webnovel

Hikari Yama 1

Aku melihat segumpal awan bersendirian di langit. Jauh dari sekawan rakannya disebabkan angin kuat memisahkan mereka. Kerana dia bersendirian, maka lebih mudah untuk angin membawanya menyelusuri langit.

Berbanding rakannya yang bergantung kepada satu sama lain, menyebabkan jisim mereka lebih berat berbanding segumpal awan itu.

Tiada bezanya dengan manusia. Sekumpulan dilihat lebih kuat berbanding individu. Namun tidakkah mereka fikirkan? Apabila bergerak di dalam kumpulan, maka setiap ahli perlu diambil kira. Setiap seorang perlu ada. Hilangnya seseorang akan menyebabkan ketidakstabilan dalam kumpulan.

Bukan sahaja hilang dari fizikal, namun mentaliti juga perlu diambil kira. Perbezaan pandangan hanya menjadi penghadang kepada kemajuan dan titik mula tumbangnya kumpulan itu.

Namun lihatlah kepada orang yang bersendirian. Semuanya bergantung kepada dirinya. Dia tidak perlu mengharapkan orang lain. Dalam dia berdikari, sambil itu dia menilai diri sendiri. Diri yang difahaminya hanya akan menjadikan dia semakin ke hadapan. Tanpa perlu menunggu minda yang tidak dikenali bersatu hati.

"Yama! Jom pulang ke rumah!" suara seorang perempuan memanggilku dengan lantang. Aku melihat susuk tubuh itu melambai-lambai ke arah aku. Seorang perempuan sebaya aku dengan rambut panjang bewarna hitam hingga ke siku. Rambut hadapannya menutupi sebahagian dahinya.

"Jom, Yua."