1 Mawar untuk Kekasih

Lina berasa riang pada hari tersebut. Setelah beberapa minggu tidak bertemu dengan kekasih kesayangannya, Alex, dia telah mendapat mesej untuk berjumpa dengannya.

"Aku balik awal hari ini. Tolong beritahu bos untuk aku!" Dengan cepat, dia membuka apron lalu menggantungkannya di tempat yang disediakan.

"Okay, Lina," rakan sekerjanya, Mia, membalas.

Dia pergi ke Dhia's Flowers, sebuah kedai bunga yang terletak di hadapan kafenya untuk membeli sejambak mawar. Setelah itu, Lina segera pergi ke Lake Garden seperti yang dia telah janjikan.

---

Adam terlihat Lina, gadis pujaannya memasuki kedai bunganya yang kecil. Dia segera menghampiri gadis tersebut untuk membantunya. "Cik, boleh saya bantu?" dia tanya dengan senyuman manis.

Gadis tersebut mengangguk. "Saya perlukan sejambak ros merah." Dia tersenyum bahagia apabila habis berkata.

Senyuman Adam hampir terpudar apabila terdengar kata-katanya. "Baiklah, cik." Dia menyediakan bunga tersebut seperti yang diminta. Lina terus membayar dan beredar dari kedai tersebut.

Adam mengeluh kerana dia ingatkan gadis tersebut sudah berpunya. Lalu, dia cuba untuk melupakannya, kerana tiada harapan lagi untuk dia menjadi kekasih kepada Lina.

avataravatar
Next chapter