7 BAB 6

"Boleh...TAPI LANGKAH MAYAT AKU DULU!!"(Kata aku dengan kasar pada Ben)

"MEMANG AKU NAK BUNUH KAU!!!..MEMANG ITU TUJUAN AKU!!.."(Marah Benjamin pada aku)

Benjamin mula melangkah kakinya berjalan ke arah aku sambil memegang sebuah pisau dan menatap tajam ke arah aku..

Tapi aku hanya diam dan tidak bergerak tiada perasaan takut pon muncul dalam diri aku..kerana.. kalau dia bunuh aku sekali pon, aku masih punya adek kembar aku dan tidak semudah itu wasiat tu boleh jatuh ketangan Benjamin..

"Ben..Kau tolong lah jangan apa apa kan dia.."(Pujuk John sambil menarik tangan aku)

Ben membuat tidak tahu dan berjalan menghampiri aku yang masih tidak bergerak..

"Boss berhenti..."

Tiba tiba anak buah Benjamin bersuara membuatkan Benjamin memberhentikan langkahnya...

Benjamin pusing ke arah anak buahnya itu dengan tatapan tajam..

"Berhenti???...kau nak aku bunuh kau..."(Kata Benjamin dengan marah)

"Boss..bukan itu maksud saya..kalau boss bunuh dia pon belum tentu boss boleh dapat harta tu..."(Kata anak buah ben)

"Maksud kau?.."(Tanya Ben pelik)

"Boss lupa ke yang Raden ada anak kembar..yang kita jumpa ni baru sorang yang lagi sorang kita tak nampak.."(Terang anak buahnya)

"Alamak!...macam mana ni.."(Bisik aku dalam hati)

Benjamin terus memandang ke arah aku...

"Mana kembar kau!?.."(Tanya Benjamin dengan wajah serius)

"Kalau aku taknak bagitau..kau nak buat apa?..bunuh aku?..bunuh lah..walau apapon terjadi aku takkan bagitau mana adek aku..lagi pon hanya aku je yang tahu mana dia berada.."(Kata aku sambil tersenyum sinis)

"Owh..jadi kau kakak..patut lah..tapi kau yakin hanya kau je yang tahu mana adek kau..."(Kata Benjamin sambil tersenyum sinis dan memandang ke arah Uncle John)

Aku lupa yang Uncle John pon tahu keberadaan adek aku..

"Kalau aku tahu pon aku takkan bagitau..nak bunuh aku?bunuh lah..lagi pon aku dah tua..kalau kau bunuh budak ni pon..belum tentu kau dapat harta tu..seumpama dia mempunyai dua nyawa.. kalau kau bunuh satu nyawa pon dia ada lagi satu nyawa.. iaitu adek dia..."(Kata Uncle John )

Aku hanya tersenyum sinis ke arah Benjamin bila mendengar kata kata Uncle John..

"TANGKAP MEREKA BERDUA DAN BAWAK KE GUDANG!!!!..."(Arah Benjamin kepada 3 orang pengikutnya)

"BAIK BOSS!!"(Kata 3orang pengikut Benjamin dengan serentak)

Aku dan Uncle John terus cuak..

"VEE LARI!!.."(Arah Uncle John sambil menarik aku ke belakang badannya)

"Tak boleh jadi ni!.."(Kata aku)

Aku terus menendang mereka bertiga yang cuba memegang aku dan Uncle John..

Aku menendang dan menumbuk mereka bertiga sehingga jatuh..

Mujur aku telah diajar cara mempertahankan diri..

"Vee!..Vee ok tak.."(Tanya Uncle John cuak selepas aku berlawan dengan anak buah Ben)

"Takpe Uncle..Vee ok.."(Kata aku sambil cuba menenangkan diri)

Tiba tiba 3 orang lelaki itu berdiri semula dan menatap tajam ke arah aku..

"Vee...Vee kena lari jugak.."(Kata Uncle John sambil memegang pergelangan tanganku)

"Tapi...Uncle macam mana.."(Tanya aku)

"Takpe..Vee pergi je..Uncle akan halang mereka..."(Kata Uncle John)

"Tapi..kalau mereka bunuh Uncle macam mana.."(Kata aku dengan wajah risau)

"Uncle tak kesah kalau Uncle mati sekarang..lagi pon tugas Uncle dah selesai...Tapi Vee kena teruskan hidup dan jangan tewas....sebab Vee kena laksana kan tugas Vee untuk cari adek Vee dan jugak harta tu..jangan sampai harta tu jatuh ke tangan Ben...INI AMANAH PAPA VEE DAN JUGAK TENGKU RADHIKA!..(Kata Uncle John)

"Tapi.."

"Takde tapi tapi..Vee nak pengorbanan Uncle dan Papa Vee menjadi sia sia.."(Kata Uncle John)

"Dah habis bersembang.."(Kata Benjamin)

Mendengar kata kata Uncle John terus memberikan semangat dalam diri aku..

"Betul cakap Uncle..aku tak boleh tewas ke tangan dia..aku akan balas dendam lepas apa dia dah buat..Ini amanah Papa..aku tak boleh sia siakan.."(Kata aku dalam hati sambil menatap tajam ke arah 3 orang lelaki yang sedang menunggu masa untuk serang)

"Maaf Uncle.."(Kata aku sebelum mencari masa yang tepat untuk lari)

"Takpe..janji dengan Uncle jangan bagi harta tu jatuh ke tangan ben.."(Pesan Uncle John)

Aku hanya mengangguk..

"Tangkap mereka!"(Arah Ben pada 3 orang lelaki tersebut)

Aku terus berlari sambil berlawan dengan mereka..cuba untuk mencari ruang untuk lari..

Uncle John lantas menolong aku dengan berlawan dengan mereka..

Aku terus tercengang bila melihat Uncle John yang sudah berumur masih hebat mempertahankan diri..

"VEE LARI!!BIAR UNCLE YANG URUSKAN MEREKA!!"(Jerit Uncle sambil sibuk berlawan dengan anak anak buah Ben)

Aku mengangguk faham dan terus berlari ke arah pintu...

Tapi langkahku terhenti bila Benjamin tiba tiba muncul di depan aku sambil mengacukan pistol di dahi aku..

"Kau nak lari mana ha!"(Kata Benjamin dengan serius)

Aku tersenyum sinis lalu aku menundukkan kepala aku dengan pantas aku menyepak kaki Ben sehingga dia terjatuh dan aku lihat pistolnya terlepas dari tangan Ben..

Dengan pantas aku menyepak pistol tersebut jauh jauh bila melihat Benjamin ingin mengambil pistolnya..

Dengan perluang emas yang ada aku terus berlari keluar dari bilik hotel tersebut...

*****

-BENJAMIN-

"ARH!!! BODOH BETUL!!!"(Jerit Benjamin bila melihat Vee telah cabut lari)

Ben lantas bangun dan mengambil pistolnya yang berada di lantai lalu menghalakan pistol tersebut ke arah John yang sedang sibuk berlawan..

"BANG!!"

Benjamin melepaskan satu tembakkan dan kena pada dahi John menyebabkan John terus rebah ke atas lantai dengan bergelumuran darah pada dahinya..

"LAIN KALI JANGAN CUBA HALANG AKU!!!!"(Marah Benjamin sambil menatap John yang sudah tidak bernyawa di atas lantai)

"KORANG TUNGGU APA LAGI!!!...PERGI KEJAR BUDAK PEREMPUAN TU SAMPAI DAPAT..TAPI JANGAN BUNUH DIA..SEBAB SEMUA MAKLUMAT ADA KAT BUDAK TU!!!!.."(Tengking Benjamin pada 3 orang anak buahnya)

Mereka bertiga terus berlari mengejar Vee..

******

-VEE-

Aku berlari keluar dari hotel dan melihat sekeliling untuk mencari teksi...

"Aduh mana teksi ni!.."(Kata aku dengan mengelabar)

Tiba tiba ada sebuah kereta hitam berhenti di depan aku..

Cermin kereta itu diturun dan menampakkan ada seorang lelaki memakai pakaian serba hitam di tempat duduk pemandu sambil melihat ke arah aku..

"NAIK!.."(Arah lelaki itu)

"Kau sapa!.."(Tanya aku dengan cuak untuk mendapat kepastian.. takut takut dia adalah anak buah Benjamin)

"NAIK JE..NANTI AKU CERITA!..CEPAT MEREKA DAH SAMPAI.."(Kata Lelaki itu tergesa gesa)

Aku terus melihat ke belakang dan terlihat 3 orang anak buah Benjamin sudah keluar dari Hotel tersebut lalu melihat ke arah aku..

"Oi!!!MANA KAU NAK LARI!!!"(Jerit salah seorang anak buah Benjamin)

"CEPAT!!"(Kata lelaki yang didalam kereta)

Aku tak fikir panjang terus masuk kedalam kereta tersebut..

Dengan pantas lelaki itu menekan minyak dan memandu dengan laju..

Aku melihat ke cermin sisi..3orang lelaki tersebut sudah hilang..

Aku terus menghelakan nafas lega lalu melihat ke arah lelaki yang sedang menumpukan perhatian pada jalan...

Lelaki itu memakai Jaket hitam,seluar hitam,topi hitam dan cermin mata hitam dikira semua serba hitam..Cuma kulitnya putih tapi tidak terlalu putih,berbadan agak sado dan lihat dari wajahnya macam lebih tua dari aku mungkin umurnya sekitar 30an..

"Siapa kau?.."(Tanya aku pada lelaki tersebut)

"Nanti aku jelaskan siapa aku..sekarang ni sampai je rumah kau.. aku bagi masa 10minit untuk kau kemas semua barang kau dan ikut aku.."(Terang lelaki itu dengan wajah serius)

"Macam mana aku nak tahu kau ni jahat ke baik.."(Kata aku sambil mengerutkan dahi)

Lelaki itu mengeluh mendengar kata kata aku..

"Kalau aku jahat aku akan biarkan je dorang tangkap kau.."(Kata lelaki tu sambil matanya masih menumpukan pada jalan)

Aku hanya diam dan mempercayakan kata katanya..

******

Aku mengambil beg sandang belakang warna hitam dan memasukkan beberapa pakaian,Laptop,Tab,Passport,beberapa maklumat penting dan Buku merah yang diberikan oleh Uncle John tadi...

Selesai sahaja mengemaskan barang,aku terus menaikki kereta lelaki tadi dan dia membawak aku ke suatu tempat..

Lelaki tersebut memberhentikan keretanya ke suatu lorong yang gelap..

"Nah...pakai topi ni.."(Kata lelaki tersebut sambil menghulurkan topi hitam pada aku)

"Buat apa???"(Tanya aku pelik)

"Supaya Benjamin dan anak buah dia tak cam kau.."(Terang lelaki tersebut)

Aku hanya mengangguk faham dan terus memakai topi tersebut dan menurunkan sedikit topi itu supaya menutuppi wajahku..

"Dah Jom turun.."(Arah lelaki tersebut)

Aku hanya diam dan turun dari kereta dan mengikuttinya dari belakang menuju ke suatu tempat..

Lelaki tersebut membawak aku ke belakang lorong dan aku terkaku bila melihat ada sebuah pintu rahsia di belakang lorong tersebut..

"Masuk lah.."(Arah lelaki itu sambil membukak pintu tersebut)

Aku masuk ke dalam bergitu jugak dia..

Alangkah terkejutnya aku bila melihat ada pelbagai senjata api dan skrin besar yang memaparkan CCTV di suatu tempat..Tapi tempat tersebut sepertinya aku kenal..

"JAP!..NI BUKAN RUMAH AKU KE!!??????.."(Kata aku dengan terkejut lalu memandang tajam ke arah lelaki tersebut)

"APA?.."(Tanya lelaki itu dengan wajah tidak bersalah)

BERSAMBUNG..

avataravatar
Next chapter