1 Prolog

Berkali-kali kata-kata ini bergema di dalam fikiranku 'apa jua yang berlaku pada masa akan datang adalah apa yang aku putuskan pada hari ini'. Seseorang pernah memberitahuku bahawa kehidupan adalah guru yang terbaik bagi setiap orang. Aku gemar sekali menoleh kebelakang untuk membantuku mencari jawapan. Dalam kata lain, aku merujuk kepada guru yang selama ini setia berada di belakangku.

Takdir ditentukan, keinginan dan harapan diluahkan, petanda diberi dan tindakanperlu diambil. Takdir punyai banyak sisi yang memungkinkan kita untuk memilih. Kita sentiasa diberi pilihan dan setiap seorang dari kita bertanggungjawab keatas kehidupan kita dalam realiti yang penuh misteri ini.

avataravatar
Next chapter