4 BAB 3

John memandu keretanya menuju ke alamat yang diberikan oleh Raden tadi..

*****

John memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah banglo lama yang tidak berpenghuni..John melihat sekeliling rumah tersebut hanya ada hutan tebal sahaja..

"Betul ke tempatni....Tapi kat kertasni betullah alamat yang Raden tulis..."(Kata John pelik)

John turun dari kereta sambil membawa dua bayi perempuan dan berjalan masuk ke dalam banglo tinggal itu..

Sesampai di dalam banglo John melihat sekeliling..tiada siapa siapa..

"SIAPA KAU!.."

Tiba tiba satu suara yang mengejutkan John dari belakang..

John lantas memusingkan badannya kebelakang dan terlihat tiga orang lelaki berbadan tegap,masing masing mengenakan Jaket hitam sambil memerhatikan John..

John melihat lelaki berbadan lebih besar berdiri di tengah seakan akan berumur 50an kerana mukanya sedikit tua manakala di samping kiri dan kanannya ada lelaki muda mungkin berumur 20an dan kedua duanya berbadan tegap..

"Siapa kau..macam mana kau boleh ada kat sini.."(Kata lelaki yang paling tua itu)

"Sa...saya..John..saya datang sini se..sebab diarah oleh Raden untuk datang ke alamat ni.."(Terang John)

"Jadi kau kawan Raden?.."(Tanya lelaki tua itu)

"Betul.."(Balas John)

Lelaki tua itu melihat ke arah dua orang bayi yang dipegang oleh John..

"Siapa dua orang bayi yang kau pegang tu??.."(Tanya lelaki tua itu)

"Err...a..anak..anak..Raden.."(Jawab John tergagap gagap sambil memeluk erat anak anak Raden kerana risau mereka akan apa apakan bayi tersebut)

"Owh..jadi..masanya sudah tiba.."(Kata Lelaki tersebut dengan wajah serius)

"Ha!???.."(John kaget)

"Ikut aku.."(Arah lelaki tua itu pada John)

John yang tidak tahu untuk berbuat apa apa dia hanya menurutti sahaja kata kata lelaki itu..dan mengikutti mereka dari belakang dengan berhati hati..

Tiba tiba mereka memberhentikan langkah mereka..

"Tekan.."(Arah lelaki tua itu pada salah seorang lelaki muda disebelah kirinya)

Lelaki itu mengeluarkan suatu alat yang mempunyai butang merah..lalu lelaki muda itu menekan butang merah tersebut..

Setelah lelaki muda itu menekan butang merah ,Tiba tiba lantai yang dipijak John dan jugak tiga orang lelaki itu bergerak turun memasukki bawah tanah..

John yang terkejut dan tidak percaya apa yang dia nampak..

Sekarang John berada di bilik bawah tanah,Bilik tersebut agak besar seperti ruang tamu..

Yang lebih mengejutkan lagi ada pelbagai senjata api yang melekat di dinding..Terdapat banyak jugak komputer yang tersusun rapi dan paling mengejutkannya ada Skrin besar yang menunjukkan Cctv di pelbagai tempat..

"Siapa mereka sebenarnya..."(Kata John dalam hati)

"Masuk sini.."(Kata lelaki muda itu sambil membukak sebuah pintu bilik..)

John memasukki bilik tersebut dan bilik tersebut seakan akan bilik mensyuarat kerana didalam bilik tersebut mempunyai meja panjang seperti meja untuk mesyuarat..

"Duduk.."(Arah lelaki tua itu)

John duduk berhadapan dengan lelaki tua itu sambil masih memegang dua orang anak Raden..Makala dua orang lelaki muda itu berdiri di samping lelaki tua itu sambil memerhatikan John..

"Kau jangan risau..aku takkan bunuh kau dan anak anak ni...malah aku yang akan lindungi anak anak Raden.."(Terang lelaki  tua itu)

John hanya diam dan mengangguk..

"Jadi ni lah orang yang Raden cakap tu.."(Kata John dalam hati)

"Nama aku Jeffri..panggil saja Jep..ini anak anak aku..yang sebelah kiri aku anak pertama iaitu Mike 26tahun dan sebelah kanan aku anak kedua Marco 25 tahun.."(Terang Jep pada John)

"Owh..jadi apa hubungan Encik Jep dengan Raden dan kenapa Raden suruh saya datang jumpa Encik Jep.."(Tanya John)

"Sebenarnya..Dulu Raden adalah ketua kumpulan FBI dan aku adalah Boss dia..Kerana Raden sudah berkhawin dia terpaksa meletakkan jawatannya untuk memberi tumpuan kepada keluarganya...Pada suatu hari Raden datang berjumpa aku memberi tahu isterinya mengandung anak kembar..Jadi Raden meminta tolong aku supaya menjagakan sebuah kotak dan memberi tahu supaya melindungi anak anaknya jika terjadi sesuatu padanya..Pada mulanya aku pelik kenapa Raden berusaha supaya aku melindungi anak anaknya bila mereka sudah lahir tapi setelah itu Raden menceritakan dari A sampai Z....Kerana Raden banyak berjasa pada kumpulan ni jadi aku bersedia untuk menolongnya..Tak sangka harini sudah tiba masanya.."(Terang Encik Jep)

"Owh..jadi apa yang saya kena buat.."(Tanya John)

Jep mengeluarkan sebuah kotak yang sederhana besar dan beri kepada John..

"Semuanya ada di dalam ni.."(Kata Jep)

John meletakkan dua bayi tersebut di atas meja lalu mengambil kotak yang diberi oleh Jep..

John membukak kotak itu dan melihat isi dalam kotak tersebut..

Ada sepucuk surat,Buku tebal berwarna merah dan dua utas rantai berbentuk separuh hati..

"Apa maksud rantai ni.."(Tanya John kebingungan)

"Cuba kau cantumkan separuh hati tu dengan rantai lagi satu yang berbentuk separuh hati jugak.."(Terang Jep)

John mengambil kedua dua rantai tersebut dan mencantumkan separuh hati itu menjadi satu..

Terbeliak mata John bila melihat ada kod nombor yang muncul setelah separuh hati yang telah dicantumkannya itu menjadi satu..

"Nom..Nombor apa ni.."(Kata John tergagap gagap)

Jep tersenyum..

"Itu adalah kata laluan untuk membukak sebuah peti.."(Terang Jep)

"Peti???..peti apa???.."(Tanya John pelik)

"Peti yang menyimpankan sebuah wasiat yang mengandungi seluruh harta Tengku Radhika Shah Iskandar yang diturunkan kepada Raden..Kini harta itu sudah ditukar milik menjadi milik anak anak Raden.."(Terang Jep sambil melihat ke arah dua bayi yang berada di atas meja)

"Jadi mana peti tu??..sebab kat sini hanya ada kata laluan sahaja?.."(Tanya John)

"Macam aku cakap tadi semuanya ada didalam kotak tersebut...kau lihat dalam kotak tu ada suratkan,jadi kau baca surat tu dulu.."(Terang Jep)

John mengambil sepucuk surat yang berada di dalam kotak tersebut lalu membukak lipatan surat itu dan baca...

BERSAMBUNG....

avataravatar
Next chapter