webnovel

COLDPLAY - KALEIDOSCOPE (Music Review)

Kumpulan rock suka ramai kini kembali dengan karya terbaru iaitu sebuah EP yang berjudul Kaleidoscope. Kaleidoscope merupakan kesinambungan dari album mereka Head Full of Dreams yang dikeluarkan pada 2017. Malah, Kaleidoscope itu sendiri adalah nama salah satu track dari Head Full of Dreams. Terdapat lima buah lagu. Walaupun begitu, muzik yang ditampilkan dalam Kaleidoscope adalah sedikit berbeza dari Head Full of Dreams.

EP ini dibuka dengan 'All I Can Think About is You' yang kedengaran agak melankolik. Kombinasi muzik terutama sekali bunyi bassline yang unik dan suara Chris Martin yang distinctive nyata berjaya menyampaikan mood yang diinginkan.

Begitu juga dengan lagu 'A L I E N S',. Kerjasama mereka dengan Brian Eno dalam track ini memberikan rasa yang cukup berbeza.

Kelainan muzik yang ditampilkan kedengaran lebih jelas dalam track ke empat iaitu lagu 'Something Just Like This', yang merupakan rakaman secara langsung kumpulan itu di Tokyo. Ia adalah satu eksperimentasi mengagumkan yang dihasilkan oleh Coldplay dan The Chainsmokers. Gabungan antara muzik rock & EDM itu nyata berhantu apabila ia menjadi salah satu antara lagu lagu hit pada awal tahun 2017.

Bagi saya, EP ini menunjukkan yang coldplay masih berjaya mengekalkan identiti mereka, walau mereka cuba bereksperimen dengan trend muzik R&B, EDM & rock terkini yang sedang mendominasi carta, identiti muzik Coldplay masih kekal utuh!

(3.5 / 5)