3 Bab 3

Keesokan harinya….

Misi memikat Jaha pun bermula…

''Assalammualaikum…?''

Dia menegur lelaki yang sampai awal di sekolah itu, seperti biasa…nakal-jahat pun tetap sampai awal kat sekolah. Tapi sampai awal ke sekolah pun bukan nak belajar tapi adalah itu plan nak buat onar. Nanti pasti akan ada yang kecoh…

Jaha yang sedang bersiul mahu masuk kekelasnya terkejut. Lagi terkejut tengok siapa yang sapa dia. Muka terkejutnya hilang,diganti pula muka bengis.

''kan aku dah cakap…''

''balaslah dulu salam saya baru nak marah''.

Potong Lyrine menegur lelaki itu. Dia tak kisah lelaki itu nak tengking dia kah, apakah..,tapi dia paling tak suka kalau orang bagi salam,salam kita tak dibalas.

Jaha merengus marah. Ada juga aku tampar hari ini.

''walaikumsalam! puas hati!''

Lyrine hanya tersengih, tak makan saman betul. Dah hati suka, nak buat macam mana?. Segala perasaan takutnya, ditolak tepi. Sekarang yang penting dia mahu pikat lelaki ini, sebelum dia tiada peluang di lain hari!.

''aku dah cakapkan kelmarin, jangan mucul lagi kat depan aku!!!''. Jaha menengking, menyambung ayatnya yang dipotong oleh Lyrine tadi.

''kelmarin, saya main-main. Hari ini, saya serius.''

''main-main, serius apa ke benda?!''

''Yang saya cakap saya suka kamu tu. Takkan dah lupa?''.

Mencerlung terus mata Jaha memandang ke arah Lyrine.

Lyrine bukan lagi rasa takut, tapi rasa comel pula.

Jaha memandang sekelilingnya, risau ada pelajar yang dengar ayat gila, pelajar perempuan didepannya ini. Bikin jatuh saham dia saja.

''Kau nak apa sebenarnya ini?! Jangan ganggu aku boleh tak?! Aku ada hal nak buat ni!''.

Jaha melangkah masuk ke kelasnya. Tidak mahu dia layan perempuan gila tak makan saman macam gadis ini !. Sebab kali ini dia memang rasa perempuan ini tak main-main. Seriau dia jadi nya.

''Saya suka kamu. Saya mahu jadi kekasih kamu. Boleh?''

Lyrine menyoal dengan nada suara yang seperti tak akan terima jawapan tidak dari pelajar lelaki berambut melepasi atau separas bahu itu.

''Masalahnya aku tak suka kau! Aku benci kau! So sekarang kau dah dapat jawapan dari aku jadi sila pergi sekarang! Jangan ganggu aku lagi. Jangan buat aku berkasar dengan kau pula sekarang!''

Ugut Jaha. Dia memang serius dengan setiap kata-kata yang keluar di mulutnya.

Lyrine terus terdiam. Semudah itu luahan ikhlas dari lubuk hati dia ditolak?. Tak boleh percaya dan tak dapat terima kenyataan dia terus.

'' Kenapa kamu tak suka saya pula dan benci saya?. Setahu saya, saya tak adapun buat salah?. Kecuali kelmarin tu. Tapi tukan saya dah mengaku salah dan dah minta maaf Kat kamu?! ''

Tidak puas hati Lyrine. Ingat dia senang nak mengalah kalau dia dah suka orang tu?. Macamlah dia pernah suka lelaki selama ini, Jaha lah yang pertama. Jadi memang tak mudah dan tak mungkin dia akan lepaskan lelaki ini!. Sebab dia yakin dan  percaya lelaki yang pertama dia suka itulah jodoh dia!. Memang fikiran budak tak matang betul…

''Aku tak sukakah, aku bencikah, itu aku punya pasal! Kau tak ada hak nak kawal apa aku rasa. Kau faham tak?! ''

Balas Jaha dengan muka tak peduli langsung dengan perasaan perempuan gila didepan nya ini. Dia rasa menyampah tahap sampah itu adalah.

''saya tak akan mengalah!''

Tegas Lyrine, menghentikan langkah Jaha yang mahu keluar dari kelas.

Jaha memandang Lyrine dengan pandangan tak puas hati. Tidak puas hati dia bila perempuan ini langsung tidak mahu mengalah dan tidak takut dengannya. Sebab selama ini kan semua pelajar perempuan takut dengannya memang kejutanlah bagi dia bila pertama kali bertemu dengan perempuan tak makan saman seperti perempuan gila di depannya ini!. Tak tentu pasal dalam hatinya dah menggelar Lyrine sebagai perempuan gila. Kesian…

''Itu kau punya pasal dan hal sendiri. Tapi aku bagi amaran jangan kau nak buat onar, malukan aku kat sini dengan perangai kau yang macam budak baru lahir ini!. Kau nak malu, kau pergi malu sendiri! Jangan nak angkut aku sekali dalam hal kau!''

Lyrine memandang Jaha tak puas hati juga. Semakin dia rasa mahu memiliki lelaki ini pula!. Tercabar juga dia dengan setiap kata-kata Jaha itu dan gerun juga dia bila dari tadi Jaha asyik menjerit dia. Sampai telinga dia ini terasa sakit. Bersuara itu seperti dia satu kilometer saja jauhnya dengan Jaha. Padahal depan Jaha saja pun.

''saya tetap nakkan kamu!''

Kali ini Jaha terus melangkah. Tidak mahu pedulikan Lyrine. Nanti makin dilayan makin sakit hati pula dia. Dahlah kalau dia terlebih sakit hati memang dia tak peduli dah kalau orang itu perempuan atau tidak sebab dia memang akan hempuk saja!. Jadi lebih baik dia pergi.

avataravatar