7 00:06

Qhairyn melabuhkan punggungnya di atas rumput di padang. Dia berteduh di bawah pokok jambu air yang besar itu. Di sinilah tempat yang dia selalu tenungkan dari kelas. Pelitup muka itu diturunkan supaya dia dapat menghirup udara segar disini.

Tempat yang kelihatan tenang inilah yang dia mahu datang. Dia bersandar dan menatap bunga yang tumbuh sebelum menjadi buah.

Ketenangan inilah yang dia mahu nikmati. Semua orang menganggap dia seorang yang tenang kerana sikapnya yang pendiam itu. Padahal mereka salah menilai, Qhairyn seorang yang tidak tenteram kerana dalam dirinya penuh dengan masalah yang harus difikirkan.

Faqeen memadang ke arah padang. Dia sedikit terkedu kerana melihat wajah Qhairyn dari sisi.

Masa bagaikan berputar dengan perlahan. Bunga dan daun yang gugur itu melintasi wajah Qhairyn. Faqeen nampak begitu tenangnya diri Qhairyn tika ini.

Dan saat itu juga, dia melihat Qhairyn seperti gembira walaupun sebenarnya tidak.

"Tak. Dia tak gembira. Takde secalit senyuman pun dekat bibir dia" gumam Faqeen perlahan. Membangkang apa yang dia fikirkan tentang Qhairyn.

"Ketua! Saya nak keluar kejap!" Faqeen terus berlari keluar tanpa mendapat kebenaran dari Abizar.

"Woi faqeen!"

Panggilan itu di endahkan. Dia terus berlari ke padang untuk berjumpa dengan Qhairyn.

Rose memadang Abizar. "Ketua, saya nak pergi koop, boleh?" Pinta Rose dengan lemah lembut.

Satu kelas memandang Rose dengan wajah berharap.

"Yeay! Rose belanja boleh?"

"Nak air kotak tau!"

"Nak roti!"

Rose tersenyum. Dia hanya mengangguk sahaja. Abizar juga meminta untuk dibelanja. Rose orang terkaya di sekolah. Sikapnya yang selalu berfikir positif, baik hati, peramah dan pemurah itu membuatkan lebih ramai selesa berkawan dengan dia.

Qhairyn mendongak melihat langit biru dan gumpalan awan putih yang pelbagai bentuk itu.

"Kau nak apa?" Soalnya tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Kerana dia terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya.

Faqeen tanpa dijemput untuk duduk sekali terus bersila di sebelah Qhairyn.

"Aku nak cakap terima kasih kat kau" jawabnya.

Qhairyn memandang wajah Faqeen. Matanya yang kuyu dan cantik itu memanah tepat ke dalam mata Faqeen.

"Aku dah kata. Simpan je. Tiada apa yang perlu di ucapkan. Buang masa" Qhairyn berpaling ke hadapan semula.

"Erk— hm. Bibir kau kenapa?" Soal Faqeen yang memerhati gerakan bibir Qhairyn dari tadi.

Qhairyn hanya diam tidak menjawab. Dia hanya memerhati keluasan padang sekolah ini.

"Kau betul-betul taknak kawan dengan aku?" Soal Faqeen.

Qhairyn masih diam dan termenung.

"Aku tahu. Keluarga aku takde harta, takde darjat. Aku takde apa yang kau ada" Kata Faqeen dan bersandar di pokok itu juga.

"Apa yang aku ada?" Soal Qhairyn dingin.

"Ketenangan. Kau ada benda tu. kau selalu tenang walau apa pun. Macam tadi, kau tenang je berdepan dengan cikgu tu. Aku sebagai lelaki malu sebab kau lagi berani dari aku" luah Faqeen.

Qhairyn tersentak sedikit. Jarang dia dipuji. Tapi baginya itu bukan pujian. Mereka silap menilai.

Qhairyn berdiri di hadapan Faqeen.

"Kau silap Faqeen. Bukan aku yang ada ketenangan tu." Qhairyn memandang wajah Faqeen dan menyambung ayatnya. "Tapi kau."

Faqeen terkedu lagi. Dia memandang Qhairyn yang sudah berlalu pergi.

"Apa maksud kau?" Faqeen mengejar langkah Qhairyn dan berjalan beriringan.

"Abaikan dan jauhkan diri kau dari aku." Pesan Qhairyn dingin dan terus melangkah meninggalkan Faqeen dibelakang.

Faqeen terhenti. "Jijik sangat ke aku ni?" Soalnya pada diri sendiri. Sakit yang menusuk dihati dia cuba untuk abaikan juga.

Namun kata-kata Qhairyn padanya tidak dapat dia abaikan.

Rose menunggu ayahnya untuk mengambil pulang sekolah. Dia berada di bus-stop bersama Qhairyn yang duduk begitu jauh dari dirinya.

Adina juga bersama dengan Rose kerana mereka berdua merupakan kawan baik dan berjiran. Adina juga selalu mengikut Rose pulang ke rumah sekali.

"Qhairyn, awak naik bas ke?" Soal Rose lembut. Adina menyiku lengan Rose.

Rose hanya mengabaikan tindakan Adina itu.

"Hm" jawab Qhairyn tanpa menoleh.

Sebuah kereta teksi buruk berhenti di hadapan bus-stop. Lelaki yang sudah berusia keluar dari pintu penumpang.

"Papa!" Jerit Rose.

"Rose, Adina. Jom balik! Naik cepat!"

"Pa-papa. Kenapa naik teksi?" Soal Rose. Ayahnya mengeluh berat.

"Balik nanti papa jelaskan. Jom sayang. Balik" ajak ayahnya lagi.

Rose hanya menurut. Adina pula masih membatu di atas tempat duduk bus-stop ini. Rose menoleh ke belakang.

"Adina, taknak balik ke?" Soal Rose.

Adina menggeleng. "Takpelah, aku suruh mak aku ambil harini" jawabnya dan tersenyum.

"Oh, okay. Hati-hati!" Pesan Rose dan terus menaiki teksi itu dan meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.

Kini, tinggal Qhairyn dan Adina sahaja belum pulang. Tadi hanya mereka bertiga kerana menunggu ayah rose yang jarang datang lambat untuk menjemput anaknya. Qhairyn pula terlepas bas dan terpaksa menunggu bas lain datang.

Qhairyn menjeling tajam ke sebelah kanan. Dimana Adina duduk. Ya, dia menjeling tajam melihat Adina.

Adina memandang Qhairyn. Terkejut dia melihat wajah dingin Qhairyn seperti ingin menelan dirinya.

Wajah Qhairyn dari sisi dan panahan anak matanya ke arah Adina membuatkan Adina rasa gemuruh. Adina terus berlari ke dalam kawasan sekolah pula.

Public phone dicapai. Kelam kabut Adina mencari duit syiling dipoketnya.

Bahu Adina disentuh dan membuatkan dia menjerit takut dan terkejut.

Adina menoleh. Wajah dingin itu membuatkan dia sekali lagi terkejut.

Qhairyn menghentakkan badan Adina ke dinding.

"Baru nak call mak suruh ambil ke?" Soal Qhairyn dingin.

"Ma-mana ada! Kau nak apa?!" Soal Adina dengan nada semakin meninggi.

"Kau sebenarnya taknak naik teksi buruk tu sebab kau jijik kan?" Qhairyn mendekatkan wajahnya pada wajah Adina.

"Bukan lah!" Adina menolak Qhairyn dengan kuat sehingga Qhairyn berundur kebelakang beberapa tapak.

"Hang ni duk sebok pasai aku dah kenapa?! Bukan hang ni jenis tak ambil tahu pasal sekeliling ka? Yang tiba-tiba duk sebok nak tahu pasai aku dah kenapa?! Aku debik sekali baru hang tau!" Bebel Adina yang ber loghat entah dari negeri mana.

Qhairyn hanya tersenyum sinis disebalik masknya.

"Toxic, keikhlasan tu tak wujud. Macam kau. Tak ikhlas pun berkawan dengan dia kan?" Soal Qhairyn dingin.

Adina mengetap gigi geram dia memandang kereta ibunya yang sudah sampai di luar.

"Kalau ya pun. Bukan kau kisah!" Adina menepis Qhairyn ketepi dan terus berlari menuju ke kereta milik ibunya.

Qhairyn hanya memerhati kereta Honda yang dinaiki Adina itu sehingga hilang dari padangan. Kemudian sebuah bas pula meluncur laju.

Qhairyn terbeliak.

"Cis! Terlepas lagi!" Qhairyn berdecit geram.

"Nak tumpang aku tak?" Soal Faqeen tiba-tiba muncul bersama motornya.

avataravatar
Next chapter