10 BAB 9

"APA!!!DIA TAKDA KAT SINI!.."(Kata aku dan Mike serentak dengan wajah terkejut)

"Betul..Dia baru je keluar minggu lepas.."(Kata Bonda)

"Bonda tahu tak sekarang ni dia tinggal mana?.."(Tanya aku)

"Itu Bonda tak tahu...cuma dia ada bagitahu Bonda yang dia keluar sebab nak pergi cari kerja sambilan untuk cari duit nak belajar..lagi pon dia ada daftar masuk ke Engineering Collage Swasta...."(Terang Bonda)

"Engineering Collage Swasta?.."(Kata Aku)

Bonda hanya menganggukkan kepala..

"Owh kalau macam tu Bonda terima kasih atas maklumat tadi..hmm saya balik dulu.."(Kata aku sambil mencium tangan Bonda)

"Baik lah..hati hati.."(Kata Bonda)

Aku dan Mike keluar dari rumah anak anak yatim dan berjalan ke basstop..

"Vee...macam mana sekarang.."(Tanya Mike )

"Hmmm...Kita pergi kedai makan jap.."(Kata aku)

"Eh bukan kita dah makan ke..??"(Kata Mike dengan wajah pelik)

"Bukannya nak makan..cuma duduk duduk je..lagipon aku ada benda nak buat.."(Kata Aku)

"Hmm..ok lah..lagi pon aku dah dahaga ni..cuaca kat Malaysia panas betul.."(Keluh Mike)

"Lembik.."(Kata aku)

"Apa kau cakap!.."(Marah Mike)

"Takda apa lah jom lah!.."(Kata Aku)

Mike hanya diam dan menjeling ke arah aku..

****

Sesampai di sebuah kedai makan aku dan Mike duduk di meja paling hujung kerana tak ramai orang..

Aku meletakkan beg sandang belakang aku ke kerusi sebelah lalu mengeluarkan laptop dan letak di atas meja..

"Kau nak buat apa.."(Tanya Mike bila melihat aku mengeluarkan Laptop)

"Adalah..japgi aku bagitau..kau pergi lah oder air dulu.."(Kata aku sambil mata masih tertumpu pada skrin laptop sambil tangan sibuk menaip sesuatu)

"Ok.."(Balas Mike)

******

Selepas beberapa minit aku menaip sesuatu akhirnya selesai jugak..

Aku lantas memusingkan laptop aku ke arah Mike untuk menunjukkan sesuatu..

Mike melihat ke arah skrin laptop dan membaca sesuatu..

"APA!!..KAU DAFTAR MASUK KE ENGINEER COLLAGE SWASTA..!!!"(Kata Mike dengan wajah terkejut)

Aku menaikkan kedua dua kening aku bila Mike melihat ke arah aku dengan wajah terkejut..

"Yelah..dah Adik aku daftar belajar kat sana..senang sikit keje aku nak cari dia kalau aku belajar kat sana jugak.."

"Hmm betul jugak..lagipon senang lah kau nak jaga dia.."(Kata Mike sambil menyuap kek ke dalam mulutnya)

Aku melihat ke arah depotong kek di pinggan Mike..

"Satu je?"(Tanya aku)

"Nak?"(Tanya Mike)

Aku senyum dan mengangguk kepala tanda nak..

"Tu..beli sendiri.."(Kata Mike sambil menunjuk ke arah kaunter)

"Haish!.."(Marah aku sambil membuat gaya ingin memukulnya)

"Owh jadi bila kau kena pergi sana.."(Tanya Mike)

"Sekarang dah 3/04..aku kena pergi sana 5/04..sebab kena datang sana untuk pendaftaran student baru.."(Kata aku)

"Owh.."(Balas Mike singkat)

"Tapi kat Collage tu ada sediakan Asrama..tapi kena bayar..mahal pulak tu..Aku rasa adik aku cari duit sebab nak bayar duit untuk tinggal kat Asrama tu.."(Kata aku)

"Berapa..?"(Tanya Mike)

"Rm1000"(Kata aku)

"APA RM1000!????"(Tanya Mike dengan wajah terkejut)

Aku hanya menganguk..

"Mahalnya.."(Kata Mike)

"Mahal lah..sebab Collage swastakan..lagi pon yang belajar kat sana semua anak orang kaya..lagi satu kalau tinggal kat asrama tu dapat sorang satu bilik tak payah kongsi dengan sapa sapa..bayaran pon bukannya setahun sekali kena bayar..tapi bayaran sekali je masa daftar masuk ke asrama..boleh tinggal 5tahun kat asrama tu..sebab kat sana kita akan belajar selama 5tahun.."(Terang aku)

"Owh..lama jugak belajar kat sana.."(Kata Mike)

"Ha a.."(Balas aku)

Tetiba aku teringat kan sesuatu..lantas aku memandang ke arah Mike..

Mike yang sedar aku memandangnya terus melihat ke arah aku..

"Apa?.."(Tanya Mike)

"Bukan ke Tuan J ada arah kan kau jaga aku dan adik kau jaga adik kembar aku...sapa nama dia tak ingat lah.."(Kata aku)

"Marco?"(Kata Mike)

"Ha!..Morco!!.."(Kata aku)

"Marco..Marco..M.A.R.C.O...Marco..Bukan MORCO!..'(Kata Mike sambil menjeling ke arah aku)

"Owh..ha!..Marco..alah salah sikit je..tertukar A dengan O je pon.."(Kata aku)

"Kenapa dengan dia?"(Tanya Mike)

"Kan Marco ditugaskan untuk jaga adik aku secara senyap..apa kata kau Call dia tanya mana adik aku sekarang.."(Kata Aku)

"Aku mana ada no fon dia dan..dah 18 tahun kitaorang tak jumpa atau pon berhubung..selepas kitaorang di amanah kan untuk awasi kau dan kembar kau.."(Kata Mike)

"Tapi kenapa?"(Tanya aku dengan wajah menyimpan tanda tanya)

"Sebab Tuan J takut kalau aku dengan Marco berhubung dalam talian atau berjumpa akan senang Benjamin tahu di mana adik kau berada, sebab Marco yang jaga dia..Yelah mana tahu tiba tiba kantoi ke Benjamin tahu aku yang awasi kau dari kecik lepastu Benjamin tangkap aku pastuh dia tahu tentang Marco..Sebab Benjamin tu licik orangnya dan budak budak dia ramai akan memudahkan mereka jejaki kita dan adik kau.."(Jelas Mike)

"Owh..mesti kau rindu adik kau kan.."(Tanya aku)

"Rindu lah jugak..yelah mana ada abang yang tak rindu adik..lagi pon adik aku tu baik dengar cakap dan dia seorang yang pendiam dan lebih matang dari aku.."(Kata Mike)

"Owh..betul tu..tapi yang lagi betul ayat yang dia lebih matang dari kau tu aku setuju...sebab perangai kau tak menunjukkan usia kau tu 30an..perangai cam budak budak.."(Perli aku)

Mike lantas mencubik kuat pipi aku selepas mendengar kata kat aku tadi..

"Sakit lah Mike!!"(Marah aku sambil mengusap pipi aku yang sakit akibat dicubit oleh Mike)

"Tahu pon sakit!..nasib lah kau tu bukan adik kandung aku..kalau adik kandung aku dah lama aku cili cili mulut kau!.."(Marah Mike)

"Asal tak cili je sekarang..takut lah tu.."(Perli aku sambil tersenyum sinis)

"Owh kau cabar aku!!..jap aku pergi kat kaunter tu tanya ada cili tak!!..biar aku cili cili mulut kau!.."(Marah Mike sambil bangun dari kerusi)

Aku yang terkejut melihat Mike betul betul ingin pergi ke kaunter tersebut lantas aku menarik Mike sehingga dia tertuduk kembali..

"Kau ni!!gila ke!!ni kedai kek lah!!mana datang cili kat kedai kek!!!"(Marah aku)

"Tahu takut.."(Kata Mike)

"Bukan takut!!Malu!!!Malu dengan perangai kau!!"(Marah aku)

Mike hanya menjeling ke arah aku lalu menambil airnya dan minum..

******

Selama dua hari aku di Malaysia..Aku dan Mike hanya tinggal di hotel..Harini masuk hari ketiga, sudah tiba masanya aku pergi ke ENGINEER COLLAGE SWASTA untuk pendaftaran students baru tahun pertama..

Aku hanya pergi sendiri manakala Mike aku suruh dia rehat dulu di Hotel kerana aku boleh jaga diri sendiri..Lagi pon Mike tahu aku boleh jaga diri sendiri sebab aku bekas FBI mesti boleh mempertahankan diri..Cuma Mike ada bagi aku satu jam...Jam ni supaya Mike dapat mengesan lokasi dimana aku berada..lagi satu kalau ada kecemasan aku boleh tekan butang ni dan Mike akan sampai untuk membantu aku..

******

Sesampai depan pagar di ENGINEER COLLAGE SWASTA aku melangkahkan kaki masuk kedalam..

Ramai student baru tahun pertama yang daftar kat sini tapi kebanyakkanya lelaki..perempuan aku lihat tak terlalu ramai..

Aku lihat di suatu tempat ada ramai students baru yang beratur panjang untuk daftar nama..

Aku lantas berjalan untuk beratur..

Selepas beberapa minit akhirnya sudah tiba giliran aku untuk daftar..

Aku bergerak ke arah meja daftar dan terlihat ada seorang senior perempuan yang memakai kemeja putih dan di lengan bajunya ada kain merah yang terikat dan skirt hitam dikenakannya..manakala disebelahnya ada seorang senior lelaki jugak memakai kemeja putih dan ada kain merah yang terikat di lengan bajunya...Untuk pengetahuan korang kain merah yang terikat pada lengan baju dorang menandakan dorang adalah senior tahun kedua..

Di ENGINEER COLLAGE SWASTA ni semua pelajar di wajibkan untuk memakai kemeja putih lengan pendek dan skirt pendek hitam bagi perempuan,manakala baju kemeja putih lengan panjang bagi lelaki..

Aku lihat senior perempuan dan senior lelaki yang menjaga tempat pendaftaran memandang aku atas bawah dengan wajah pelik..

"Kenapa?"(Tanya aku pada mereka)

"Err..adik umur 18tahun ke?"(Tanya perempuan tu)

"Ye..saya 18 tahun.."(Jawab aku)

"18tahun!...asal macam budak 15 tahun je.."(Kata lelaki tersebut dengan wajah terkejut)

"Entah.."(Jawab ku dingin)

"Jap yang perempuan sebelah ni pon sama!..asal students tahun pertama banyak muka budak budak.."(Kata lelaki tersebut)

Aku lantas melihat ke sebelah dan berdiri seorang perempuan yang sama tinggi dengan aku..wajahnya cantik ,comel ,rambutnya diikat rapi dan lihat dari gayanya seperti seorang yang pendiam dan pemalu kerana masa aku memandang ke arahnya dia hanya menundukkan kepalanya kebawah..

"Adik..Nah ni kad id adik.."(Tegur perempuan senior tahun 2 tu sambil menghulur kan kad Id untuk digantungkan dileher)

Aku mengambil kad Id tersebut dan bergerak pergi..

Setelah beberapa langkah aku pergi tiba tiba ada seseorang menahan bahu aku dari belakang..

Aku menoleh ke belakang dan aku lihat perempuan tadi sedang berdiri di depan aku dengan kepalanya ditunduk kebawah..

"Dah kenapa perempuan ni.."(Kata aku dalam hati sambil cuba menundukkan sedikit kepala aku untuk melihat wajahnya)

"Err..ye kenapa?"(Tanya aku)

"Err..ni..ni kad id awak jatuh.."(Kata perempuan tu sambil tergagap gagap seakan akan takut dengan aku)

"Owh..er..terima kasih.."(Kata aku sambil mengambil kad id yang dihulurkannya)

Baru sahaja aku ingin menoleh kehadapan untuk bergerak pergi..Tiba tiba aku terlihat rantai dileher yang dipakai oleh perempuan tu..

Aku terus memegang tangan perempuan tersebut bila aku lihat dia ingin bergerak pergi..

"Tunggu jap.."(Kata aku pada perempuan tersebut)

Perempuan itu terus menoleh ke arah aku dengan wajah terkejut..

Aku lihat wajah perempuan tu seakan akan takut bila aku dengan tiba tiba memegang tangannya..

"Eh..ja..jangan takut..saya lupa nak tanya nama awak..itu je.."(Kata aku untuk menenangkan dirinya)

"Err..na..nama saya..Eri.."(Balas perempuan tu)

"Ha!..Eri!?..Nama panjang.."(Tanya aku dengan wajah terkejut)

"Eri..Eri Clarissa.."(Balas perempuan tu dengan takut takut)

"ERI CLARISSA!!??.."(Kata aku dengan suara sedikit tinggi kerana terkejut)

BERSAMBUNG..

avataravatar
Next chapter