikan cabaran ini dengan tahap kesukaran S. Namun, disebabkan kemahirannya dulu tidak sebagus kemahirannya sekarang, pencapaian terbaiknya hanyalah dalam menurunkan HP bos itu kepada 37%. Meskipun begitu, dia tidak cukup sabar untuk melaluinya dan akirnya memilih untuk menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran A.

Namun, semasa dia terus bermain selepas itu, dia berasa menyesal dengan keputusan yang diambilnya itu. Dia sepatutnya bertahan dan melalui ujian tersebut dan menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran S! Walaupun cabaran ini memberi ganjaran dalam bentuk kemahiran yang sama kepada semua pemain, tahap kesukaran yang dipilih menentukan kekuatan kemahiran tersebut! Sekiranya dia bersabar, dia sudah tentu akan menyelesaikan cabaran ini. Namun, disebabkan dia masih baru bermain permainan video ini pada ketika itu dan jauh ketinggalan berbanding pemain generasi pertama, dia menyangka yang perbezaan satu tahap kesukaran itu tidak akan membawa perbezaaan ketara. Dia menyesali keputusannya itu hingga ke hujung nyawanya!

Ganjarannya merupakan sebuah kemahiran yang dipanggil <Rempuhan Pemusnah>. Apa yang Zhang Yang terima dulu hanya daripada cabaran dengan tahap kesukaran A.

[Rempuhan Pemusnah]: Menyerang sasaran serta-merta dengan serangan pemusnah, menyebabkan 150% kerosakan jarak dekat dan mengurangkan semua kesan penyembuhan yang diterima sebanyak 50%. Berterusan selama 10 saat.

Kos: 30 Rage

Memerlukan: Senjata jarak dekat

Tempoh bertenang: 8 saat.

Hanya lebih kurang 100 orang pemain seluruh dunia yang telah menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran S, dan hanya 10 orang pemain daripada jumlah tersebut berasal dari China! 10 orang pemain ini yang akan menjadi jaguh pasukan pertempuran Liga Profesional Peringkat S!

Zhang Yang menumpukan perhatiannya pada pertarungan yang sedang dihadapinya. Pihak lawannya menyerang menggunakan penumbuknya. Zhang Yang mengaktifkan <Hadangan >, mengumpul 10 Rage dan menyebabkan 100 mata kerosakan sebagai kerosakan yang dibalas balik. Dia berpusing dan menghayun pedangnya ke belakang dan menyebabkan 100 lagi mata kerosakan dan mengumpul 25 Rage tambahan. 

Boom!

Zhang Yang menghentak kakinya ke tanah dan mengaktifkan <Serangan Petir>.

'-100!'

'-200!' <Hentakan Perisai>.

Gergasi biru itu mula bergerak dengan perlahan-lahan kerana telah dilemahkan dengan status <Perlahan >.

Zhang Yang cepat-cepat memusingkan badannya dan mula berlari menjauhinya bagi menambah jarak antara mereka.

Dia ternyata jauh lebih lemah dari segi kekuatan serangan dan HP. Dia tidak boleh bertarung dengan raksasa itu secara berdepan! Dia memerlukan rancangan untuk menyerang! Kelajuan serangan raksasa gergasi itu juga satu faktor yang perlu dipertimbangkan. Tiada manusia yang boleh mengelak serangannya yang sepantas kilat. Seseorang pemain hanya boleh memenangi Pertarungan Maut dengan menggunakan sepenuhnya kemahiran seorang pahlawan!

Lima saat kemudian, kesan memperlahankan itu hilang dan gergasi itu mengejar Zhang Yang dengan langkahnya yang besar. Zhang Yang kekal tenang dan menunggu sehingga jarak antara mereka berdua hanya tinggal 3 meter sebelum menggunakan <Serangan > untuk memegun gerhasi tersebut. Dia kemudian mengenakan serangan normal dan mengumpul 40 Rage yang cukup baginya menjampi <Sambaran Mendatar>.

'-100!' Serangan normal.

'-200!' <Sambaran Mendatar>.

Zhang Yang tidak panik; dia sekali lagi berlari menjauhi raksasa itu.

Sebaik sahaja Hull pulih daripada dipegun, ia bergerak pantas dan mengejar Zhang Yang.

Dalam masa hanya 3 saat, Zhang Yang dibayangi Hull dan gergasi biru itu mendengus kuat lalu mengangkat kedua-dua penumbuknya untuk menghentak Zhang Yang.

<Hadangan >! +10 Rage.

'-100!' <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

'-100!' Serangan normal.

'-200!' <Hentakan Perisai>.

Zhang Yang berlari menjauhinya sekali lagi. Sesaat berlalu dan <Serangan Petir>nya sedia untuk digunakan lagi. Dia menghentak kakinya ke tanah dan menggunakan lagi kesan memperlahankan itu ke atas raksasa tersebut sebelum berlari menjauhinya. 

Raksasa itu tiba-tiba mendengus dengan kuat dan badannya mula menyala dengan cahaya merah darah.

'Ding! Hull, Sang Gergasi Biru telah memperolehi <Berang >! Semua serangan meningkat sebanyak 10%. Berterusan selama 10 saat!'

Zhang Yang tetap tenang, teguh, dan fokus. Dengan lima saat kesan memperlahankan yang dikenakan ke atas raksasa itu, Zhang Yang dapat mengekalkan jarak selamat dan mengelak daripada maut. Tempoh bertenang <Serangan Petir>nya ialah lapan saat dan itu bermaksud akan ada jurang masa tiga saat di mana dia boleh dikejar raksasa itu! Zhang Yang boleh menggunakan <Hadangan > untuk melindungi dirinya sekiranya raksasa itu dapat mengejarnya. Itulah rancangannya iaitu untuk mengikat dan menarik raksasa itu.

Namun, strategi mengikat dan menarik itu memerlukan minda yang bijak dalam membuat percaturan untuk dilakukan dengan jayanya. Dia perlu mengira masa dengan tepat dan menyesuaikan rentak pertarungan itu untuk menjampi <Serangan Petir> dengan tepat. Memandangkan kemahiran ini serangan dan kesan melemahkan dengan AoE, dia perlu menilai jaraknya. Sekiranya dia menjampinya apabila dia berada terlalu jauh dari sasaran, ia tidak akan meninggalkan kesan pada raksasa itu. Sekiranya dia terlalu dekat dengannya, dia akan terkena serangan raksasa itu walaupun dia berjaya menggunakan <Serangan Petir>. Cabaran ini bukan sahaja menilai kemahiran pemain, malah kesabarannya juga, Tiada cara lain selain daripada memperlahankan raksasa itu dan berterusan menyerangnya sehingga 30,000 HPnya habis. Sekiranya dia tersilap walaupun sekali, semuanya akan sia-sia dan dia perlu memulakan pertarungan sekali lagi. 

Zhang Yang hanya mampu mengenakan 100 dan 200 mata kerosakan ke atas Hull setiap kali dia menyerang. Walaupun jumlah itu nampak kecil, tetapi jumlah kerosakan terkumpul cukup untuk mengurangkan HP raksasa tersebut. Zhang Yang berada dalam keadaan yang baik setakat ini. Selepas hanya 5 minit, HP Hull telah dapat dikurangkan sehingga 11%.

Meskipun begitu, Zhang Yang tidak berani leka atau cuai. Dia sebaliknya menjadi lebih peka dan fokus.

10%!

'Ding! Hull, Sang Gergasi Biru telah memperolehi <Keberangan Membuak>. Memperolehi kekebalan kepada semua kesan melemahkan dan +100% kerosakan serangan!'

Bahagian paling merbahaya dalam pertarungan ini ialah apabila ia hanya tinggal 3,000 HP! Memandangkan Zhang Yang tidak lagi boleh mengharapkan kesan memperlahankan dan memegunnya, dia perlu berdepan dengan kelajuan dan serangan dahsyat raksasa itu!

Zhang Yang mula-mula mengaktifkan <Hadangan > untuk membalas serangan pertamanya dan mengambil peluang itu untuk mengenakan sebanyak mana kerosakan yang dia mampu. 

'-100!' <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

'-200!' <Hentakan Perisai>.

'-100!' Serangan normal.

'-200!' <Sambaran Mendatar>.

'-100!' <Serangan Petir>.

'-100!' <Serangan Rempuhan>.

Zhang Yang mengenakan sejumlah 900 mata kerosakan dan menghabiskan semua Ragenya dalam masa yang sama.

Dua saat kemudian, gergasi biru itu mendengus dan menghayun penumbuknya untuk menghentak Zhang Yang.

Zhang Yang serta-merta mengaktifkan <Tembok Perisai>.

[Tembok Perisai] (Tahap 1): Anda dilindungi sebuah perisai. Semua kesan buruk dilucutkan, dan semua serangan yang dikenakan dikurangkan sebanyak 75%. Berterusan selama 10 saat.

Memerlukan: Perisai.

Tempoh bertenang: 10 minit.

'-200!'

Kerosakan yang diterima Zhang Yang telah banyak dikurangkan oleh <Sumpah Perisai> dan <Tembok Perisai>. Dia akhirnya menerima hanya 20% kerosakan daripada serangan tersebut (Sumpah Perisai Tahap 1). Dia kemudian mula membalas serangan. 10 saat terakhir itu merupakan saat genting kerana waktu itulah jumlah kerosakan yang boleh dia kenakan akan menentukan segalanya.

8 saat, Zhang Yang: HP 2,600, Hull, Sang Gergasi Biru: HP 1,700!

6 saat, Zhang Yang: HP 2,400, Hull, Sang Gergasi Biru: HP 1,600!

4 saat, Zhang Yang: HP 2,200, Hull, Sang Gergasi Biru: HP 1,300!

2 saat, Zhang Yang: HP 2,000, Hull, Sang Gergasi Biru: HP 1,200!

Tempoh <Tembok Perisai> tamat! Zhang Yang akan menerima keseluruhan mata kerosakan yang dikenakan ke atas dirinya!

<Hadangan >!

'-100!' <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

'-200!' <Hentakan Perisai>

'-100!' Serangan normal

Gergasi itu mendengus dan menghentak Zhang Yang dengan penumbuknya.

'-800!' Tanpa apa-apa cara untuk melindungi dirinya, Zhang Yang akhirnya menerima satu serangan terus. Ragenya terkumpul penuh. Zhang Yang kekal tenang dan terus membalas serangan!

'-100!' <Serangan Rempuhan>

'-100!' Serangan normal

'-100!' <Serangan Rempuhan>

Zhang Yang: 1,200 HP.

Hull, Sang Gergasi Biru: 500 HP.

'-800!'

Kali ini, Zhang Yang menyerang habis seperti seorang Berserker. Setiap kali dia menerima serangan daripada Hull, Ragenya serta-merta penuh!

'-100!' Serangan normal

'-200!' <Sambaran Mendatar>

'-100!' <Serangan Rempuhan>

'-100!' <Serangan Rempuhan>

"GRAaaa…"

Buummm!

Raksasa itu jatuh ke tanah dan tewas. Badannya yang besar itu jatuh berdentum ke tanah dan menggegarkan keseluruhan arena itu. 

Zhang Yang menarik nafas dalam-dalam dan mengeluh lega. Nadinya menjadi laju apabila dia memeriksa palang HPnya kerana dia hanya tinggal 400 HP.

"Sorakan buat pahlawan hebat!" Tepukan gemuruh memenuhi keseluruhan arena itu apabila banyak kaum di antara penonton di situ yang berdiri sambil memberi tepukan buatnya!

"Zhan Yu!"

"Zhan Yu!"

"Zhan Yu!"

Dia tahu yang semua ini telah ditetapkan oleh sistem dan hanyalah respons yang telah diprogramkan apabila pemain mencapai kejayaan. Namun, dia menikmati tepukan mereka itu dan kelegaan yang dirasanya. Dia berasa seperti dia telah merentas jarak ke Rom Purba dan merupakan jaguh antara gladiator waktu itu.

Foosh!

Satu sinaran cahaya tiba-tiba terpancar dan dia dihantar semula ke kota dan berdiri di hadapan Emmy, Pengajar kelas Pahlawan yang seksi itu, 

"Tahniah, pahlawan muda! Kamu telah melepasi ujian paling sukar! Pujian buat Dewa Perang, aku percaya satu hari nanti, kamu akan menjadi wira terulung di sini!" kata Emmy dengan begitu teruja. Siapa kata NPC tidak boleh membodek.

'Ding! Anda telah menyelesaikan cabaran: Laluan untuk Lebih Maju (Tahap S)!'

'Ding! Anda telah menerima ganjaran sistem: Tuah +1!'

'Ding! Anda telah mempelajari kemahiran baru: Rempuhan Pemusnah!'

Zhang Yang cepat-cepat membuka Tetingkap Kemahiran untuk memeriksa penerangan kemahiran itu. Dia perlu menyaksikan sendiri kuasa yang diperolehi daripada cabaran kelas S!

[Rempuhan Pemusnah]: Mengenakan serangan pemusnah ke atas sasaran, menyebabkan 200% kerosakan jarak dekat, dan menyebabkan semua penyembuhan yang diterima berkurangan sebanyak 75%. Berterusan selama 10 saat. Kesan ini tidak boleh bertindih.

Kos: 30 Rage

Memerlukan: Senjata jarak dekat

Tempoh bertenang: 8 saat

Serangan tinggi ini memang tidak menghairankan. Faktor utama yang membuatkan kemahiran ini sangat hebat ialah kesan pengurangan penyembuhan yang akan dikenakan ke atas sasaran! Di dungeon, terdapat bos yang menyedut HP pihak lawannya sementara bos yang lain mempunyai kemahiran penyembuhan! Namun, sekiranya dia menggunakan kemahiran ini ke atas bos tersebut, mereka hanya boleh menggunakan 25% kuasa penyembuhan asal mereka!

Namun begitu, dalam Liga Profesional, kemahiran ini sentiasa dianggap sebagai kemahiran yang berkuasa terlalu tinggi. Dalam setiap pasukan pertempuran lima lawan lima, pasti akan ada seorang pahlawan dalam pasukan tersebut dan ini semua disebabkan kekuatan dan potensi kemahiran ini. Sesetengah pasukan tidak memerlukan langsung pemain yang kuat dan hebat. Apa yang mereka perlu lakukan ialah memastikan setiap ahli dalam pasukan pihak lawan akan terkena kesan pengurangan penyembuhan ini!

Kebiasaannya, kebanyakan pemain hanya akan melengkapkan cabaran dengan tahap kesukaran B dan memperolehi <Rempuhan Pemusnah> yang mempunyai hanya 25% kesan pengurangan penyembuhan. Hanya segelintir pemain yang dapat menyelesaikan cabaran dengan tahap kesukaran A dengan kadar serendah satu dalam seribu!

Seingat Zhang Yang, hanya ada seorang pemain yang berjaya melengkapkan cabaran dengan tahap kesukaran S dan dia dipanggil Hayunan Sebilah Pedang "Penghadang Terulung". Dia merupakan ketua persatuan Sk Agung dan tank nombor satu China! Dia juga kapten pasukan "Elektronik Langit dan Lautan", pasukan pertempuran Liga Profesional Tahap S paling hebat dalam pelayan China. 

Menurut khabar angin yang menular di internet, Hayunan Sebilah Pedang merupakan satu-satunya waris Elektronik Langit dan Lautan dan nama sebenarnya adalah Cheng Ran. Orang ramai menggelarnya 'Anak dari Langit'.

Zhang Yang memeriksa jamnya. Sudah sampai waktunya bagi dia keluar dan berkongsi pencapaiannya dengan dunia!

avataravatar
Next chapter