8 00:07

"Tak."

Rose kaku. Dia terkedu apabila tahu bahawa ayahnya telah jatuh miskin. Rumah yang dia duduki ini terpaksa ditarik. Kereta dan segala hartanya ditarik. Kecuali duit simpanan di dalam bank mereka.

"Tak mungkin boleh jadi macam ni. Tapi kenapa papa?! Kenapa tiba-tiba?!" Soal Rose yang lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Sayang, kita kena terima. Mungkin ini adalah ujian dari-Nya. Lagipun kita kena pindah. Takpe sayang. Kita masih ada duit simpanan dalam bank. Itupun dah cukup untuk kita teruskan hidup. Kita pindah tak jauh pun. Kamu tetap akan sekolah dekat tempat sama. Maafkan papa ya?" Terang ayah rose dan meminta maaf pada anak tunggalnya.

Rose cuba bertenang. "Its okay papa,papa tak salah. Tapi rose takut kalau nanti rose takde kawan." Rose menekur melihat lantai.

"Rose. Masa ni lah rose dapat tahu siapa yang ikhlas. Adina kan ada?" Ibu Rose mencelah.

"Hm. Adina- rose nak pergi jumpa adina kejap" rose terus berlari keluar rumah ketika dia keluar dari pagar, rose terhenti melihat Adina yang sudah berdiri di depan pagar.

"Kau nak pindah dah ke rose?" Soal Adina apabila melihat ramai yang membawa keluar semua perabot di dalam rumah rose.

"Haah. Tapi...tu orang tarik. Bukan kitorang punya dah. Syarikat ayah aku dah bankrap." Luah Rose.

Adina terkejut. "Hm, be strong. Jaga diri tau. Aku masuk dulu" pesan Adina dan terus berlalu masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat iaitu disebelah rumah Rose.

Rose hanya sempat mengucapkan terima kasih kepada Adina. Namun dihatinya sangat terasa dengan cara Adina memandangnya tadi. Seperti memandang rendah terhadapnya.

Qhairyn sanggup berjalan kaki daripada naik motor bersama Faqeen. Faqeen pula penat sudah mahu memujuk Qhairyn untuk naik sekali.

"Wey, tak penat ke jalan kaki? Jauh lagi nak sampai ni." Kata Faqeen.

Qhairyn hanya diam tidak menjawab. Langkah masih diteruskan.

Faqeen berhenti di sebelah Qhairyn dan dia juga berjalan sambil menolak motornya.

"Boleh tak. kau naik motor kau dan blah." Ujar Qhairyn dingin.

"Bahaya lah kalau biar kau jalan sorang-sorang kat sini." Kata Faqeen.

Qhairyn menjeling dan melangkah laju ke depan. Faqeen hanya berjalan sahaja dibelakang sambil menolak motosikalnya.

Sebuah motosikal berjenama honda Ex5 dibelakang mereka berdua itu ditunggang dengan laju dan melintasi di sebelah Qhairyn. Beg sekolah Qhairyn direntap kuat. Qhairyn yang terkejut terus merentap semula begnya dengan sepenuh tenaga sehingga orang yang meragut begnya itu terjatuh dari motornya.

Kawannya yang menunggang motosikal itu terus berhenti untuk mendapatkan kawannya.

Faqeen terkejut dan terkaku melihat Qhairyn.

Qhairyn turut terjatuh ketika dia menarik semula begnya namun dengan cepat dia berdiri dan memukul lelaki itu menggunakan beg sekolahnya sendiri.

"Kau beg sekolah pun nak ragut ke?! Dalam ni ada buku je sial!" Qhairyn melepaskan geramnya sehabis-habisan.

Lelaki yang menunggang motosikal itu datang membawa pisau dan cuba menikam Qhairyn dari belakang.

Faqeen terbeliak. "QHAIRYN!!"

Dush!

Terjatuh. Lelaki yang cuba menikam Qhairyn rebah ke tanah kerana terkena balingan helmet oleh Faqeen.

Qhairyn memandang wajah Faqeen. Wajah seperti tiada perasaan. Qhairyn terus mengambil helmet Faqeen dan berlari mendapatkan Faqeen.

"Nah pakai." Qhairyn terus meletakkan begitu sahaja helmet dikepala Faqeen. Motor Faqeen itu dinaiki oleh Qhairyn.

Qhairyn menghidupkan motosikal itu. "Cepat naik!" Arah Qhairyn tegas.

Faqeen yang masih terkejut melihat dua orang yang terlentang di tepi jalan ini terus menaiki motornya yang ditunggang oleh Qhairyn.

Qhairyn membawa dengan laju seperti ingin terbang ke bulan.

Faqeen yang dibelakang terpaksa memegang pemegang belakang.

"Weyh! Selow lah!!"

Qhairyn hanya mengabaikan dan terus memecut laju.

"Motor ni rosak nanti!!" Jerit Faqeen.

Mereka sudah jauh dari dua orang peragut itu. Qhairyn terus berhenti di tepi jalan. Simpang untuk sampai ke rumahnya itu hanya lagi beberapa langkah sahaja dari tempat yang dia berhenti.

Qhairyn menyuruh Faqeen turun dan kemudian dia pula yang turun. Dia menyerahkan motor itu kepada Faqeen.

"Terima kasih." Ucap Qhairyn dingin dan terus melangkah masuk ke simpang yang mula-mula akan nampak sebuah kedai runcit.

Faqeen tersenyum nipis walaupun dia rasa trauma dengan Qhairyn apabila di atas motor tadi. Dia rasa macam nak ke kubur terus.

Dia membawa motornya perlahan dan beriringan dengan Qhairyn.

"Kenapa kau tak bawa sampai ke rumah kau terus?" Soal Faqeen.

"Kau sendiri tahu mulut orang kampung ni macam mana" kata Qhairyn tanpa memandang Faqeen di sebelah.

"Kau jangan nak ikut aku dah." Pesan Qhairyn dan memandang tajam ke arah Faqeen.

Faqeen tersengih sahaja. Dan terus membawa motornya laju. Sampai sahaja di depan rumah dia terus memarkirkan motornya. Kemudian dia berlari semula keluar dari simpang rumahnya dan menuju ke Qhairyn.

"Kau nak apa lagi?" Soal Qhairyn dingin.

"Er- siku kau berdarah" Faqeen menunjuk lengan baju putih Qhairyn yang berlumuran darah kerana terjatuh tadi.

Qhairyn hanya mengabaikan dan melintasi Faqeen. Faqeen menoleh kebelakang. Dia melihat Qhairyn masuk ke simpang lain.

Qhairyn tiba di depan rumah. Sampai sahaja di situ Qhairyn terus mendapat penumbuk dari ayahnya.

Qhairyn terteleng ke kanan.

Faqeen di sebalik semak terkejut dan terkedu. Lebih terkejut apabila mata dingin Qhairyn memandang ke arahnya.

Lebih baik korang bayangkan mata Qhairyn ni macam Levi atau Mikasa.

"KAU BALIK LAMBAT LAGI!" Tengking Encik Qhairil pada Qhairyn.

Qhairyn hanya menayang wajah kosongnya pada Encik Qhairil. Mask di mukanya itu direntap oleh ayahnya.

"Kau ikut aku sekarang!" Encik Qhairil memegang kuat lengan Qhairyn yabg berdarah itu. Beg Qhairyn direntap dan dicampakkan disebalik semak.

Faqeen terkejut lagi dan lagi melihat apa yang berlaku dan melihat beg Qhairyn yang dicampak tepat didepannya.

Qhairyn hanya ikut sahaja langkah bapanya. Dia berhenti apabila bapanya berhenti di dalam hutan.

Faqeen hanya berdiri di situ dan menyaksikan dari jauh. Walaupun hanya nampak sedikit sahaja kerana terhalang oleh pokok dia tetap tidak mahu melihat dari dekat. Dia memang pengecut. Janganlah kecam Faqeen.

Qhairyn ditolak kedepan.

Ahlong yang berada di depan Qhairyn memandang Encik Qhairil dengan tajam.

"Kau ambik anak aku. Hutang aku settle." Dengan Mudah je dia menyerahkan Qhairyn kepada orang lain!

"Heh, lu tak sayang anak lu ka? Bapak jenis apa lu ni. Aku tak mahu anak kau. Aku nak duit!" Kata Ahlong itu dengan tegas.

"Qhairyn! Pergi lah merayu!" Arah Encik Qhairil.

Qhairyn hanya memandang Ahlong didepannya tanpa perasaan.

Ahlong itu juga memandang Qhairyn tanpa perasaan. Picu pistol di tarik selamba.

Dum!

Faqeen terkejut apabila terdengar bunyi tembakan. Faqeen bergegas berlari ke arah Qhairyn.

Ahlong itu pergi tanpa belas kasihan. Apabila Faqeen tiba disitu dia hanya nampak Qhairyn dan Encik Qhairil sahaja.

Faqeen menekup mulutnya. Dia terduduk dan memandang Qhairyn yang masih berdiri kaku apabila melihat ayahnya mati ditembak.

"Qhairyn! Apa dah jadi?! Kau diam je tengok ayah kau macam ni?!" Soal Faqeen cemas.

Qhairyn memandang Faqeen tanpa perasaan.

"Sekarang kau dah tahu. Sebab kenapa aku taknak berkawan dengan kau."

avataravatar