4 Takut

Setiap orang pasti akan menghadapi detik-detik di mana dia perlu menghadapi permulaan baru dalam hidupnya. Ia semestinya sesuatu yang sukar. Membiasakan diri dengan sesuatu yang baru sememangnya mengambil masa. Begitu juga dengan perubahan yang aku hadapi. Bukan senang untuk aku menyesuaikan diri dengan segala-galanya yang serba-serbi baru. Apabila menghadapi saat-saat ini, kadang-kadang, aku berasa putus asa dan letih dengan kehidupan. Kadang-kadang, aku tertanya-tanya kenapa aku harus lakukan semua ini? Kenapa mesti bekerja? Kenapa perlu beli itu dan ini? Apa tujuannya? Ke manakah hala tujunya semua ini?

Aku pasti ada jawapan tersendiri untuk soalan-soalan ini dan aku juga tahu sekiranya aku berasa takut akan sesuatu tanpa sebab yang munasabah, itu bermakna aku perlu tangani rasa itu dan cuba untuk melakukannya.

avataravatar
Next chapter