webnovel

Bab 1 : Pernah Jumpa Ke?

♡Love After Met♡

Pagi-pagi lagi Sara sudah bersiap untuk ke kolejnya.Macam biasa, Sara mempunyai rutin hariannya yang tersendiri. Memberi kucing peliharaannya yang comel itu makan dahulu, barulah Sara ke kolejnya. Ketika Sara mahu memberi kucing kesayangannya makan, dia menyedari bahawa kucingnya seperti tidak sihat. Risau melihat keadaan kucingnya yang bernama Comot, dia segera membawanya ke klinik haiwan bagi membuat pemeriksaan.

Ibu Sara menelefon.

"Sara dah gerak pi kolej ke tu? " ibunya menanyakan soalan.

"Belum lagi ibu, Sara on the way nak bawa Comot pergi klinik, dia sakit pula ni" Sara menjawab soalan ibunya dengan rasa yang cemas.

"Laa, cepat sikit, nanti lambat pula kamu masuk kelas" pesan ibu. "Ok ibu".

Setibanya di klinik.

"Iya cik, apa saya boleh bantu?" staf di klinik tersebut menanyakan soalan. Belum sempat menjawab pertanyaan itu, tiba-tiba sahaja doktor yang selalu merawat Comot masuk melalui pintu utama.

"Cepat Sara, bawa Comot ke bilik rawatan" arahan dari doktor. Doktor yang bernama Faiz itu memang sudah biasa merawat si Comot sebelum ini memandangkan dia sudah mengenali Sara hampir setahun. "Comot salah makan lagi ni Sara, macam manalah awak jaga dia ni".

"Macam biasa je la Doktor, saya tak tambah apa-apa benda lain dah". Doktor Faiz merenung mata Sara. Sara berasa segan silu pada masa itu.

"Kenapa doktor pandang saya macam tu? " Sara terus menujukan soalan.

"Saya ada something nak bagitahu awak sebenarnya tapi saya risau kalau awak tak suka or tak selesa dengan apa yang saya nak bagitahu ni". Sara rasa lagi aneh dengan kata-kata Doktor Faiz itu.

"Nak bagitahu apa? ". Sara terus bertanya lagi.

"Hmm sebenarnya saya... " .

"Doktor Faiz, ada haiwan perlukan rawatan kecemasan. ". Staf klinik memanggil Doktor Faiz.

"Baik saya datang sekarang, maaf ye Sara, saya kena pergi dulu".

"Ha ok".Belum sempat untuk Sara mendengar apa yang Doktor Faiz mahu beritahu dia.Sara terus beredar dari klinik, menghantar Si Comot pulang dan bergegas ke kolej untuk perjumpaan rakan sekelasnya.

Di kolej….

"Ha sampai pun kau Sara, ingatkan kau tak jadi datang, lama dah kita orang tunggu". Kawan Sara, Miera menyapa.

"Sorry guys, kucing aku sakit,aku bawaklah pergi klinik, sorry tau".Sara meminta maaf.

"Alololo Si Comot ni pun, menyempat je ya, tak mau bagi mama Syara dia pergi meeting la tu".Miera mengusik Comot dengan intonasi manja.

"Ish kau ni kesitu pula erk".Sara menepis.

"Dah dah, cepat, sikit je lagi ni". Zaif bersuara. Sara,Miera dan Zaif menghabiskan masa lebih 1 jam bagi melengkapkan jadual perancangan untuk projek berkumpulan mereka bersempena dengan karnival yang bakal dianjurkan kolej mereka.

Selepas Sejam…

"Yes, finally kita dah ada semua idea yang kita boleh guna untuk karnival minggu depan". Zaif berasa lega, akhirnya dapat menyempurnakan perbincangan tentang karnival.

"Weyh Sara, aku dengar cerita la kan, nanti masa karnival tu ada wakil student lelaki dari kolej lain join kolej kita punya event ni, kau tak nak cuba nasib ke nanti, maklumlah,kau ni kan tak pernah ada boyfriend, muka kau cantik dah, tapi sayang belum berpunya, nasib baik la si Zaif dah taken, kalau belum, aku rasa dia mesti nak kat kau". Miera mengusik Sara tentang soal perhubungan cinta.

Sara memberi jawapannya. "Amboi, bukan main lagi kau ya, kau cakap aku je, kau tu ha pun sama s.i.n.g.l.e, single".

"Eee kau ni kan". Miera bermuncung mulut.

"Apa, betullah kan ?". Sara membalas usikan.

"Eee Saraaaaaaa , janganlah". Zaif yang berada di sebelah mereka hanya mampu mendengar gurauan Sara dan Miera sambil mengemas barangnya.

Di rumah Sara….

"Meow". Si Comot mengiau.

"Alololo, Comot, come to mama sayang,makin montel baby cayang mama ni iya". Sara dengan nada comel menyapa Si Comot yang manja itu. "Comot, jom kita keluar jap, beli makanan".Sara keluar bersama Comot untuk membeli makanan di kedai favouritenya.

"Okay Comot, kita dah sampai, let's go !". Sara memasuki restoran terkenal di kawasan perumahannya itu dengan senyuman.

"Hai selamat datang". Lelaki yang tidak biasa Sara lihat menyapanya dengan nada yang lembut.

"Eh Sara !". Makngah Kiah, pemilik restoran tersebut pula menyapa Sara. Mereka sudah 3 tahun berkenalan, sudah seperti ibu dan anak kandung.

"Iya makngah, apa khabar mak ngah harini ?". Sara menyapa semula sambil menyalam tangan Makngah Kiah.

"Alhamdulillah, sihat je Sara. Biar mak ngah teka, nasi goreng kampung pedas kan? ".

"Ha iya Mak Ngah, kuat lagi ingatan mak ngah ya". Sara malu-malu sambil memuji mak ngah Kiah. "Hm mak ngah, tu siapa,tak pernah nampak pun". Sara menanyakan soalan tentang lelaki yang menyapanya tadi.

"Oh, tu anak mak ngah" .

"Laaa, ya ke, tak tahu pun mak ngah ada anak lelaki". Sara berasa hairan.

"Anak mak ngah tu study kat luar negara,ni pun baru pindah masuk kolej berdekatan dengan kolej kamu tu minggu lepas". Ujar mak ngah tentang anak lelakinya itu. Belum apa lagi, Sara sudah mula angau terhadap anak lelaki mak ngah Kiah.

"Haih, kenapalah dia pakai face mask, tak dapat aku nak tengok muka dia". Bisik hati Sara yang menyatakan hasrat untuk melihat wajah anak mak ngah Kiah itu.

Di Hari karnival....

Kedengaran suara yang riuh dalam kalangan pelajar di perkarangan kolej. Sara, Miera dan Zaif merupakan antara yang paling sibuk dalam bahagian pengurusan bagi memastikan apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

"Perhatian, perhatian, sebentar lagi beberapa wakil pelajar dari Kolej Angsana akan tiba, jadi diminta supaya semua pelajar mengosongkan laluan masuk utama, sekian terima kasih".Pengumuman yang dibuat oleh pengacara di karnival Kolej Citra memaklumkan bahawa wakil pelajar yang Miera pernah beritahu Sara akan tiba tidak lama lagi.

"Weyh Sara, kau nak join aku tak?". Miera bertanyakan soalan.

"Nak pergi mana? ". "Alaaa, sambut wakil pelajar yang aku cakap kat kau haritu laaa". Miera menjawab soalan Sara dengan penuh ceria.

"Tak naklah, aku nak naik atas jap,pi library , ambil barang".

"Oh ok". Sara ke perpustakaan mengambil barang untuk perasmian karnival yang bakal disempurnakan sebaik sahaja barisan terhormat tiba. Para pelajar Kolej Citra sudah mula memenuhi anjung ketibaan wakil pelajar dari Kolej Angsana.

Sebaik sahaja kenderaan yang membawa wakil pelajar tersebut tiba di pintu masuk utama Kolej Citra, suasana bertukar menjadi lebih meriah dan riuh. Sara yang berada di perpustakaan terkejut mendengar jeritan pelajar perempuan yang kuat.

"Akif, Akif, Akif, Akif !".Jeritan buat seorang pelajar lelaki yang merupakan salah seorang wakil pelajar dari Kolej Angsana yang terkenal dengan kepintaran dan rupa parasnya.

"Kuatnya dia orang menjerit". Zaif berkata kepada Miera.

"Kalau aku pun menjerit juga, yela handsome gila kot, tapi tulah nak jaga ayu aku ni ha". Miera membalas percakapan Zaif.

Sara bergegas turun dari perpustakaan memandangkan tetamu yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba.

"Excuse me, toilet kat mana? ". Akif bertanya kepada salah seorang pelajar Kolej Citra di situ.

"Toilet terdekat ada kat bangunan perpustakaan yang kat depan tu". Respon diberikan oleh pelajar tersebut. Akif terus ke bangunan perpustakaan yang disebutkan oleh pelajar tadi.

Sara pula sedang menuruni tangga dengan kelam kabut dan laju sekali. Akif melalui kawasan tangga yang sama dengan Sara.

"Haih beratnya barang ni".Sara mengeluh dalam hati. Disebabkan terlalu laju,Sara secara tidak sengaja telah terlanggar Akif dan terjatuh.

"Aduh, hei, mata mana mana eh, orang dah lah nak cepat,tak nampak erk orang lalu sini". Sara menengking Akif.

"Sorry sorry saya tak sengaja, meh saya tolong kemaskan". Akif memohon maaf. Setelah habis mengemas, Sara mula melangkah pergi.

" Eh jap". Akif meminta Sara berhenti.

"Eeee apa lagi? ". Sara berasa kusut.

"Awak tak nak kenal kenal dulu ke? Saya Akif ,wakil pelajar Kolej Angsana, and awak? ".

"Sara, dah habis kenal kan, bye".

"Kejaplah belum habis lagi". Akif buat Sara menunggu lagi.

"Apa lagi awak nak eh?". Sara mula rimas.

"Hm, kita pernah jumpa ke kat mana mana sebelum ni? " Akif bertanya pada Sara.

"Tak, langsung tak, ada apa apa lagi? kalau tak ada saya minta diri dulu".

Akif menggelengkan kepala dan Sara pun beredar dari situ. Akif masih berfikir lagi samada dia pernah bertemu dengan Sara atau tidak.

"Eh, aku nak gi toilet la"....

Di pentas utama

"Hari ini merupakan satu hari yang amat penting buat kita semua kerana kita telah berjaya menjalinkan kerjasama bersama Kolej Angsana untuk menjayakan College Opportunity Carnival yang telah dirancang rapi oleh kumpulan pelajar Kolej Citra yang diketuai oleh Sara, Zaif dan Miera. Sila berikan tepukan yang gemuruh buat mereka bertiga". Wakil pensyarah Kolej Citra memberikan ucapan sekali gus merasmikan karnival tersebut.

"Alhamdulillah, berjaya juga kita punya karnival harini". Zaif mengucapkan syukur.

"Yela, hampir 2 bulan kita rancang semua ni, and finally today, we make it happened". Sara membalas perbualan Zaif. Miera pula bertanya kepada Sara tentang pelajar Kolej Angsana yang terkenal yang pernah dia ceritakan pada Sara minggu lepas.

"Sara, kau dah jumpa ke Akif tadi?".

"Akif? Ada je kenapa? ".

"Seriously!? Macam mana korang boleh jumpa? " Miera terkejut.

"Aku telanggar dia masa turun dari library tadi".

"What!? Omg, dah macam drama cinta".Miera mengusik Sara.

"Aku rasa kan, aku macam pernah jumpa dialah". Sara teringat sesuatu.

"Ha kan betul saya cakap, kita pernah jumpa". Akif tiba tiba-sahaja muncul dan tegurannya membuat Sara terkejut lalu hampir jatuh.

"Eh awak !". Akif dengan pantas menyambut Sara.

Muka Sara bertukar malu apabila ramai pelajar yang melalui kawasan itu melihat adegan Akif menyambut Sara. Akif sekali lagi bertanya kepada Sara dengan nada lembut.

"Sekali lagi saya tanya, kita pernah jumpa kan?".

BERSAMBUNG

♡Love After Met♡

Next chapter