1 Pohon Besar

Cerita ini bermula ketika dalam perjalanan balik dari kampung atas urusan keluarga sebelah sahabatku.Aku hanya menemaninya.Kampung sahabat ku di Port Dickson.Ketika itu,ku mengandungkan anak pertamaku.Kandungan ku berusia 7 bulan ketika itu.Kami mengikuti jalan lama melalui pantai morib.Seperti biasa,kami memulakan perjalanan balik dari PD selepas jam 12 malam kerana tidak mahu bersesak menempuh jem di siang hari dan juga perjalanan waktu malam juga tidak panas.Kononnya dapat tengok pemandangan waktu malam yang indah waktu perjalanan balik.Akibat perjalanan yang mungkin agak jauh,sahabatku meminta untuk berhenti berehat kerana keletihan memandu dan mengantuk.Kami akhirnya sepakat berhenti berehat di Pantai Morib pada waktu itu kerana itulah lokasi yang terdekat untuk berhenti disebabkan sahabatku tidak sanggup meneruskan perjalanan lagi akibat kepenatan.Pencarian untuk mencari tempat parking pun bermula di kawasan berdekatan.

Akhirnya kami jumpa tempat parking yang sesuai yang agak terang dan tidak gelap.

Bermula lah cerita,sewaktu ku lena diulit mimpi tiba-tiba ku rasakan baju sejuk ku ditarik perlahan-lahan seperti ada yang menarik dari belakang.Posisiku tidur waktu itu adalah membelakangkan tingkap yang hanya dibuka sedikit sahaja bahagian hujung atas sahaja untuk bagi laluan udara luar masuk,tangan orang pun takkan muat untuk memasuki melalui tingkap itu manakala muka ku menghadap sahabatku yang berada di tempat pemandu.Ku pikirkan hanya mimpi semata-mata maka ku pun sambung semula tidur yang tergendala tadi tetapi lain pula yang jadi.Kali ini secara tiba-tiba ku rasa bangun terkejut sebab baju ku ditarik-tarik lagi dan mendengar suara berkata "Marilah marilah ikut " dengan nada yang perlahan.Dalam hati ku berkata "aishh siapa pulak lah yang duk tarik-tarik baju aku ni,dahlah aku sejuk lagi ditariknya sweater aku ni".."eh..camner pulak tangan orang boleh tarik baju aku ni padahal aku tingkap pun buka sipi-sipi nie,tak mungkin tangan orang boleh duk tarik baju" mengeluh dan terkebil-kebil ku disitu memikirkan.Aku pun apalagi,mula lah niat hati nak menoleh belakang melihat siapalah yang kacauku tidur ni siap suruh ikut dia.Baru sahaja aku nak menoleh melihat siapa yang main tarik-tarik baju ku secara tiba-tiba badan ku kejang 1000 tanda tanya.Langsung tidak boleh bergerak seakan ku kena lumpuh satu badan.Ku cuba buka mulut untuk kejutkankan sahabatku di sebelah pun kaku.Aku cuba untuk melihat siapa orang tarik tarik baju ku pun tak boleh.Kaku aku di situ.Seolah aku kena strok pula.Suara itu memang cukup jelas ku dengari meminta mengikuti dia entah ke mana pun ku tak tahu.Hatiku mula rasa tak sedao hati.Aku mula merasa ada yang tak kena.siapakah dia??aku usaha melawan kekejangan itu,ku membaca ayatul kursi pun tak terdaya,seolah mulutku terkunci.Ku gigihkan juga hati untuk membaca ayatul kursi sekuat hati.Bayangkanlah punyalah susah untuk ku membaca seolah sudah dikunci mulutku.Dalam ku berusaha melawan mengumpul kekuatan hati,ku masih dengar suara itu memanggil manggil ku untuk mengikuti dia.Dalam masa yang sama aku nak gerakkan badan berusaha,ku dengar juga bunyi orang bertepuk tampar macam main sep sep tom tom pula,bunyi riuh rendah suara budak budak ,suara org tua pun ada,riuh rendah seperti ku berada kat pasar,riuh rendah orang bersembang macam ramai sangat seolah ku berada di sebuah perkampungan dengan keadaan suasana bising riuh rendah sangat.Aku ingin cuba melihat apakah itu? tetapi tak terdaya.Dengan segala usaha sampai separuh nafas ku akhirnya ku berjaya buka mulut dan membaca ayatul kursi sekuat hatiku dengan melaungkan takbir sekuat hatiku dan gagahkan diri untuk menepuk sahabatku disebelah.Bila sahaja sahabatku terjaga dari lena dan menyahut panggilanku,badan kaki tanganku berfungsi semula seperti sedia kala.Aku dah boleh bergerak dan terus ku melihat luar tingkap untuk mengetahui apa yang terjadi tadi tetapi malangnya bila ku lihat tiada sesiapa pun di situ malah tiada seorang pun orang disitu.Jadi apakah yang ku dengar tadi?Suara siapakah itu tadi?Dengan serta merta,ku meminta sahabatku untuk beredar balik.

Tetapi sahabatku tidak mengetahui apa yang telah terjadi.Biarlah hanya aku sahaja yang tahu.Aku hanya meminta sahabatku untuk beredar awal dan sahabatku pun bersetuju.Sebelum beredar pulang ku sempat melihat kawasan sekeliling rupanya baru ku sedar yang sahabatku telah memberhentikan kereta nya tadi di bawah pokok.Pokok itu pula berpohon besar sangat.Daunnya rimbun dan berbunga putih.Sejak itu,ku tidak lagi singgah di kawasan seperti itu lagi.Jika kepenatan.ku rela mencari hentian rehat.Itulah bermula kisah misteri aku di pantai morib.Sejak itu juga,ku jadi trauma untuk ke sana hingga kini....Inilah cerita ku setakat ini.Masih ada lagi cerita lain...Banyak pengalaman yang aku lalui..Nantilah ku cerita di episod akan datang tentang cerita seram aku yang lain pula..

avataravatar