+ 01

[Jisoo pov.]

Hari ini hari pertama aku ke sekolah Jeguk Highschool. Aku baru sahaja pindah dari Australia. Rumah yang aku duduki ini amat besar mengalahkan istana. Omma dan appa aku sangat kaya. Kedua dua ibu bapaku mempunyai syarikat yang sangat maju. Aku anak tunggal, jadi omma dan appa aku akan buat apa sahaja untukku. Mereka juga akan menghukum sesiapa yang membuatkan aku menangis atau membuli aku.

Sudah pun pukul 6:30 pagi. Aku sudah biasa bangun awal pagi. Aku mencapai tualaku lalu aku ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi aku memakai baju dan mencapai beg galas di kerusi meja belajarku. Aku turun ke tingkat bawah. Omma dan appaku sedang menungguku di meja makan untuk bersarapan bersama sama.

"Morning omma! Appa!" aku mengucapkan selamat pagi kepada mereka dengan senyuman. Mereka membalas ucapan selamat pagiku. Lalu aku duduk.

Appaku memandangku "Jisoo, nanti bile kamu nak balik atau pergi sekolah.. Kamu ikut laluan yang ada sebuah rumah buruk yang ditinggalkan di laluan itu ye? Lepas beberape minit baru kamu pulang ke rumah ini. Bukan apa. Appa takut rahsia kita terbongkar". Aku hanya sekadar mengganguk kerana mulutku dipenuhi dengan makanan. Omma dan appa aku tersenyum melihatku.

Aku melihat ke arah jam yang terletak di dinding. Jam itu menunjukkan pukul 7:10. Lagi 40 minit pintu pagar sekolah akan ditutup. Aku bergegas ke dapur membersihkan pinggan yang telah aku gunakan. Bibikku menyuruh aku meninggalkan pinggan itu di singki. Tetapi aku berdegil aku tetap ingin membasuh pinggan itu sendiri. Selesai membasuh pinggan, aku bergegas keluar dari dapur. Aku menuju ke arah omma dan appaku. Aku cium kedua dua pipi mereka lalu aku keluar. Omma aku mengejar dari belakang. "Jisoo! Bekal kamu ni!" lauhnya. Aku berpaling ke arah omma. "Omma tolong masukkan ke dalam beg Soo." omma aku pun memasukkan bekal itu ke dalam begku.

Aku berlari keluar dari rumah. Omma aku hanya menggeleng kepala melihat aku yang sedang kelam kabut.

Aku melalui jalan yang appa aku katakan tadi. Lalu aku terjumpa rumah yang usang tiada penghuni itu. Setelah aku meniti setiap sudut rumah itu aku pun melangkah pergi ke sekolah. Sampai sahaja di pintu pagar sekolah ada sebuah kereta berwarna hitam yang besar berhenti di hapadan pintu pagar. Aku melihat kereta itu. Tidaklah sebesar kereta appa aku. Kereta appaku lebih besar dari kereta yang berhenti di hadapan pintu pagar sekolah itu.

Aku lihat seorang perempuan keluar dari perut kereta itu. Aku melihat wajah perempuan itu. Tidaklah secantik mana. Perempuan itu menghampiri aku lalu menolakku. Aku mula marah tetapi aku megawal amarahku. Aku hanya diam melihat ke arah perempuan itu.

Perempuan itu berkata "kenape tengok kereta aku macam tu? Kenape? Keluarga kau tiada kereta yang sebesar inikah?? Ha? Kim Ji Soo" dia mengetawakanku. Aku pelik. Bagaimana dia mengetahui nameku? Aku tidak memakai name tag. "Cikgu Joshua sudah beritahu biodata kau dan keluarga kau. Sian kau kan. Kene duduk dirumah yang mengalahkan reban ayam.. Hahahahah!!" sekali lagi dia mengetawakanku tapi kali ini rakan rakannya juga mengetawakan aku. Aku geram. Aku mula menapak memasukki sekolah meninggalkan mereka di belakang. Aku harus tabah melalui ujian sebergini.

Aku mengikuti Cikgu Gunmin dari belakang. Cikgu Gunmin membawaku ke kelas. Semasa aku menjumpainya tadi dia tersenyum sinis melihat aku dari atas sampai bawah. Hina sangatkah aku ini?? Aku hanya membalas dengan senyum manisku. Sedang aku melihat sekeliling Cikgu Gunmin memanggil namaku. Aku memandang terkejut dan memandang Cikgu Gunmin. Rupanya kami telah sampai ke kelas. Aku masuk ke kelas dan memperkenalkan diri.

Semua memandang hina terhadapku. "Jadi dia nilah yang lagi miskin dari Jaebum tu??" kata seorang perempuan yang duduk di belakang sekali. Aku menahan geram. Tetapi aku hanya tersenyum melayan perasaanku. Seorang lelaki memandang ke arah ku dengan senyum ikhlas. Aku membalas senyuman itu. "Baiklah.. Kamu duduk di sebelah Im Jae Bum yang same miskin macam kamu tu" Cikgu Gunmin menunjuk ke arah lelaki yang senyum ikhlas kepadaku sebentar tadi. Semua murid ketawa apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Cikgu Gunmin. Aku menapak ke arah Jaebum. Seorang lelaki dia menyadung kakiku. Aku jatuh terterap. Semua ketawa. Aku bangun. Aku tabah kan diri lalu pergi ke arah meja yang telah menjadi milikku. Aku menahan diri dari kelihatan lemah di hadapan mereka.

Aku menumpukan perhatian ketika Cikgu Gunmin mengajar. Semua yang dia tulisnya aku salin. Ada sesuatu mendarat ke belakang kepalaku. Ianya kertas yang digumpalkan. Aku mengedahkannya. Aku kembali menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Kring!!

Loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi. Semua murid yang lain keluar dari kelas. Tunggal aku dan Jaebum sahaja di kelas. Sudah kebiasaanku menyiapkan kerja rumah sebelum rehat jikalau ada. Jaebum memandang ke arahku. "Awak tak nak rehat ke??" Jaebum mula bersuara. "Tak.. Saya ada bawa bekal. Lepas saya siapkan kerja ni saya makan" kata ku tanpa memandang ke arah Jaebum. Jaebum mengganguk.

"Nama saya Im Jae Bum. Panggil Jaebum atau Jae atau Jb." Jaebum menghulurkan tangannya ke arahku tu. Aku menyambut tanggannya itu. "Kim Ji Soo, panggil Jisoo" aku senyum sambil memandangnya. "Boleh saya jadi kawan awak?" tanya Jaebum. "A..awak nak jadi kawan saya?? Betul ke? Tak kesah ke sebab saya ni miskin?" aku mengeluarkan banyak soalan. Aku berasa sangat teruja. "Saya tak kesah. Saya pun miskin jugak." kata Jaebum.

[End Pov.]

'Jisoo, kenape awak cute sangat?? Awak dah buat saya fall in love dengan awak..' detik hati Jaebum. Jaebum mula mengelamun. Jisoo memandang Jaebum. 'Dah kenape dia ni??' detik hati Jisoo pula. Jisoo melambai tangannya di depan muka Jaebum. Jaebum sedar dari lamunannya. "Ya, kenapa?" tanya Jaebum. "Saya nak pergi makan. Temankan saya." kata Jisoo sambil mengeluarkan bekalnya dari dalam beg. "Nak makan kat mane??" soal Jaebum. "Mane mane je" jawab Jisoo. Jisoo bangun lalu menapak ke pintu kelas. Jaebum berjalan di sebelahnya.

Ketika Jisoo makan di bangku yang terdapat di selakang sekolah. Tiba tiba, seorang lelaki datang lalu mengambil bekal Jisoo lalu dibuangnya ke dalam longkang. Jisoo terkejut dan memandang lelaki itu. Jaebum bangun lalu menumbuk lelaki itu. "Kau tumbuk aku?! Siap kau!! Geng! Kerjakan dia!" kata lelaki itu. Geng lelaki itu mengerjakan Jaebum. Jisoo bingkas bangun dan menarik Jaebum. Jisoo meletakkan Jaebum di belakangku. Jisoo mendepakan tangan. "Wah!! Ade heroin kat sini.." lelaki itu menepuk tangan. Geng gengnya ketawa. "Hey budak miskin! Ini kawasan aku. Kau jangan jejak kaki kau kat sini. Jika tidak.." kata lelaki itu terhenti kerana Jisoo memotong. "Jika apa?!" kata Jisoo yang separa menjerit. "Mati kau" sambung lelaki itu.

Lelaki itu pergi dari situ meninggalkan Jaebum dan Jisoo. Geng geng lelaki itu senyum sinis lalu mengekori lelaki itu. Jisoo berpaling ke arah Jaebum. "Awak okay? Bibir awak berdarah!" Jisoo mula cermas. "Tak mengapa.. Sikit saja ni." Jaebum tidak mahu menambahkan kecermasan Jisoo jadi dia jawablah bergitu. Jisoo mengambil bekalnya tadi.

Ting tong...

'Pengumuman! Semua murid dikehendaki balik kerumah dengan segera kerana sebentar nanti akan berlakunya ribut'

Dalam beberapa minit kemudian sekolah mulai kosong. Jisoo balik seorang diri. Jaebum hendak menemani Jisoo hingga ke rumah. Tapi Jisoo menolak. Jaebum pun mengalah lalu pulang ke rumah. Laluan yang mereka lalui ialah berlainan. Jisoo sampai di rumah. Bibik menyambut kepulanggannya. Jisoo memberi bekalnya tadi kepada bibik lalu memasukki bilik untuk membersihkan diri dan berehat.

Bersambung

Kesian Jisoo (T_T).. Untuk tahu apa yang bakal terjadi kepada Jisoo pada esokkan harinya... Nantikanlah episode 2!!

.EcahEiraLipis , Yati_Bangtan93 & Anis Sofia present.

yati_bangtan93

avataravatar