1 [anak tentera]

[x/x/1909] [Jerman]

Adolf berlari melimpasi padang yang luas,lari dari rumah setelah habis bertengkar dengan ayahnya Alois.

"Aku tidak akan sesekali menjadi tentera"ucapnya.

Rumah kayu yang terletak di tepi gunung menjadi tempat tinggal dia dan ayahnya setelah kematian ibunya 6 tahun lalu.

Lari dari rumah adalah langkah terbaik baginya sebagai tanda protes kepada keputusan ayahnya.

Alois merupakan ayah kepada Adolf,merupakan bekas tentera jerman dan untuk sekarang.Dia sudah bekerja sebagai penternak dan petani setelah pencen tua.

Ianya merupakan langkah terakhirnya untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya,menggunakan semua gaji tabungannya untuk membeli sepasang induk haiwan ternakan serta sebidang tanah yang jauh dari permukiman manusia.

Kehidupan yang tenang ini sudah menjadi impiannya sejak dia mula bertugas sebagai tentera lagi.Menjadi tentera di zaman peperangan dan berhadapan dengan bermacam macam konflik merupakan pengalaman hitam dalam dirinya.

Bekas luka memenuhi badannya merupakan bukti ketulinannya kerana sudah berjaya balik dari bermacam macam misi yang gila.

Padanya,kawan dan lawan sudah tidak ada makna lagi.Ketika berperang melawan musuh,mereka adalah kawan yang saling bantu dan ketika bekalan terputus,mereka sudah menjadi musuh yang saling berebut punca makanan dan air untuk terus hidup.

Di balik jendela,dia hanya melihat anaknya berlari laju menjauhi rumah.

avataravatar
Next chapter