webnovel

I'M A PARTICIPANT!!??

Aku...kat mana ni?

Kepala aku pening. Berpusing-pusing macam zombi Didi. Tak pasti apa yang berlaku tapi apa yang pasti ni bukan bilik aku. Ni bukan katil aku. Aku cuba perhatikan keadaan bilik untuk apa-apa klu tapi sia-sia. Kepala aku sakit sangat. Rasa macam kena hentak bertalu-talu.Tak boleh nak fikir. Tambah lagi vision aku kabur semacam. Sejak bila aku rabun ni? Satu lagi, apahal katil ni penuh dengan kepingan kertas?

Apabila sakit kepala aku lega sikit, aku mula perlahan-lahan berjalan. Tapi betullah. Susah betul nak berjalan tanpa mata ni. Ni baru kabur bukan buta lagi. Haih.....nikmat apa lagi yang kau dustakan? Rasanya dah tiba masa aku berhenti tengok aksi-aksi ero tu. Tangan aku dirapatkan ke dinding dan perlahan-lahan aku berjalan. Duduk sahaja tak akan bawa aku ke mana-mana. Aku perlu cari benda tu. Aku pasti dia ada.

Pengembaraan aku tak berakhir lagi. Perjalanan terasa lebih panjang apabila mata tak boleh guna ni. Aku merapat tangan aku ke dinding dan melangkah perlahan ikut satah dinding ni. Ini metode paling efektif memandang benda tu biasanya orang letak rapat dengan dinding. Aku terus melangkah dengan berhati-hati sehingga jari aku merasa akhir satah dinding. Aku hulur tapak tangan aku kedepan. Benar sangkaan aku. Satah dinding ni melencong 90 darjah ke kanan.

Satah dinding pertama melunjur ke arah utara manakala satah yang kedua melunjur ke arah barat. Persilangan binaan dua dinding ni macam dua garis yang berserenjang. Fenomena ni tak dinafikan menghasilkan sudut dengan 90 darjah atau nama lain adalah bucu. Bucu bagi sebuah bilik dikenali sebagai ruang corner. Aku senyum sedikit. Ruang ini ialah checkpoint pertama aku untuk jumpa benda tu.

Langkah aku diteruskan sehingga tangan aku menyentuh tekstur yang kasat. Rasa macam kayu. Memandangkan semua dinding yang aku guna tadi diperbuat dari konkrit agak pelik bila tiba-tiba ada dinding kayu. Jadi ada satu benda je yang boleh selari dengan jajaran dinding konkrit tetapi diperbuat dari kayu. Pintu. Tak boleh! Buat masa sekarang aku tak boleh keluar dari bilik ni lagi.

Aku terus melangkah sehingga aku sampai ke ruang corner yang kedua. Dengan segera aku berpindah kepada satah dinding seterusnya tapi teksturnya lain. Rasa kasat macam kayu dan bertingkat-tingkat. Aku kenal sangat objek ni. Rak buku. Nampaknya aku dah dekat. Benda tu ada tak jauh dari rak ni. Aku pecut sikit kali ni. Tak slow-slow macam tadi dah.

BAM!!!

Kaki aku tersepak sesuatu. Rasa sakit menyambar sistem saraf aku dengan segera. Betullah yang bila kita tak nampak apa-apa, deria kita akan jadi lebih sensitif. Dan atas faktor tu rangsangan yang diterima dirasakan berkali ganda kuatnya. Macam denyut sakit kaki aku ni. Sakitnya takyah citer. Tapi aku sedikit gembira. Yang aku sepak tadi, aku yakin itu adalah kaki benda tu. Tanpa berlengah tangan terus memegang objek kayu tu. Akhirnya aku jumpa. Meja.

Dengan laju tangan aku geledah semua barang atas meja. Target aku adalah cermin mata. Aku tak pernah ada masalah mata sebelum ni. Untuk aku tiba-tiba jadi rabun sebaik sahaja aku buka mata ada dua possibility. Reincarnated atau transmitted. Transmitted untuk lebih tepat. Aku yakin aku tak mati lagi. Jadi, to sum up, ni bukan badan asal aku tetapi badan orang lain. Tuan asal badan ni rabun dan semestinya perlukan sepasang mata kedua. Dan biasanya orang letak cermin mata dekat meja.

Aku terus pakai cermin mata tu. Yup, no more vague vision. Aku terus tengok lantai. Seperti sangkaan aku. Lantai bilik aku ni bersepah dengan barangan yang pastinya sakit dan menyakitkan hati jika dipijak. Ada gam, gunting, knife cutter dan kepingan kertas. Gam tu dahlah gam gajah. Nasib baik aku tak lalu sini. Aku lihat katil aku. Katil dan meja aku terletak bertentangan antara satu sama lain. Jadi, kenapa aku tak lalu je ikut lantai bilik untuk ke meja? Bukan lebih cepat ke? Reason dia sebab semua barangan yang bersepah tu. The first time aku sedar benda ni bila aku jejak kaki aku dekat lantai. Instinct aku katakan yang bilik ni bersepah sangat. Macam mana? Kepingan kertas atas katil tu terlalu banyak dan....apa orang kata? Well-cut? Jadi aku expect yang dia sedang buat projek guna kertas. Alatan penting macam knife cutter, gunting, gam dan kertas pastinya bertaburan sana-sini sebab owner ni have zero sense of kekemasan. Katil sendiri pun banjir dengan kertas. So aku ikut jalan memutar guna dinding demi keamanan sel-sel kaki aku. Nice decision.

Sekarang aku penasaran sama ada aku lelaki ke perempuan jadi aku segera dapatkan cermin. Yeah....anak jantan! Berdasarkan ketinggian dan rupa paras budak ni....eh silap: ketinggian dan rupa paras aku (hehehe), umur aku sama ada 14 atau 15 tahun. Seronok jadi muda tapi aku perlukan penjelasan. Transmitted maksudnya aku berpindah ke dunia yang lain. Penjelasan yang paling logik ialah....heh. Aku gelak kecil. Macamt ni ke Mayhem Contest? Aku jadi participant! (hehe)

Susah sebenarnya nak percaya fakta ini. Manakan tak? Mayhem Contest ni secara ringkasnya hantar 4 orang participant ke 7 buah dunia yang berbeza, kumpul kuasa dan akhir sekali berentap di Mayhem Colosseum untuk decide siapa yang paling jago. Bukan tu je. Juara dapat simpan kuasa tu manakala yang lain akan hilang kuasa mereka. Qualification nak join contest ni susah dan costnya kalau jual empat kaki dan empat tangan pun belum tentu boleh afford. Mustahil aku boleh join walaupun IQ aku 150. Jadi event ni aku cop sebagai satu misteri yang aku kena solve. Tapi sebelum tu.....aku alih pandangan ke arah pintu....misteri pertama adalah untuk uncover dunia ni dulu. My journey is about to begin!

Next chapter