6 00:05

Qhairyn pergi ke sekolah seperti biasa, hari ini dia terpaksa memakai mask kerana tidak mahu orang lain nampak kesan bibir pecah dan lebam di tepi bibirnya.

Tempat duduk tetap sama. Ikutkan hati memang dia nak duduk tempat lain. Tapi dah takde tempat kosong.

Seperti biasa menunggu pelajar lain masuk ke kelas, dia hanya termenung. Tempat duduk sebelah dipandang seketika. Fikirannya melayang-layang memikirkan kejadian semalam.

Walau Qhairyn kelihatan seperi tidak ada belas kasihan. Namun jauh di sudut hatinya, dia sangat kasihan dekat Faqeen. Tetapi ini semua kerana ego. Tambahan pula dengan hatinya yang keras seperti batu itu.

Dia kembali termenung ke padang.

Datanglah...

Adakah Qhairyn sedang berharap? Ya. Dia berharap Faqeen datang. Jangan tanya kenapa, sebab dia pun tak faham dengan diri dia.

Kesemua pelajar sudahpun masuk ke kelas kecuali Faqeen yang masih tidak kelihatan. Qhairyn mengeluh.

Dia memandang sekeliling. Ada yang masuk kelas terus tido, ada yang main. Ada yang membawang dan bergosip. Tetapi dalam fikiran Qhairyn. Takde ke seorang pun kisah pasal Faqeen?

Semalam pun waktu Faqeen tak datang. Cikgu macam tak kisah. Kawan yang lain pun macam tak tahu tentang kehidupan Faqeen.

Macam itukah kawan baik? Kawan baik tak tahu tentang masalah kawan sendiri?

Guru Mata pelajaran bahasa English sudah pun masuk. Iaitu Puan Noraini. Guru yang paling sombong dan memilih. Garang tak bertempat.

Dia bagi Qhairyn adalah guru toxic. Puan Noraini tersenarai dalam diary list Qhairyn.

"Ketua kelas mana?? Bangun lah bagi salam!" Arahnya dengan muka yang bengis itu.

Abizar selaku ketua kelas terus tegak berdiri. Kemudian memberi salam. Setelah itu mereka duduk selepas diberi keizinan.

Qhairyn mengeluh perlahan.

"Kenapa tak datang?" Soalnya perlahan. Dia menongkat pipi memandang papan putih itu. Pandang cikgu? Heh, tak mungkin dia nak pandang toxic. Boleh rosak mata.

Pintu kelas diketuk. Qhairyn seperti biasa dia tidak mempedulikan sekeliling. Seorang pelajar lelaki yang sudah termengah-mengah seperti baru lepas di kejar anjing itu dipandang tajam oleh Puan Noraini.

"Sorry teacher, moto saya buat hal tad-" belum habis lagi ayat alasanya terus dipotong oleh Puan Noraini.

"Engkau time class aku memang selalu lambat! Masuk!" Marah Puan Noraini.

Faqeen mengucapkan terima kasih dan tersenyum nipis sahaja. Namun dia hanya mendapat jelingan dari guru itu. Dia menuju ke tempat duduknya.

Walau Faqeen yang dijeling namun Qhairyn yang rasa sangat bengang kerana dia terpandang wajah guru itu. Cepat-cepat dia mengalihkan padangan ke padang.

"Keluarkan homework! Hantar sekarang!" Pinta Puan Noraini dengan tegas. Dengan cepat pelajar lain mengeluarkan buku latihan yang diminta. Qhairyn memang dari awal sudah dia keluarkan. Faqeen pula masih terkial-kial mencarinya di dalam beg.

"Aduh, buku nipis. Adik lah ni koyakkan hm" omel Faqeen perlahan. Namun setiap perkataan yang keluar dari bibir Faqeen dapat didengari oleh Qhairyn.

Qhairyn menjeling ke sebelah. Dia hanya diam tidak bicara mahupun menyoal. Buku latihannya diletakkan di atas meja Faqeen.

"Tolong hantarkan sekali" pinta Qhairyn selamba dan terus berpaling ke tingkap.

Faqeen memandang Qhairyn dan bola matanya jatuh pada buku Qhairyn. Dia hanya akur dan terus menghantar bukunya dan buku Qhairyn sekali dalam keadaan ragu-ragu.

Dalam beberapa minit kemudian. Semua pelajar membuat hal sendiri kerana Puan Noraini sedang menyemak setiap buku.

Matanya terus terhenti. Tangannya juga berhenti menyelak ke muka surat seterusnya. Puan Noraini menutup buku tersebut dan membaca nama empunya buku latihan ini. Setelah membacanya terus dia mengangkat wajahnya dan memandang tajam ke arah Qhairyn. Tetapi yang dipanggil adalah Faqeen.

"FAQEEN! Bangun!" Arahnya dengan garang. Semua pelajar memandang ke arah Faqeen. Faqeen pula dengan cuaknya dia tetap berdiri.

"Ni buku ke apa?! Apasal nipis sangat? Kau koyak buku ni?! Kau makan ke setiap helaian kertas?!"

Pelajar yang lain sudah menutup mulut menahan gelak. Ada juga yang memandang Faqeen dengan penuh simpati kerana dimarahi. Qhairyn pula hanya memandang ke arah padang.

"Maaf teacher, adik saya yang koyakkan dia-"

"Lepastu kau nak salahkan adik kau?! Kau dah besar! Kau jaga lah barang kau! Sini! Berdiri kat depan!"

Tanpa melengahkan masa Faqeen terus datang ke depan.

Apa yang jadi sekarang membuatkan Qhairyn tertarik untuk menyaksikan apa yang terjadi.

Namun kejadian ini seperti terimbas kembali.

Qhairyn mahu mengambil bukunya kembali. Tetapi terus guru itu mencampakkan bukunya ke lantai.

"Tu bukan buku! Tu belacan!"

Qhairyn menahan sebak. Dia menunduk mahu mengambil bukunya diatas lantai namun niatnya terbatal.

"Kau kutip buku tu! Aku koyakkan lepastu kau berdiri kat luar!" Pesan guru itu tegas.

Terus terbatal niat Faqeen untuk mengambil bukunya apabila diberi amaran sebegitu.

Tulisan yang di italic kan itu adalah kenangan silam Qhairyn yang terimbas namun berulang kembali tetapi bukan padanya. Tetapi pada Faqeen. Setiap patah perkataan guru itu sama seperti guru lamanya.

Qhairyn mengetap giginya menahan geram. Perkara yang terjadi depan mata amatlah membuatkan dia sangat benci pada guru seperti ini. Semangat belajar pun boleh hilang.

Qhairyn cuba bertenang. Sticky note dikeluarkan dan dia menulis sesuatu pada kertas kecil itu.

'Be strong'

Penutup pen ditutup. Sticky note itu ditampalkan pada meja Faqeen. Dia meletakkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengannya sendiri. Dia menghadap ke meja Faqeen. Dia hanya menahan diri daripada melepaskan marah kerana mendengar Puan Noraini sedang mencaci Faqeen.

"Dah duduk! Biar buku kau kat situ!"

Faqeen dengan muka yang harus dia tebalkan kerana malu dicaci hanya akur dan duduk ke tempatnya semula. Sticky note yang ditampal itu dia ambil. Setelah dibaca dia tersenyum memandang Qhairyn yang sedang termenung memandangnya.

Qhairyn tersedar dari termenung. Terus dia mengalihkan padangan keluar tingkap.

"Teacher nak habis kelas kejap lagi semua jadikan buku kat lantai tu sebagai alas kaki!" Arahnya seperti guru tiada akal yang waras.

Qhairyn yang mendengarnya terus menyirap. Dia berdiri. Semua sudah memandang ke arahnya termasuk Faqeen.

Qhairyn dengan wajah bekunya terus berjalan ke depan dan mengutip buku latihan Faqeen.

"Siapa suruh kau kutip! Kau nak kena dengan aku ke?!" Soal Puan Noraini dengan garang.

Qhairyn tersenyum sinis disebalik masknya.

"Toxic macam teacher patut pupus." Kata Qhairyn dingin dan sinis. Seperti dari awal lagi sudah diberitahu yang suara Qhairyn perlahan.

Jadi, semua pelajar tertanya-tanya apa yang Qhairyn katakan.

"Kau ni memang nak kena dengan aku!" Katanya dengan tegang. Suasana sangatlah tegang sekali.

Qhairyn menjeling ke arah jam dinding dan masih lagi kekalkan senyuman sinis.

Belum sempat tangan Wanita tua itu hinggap ke wajah Qhairyn. Telefonnya berbunyi. Terus terbatal niatnya mahu menampar gadis itu.

Bingo

Dia menjeling Qhairyn dan mengangkat panggilan.

Suara yang garang berubah lembut.

"Ha baik tuan, saya akan ke bilik mesyuarat sekarang" Puan Noraini menamatkan panggilan. Dia segera mengambil barangnya dan bergegas untuk ke bilik meeting.

Sempat lagi dia berbisik pada Qhairyn. "We not settle here" dan terus meninggalkan kelas tersebut.

Seperti yang korang tak tahu. Qhairyn selalu mengambil tahu tentang jadual meeting guru-guru.

Semua pelajar tergamam memandang Qhairyn.Ada juga yang menepuk tangan walau bingung.

Qhairyn meletakkan buku latihan Faqeen di atas meja tuan buku itu dan berkata.

"Simpan je kau punya thanks tu" katanya selamba dan menggalas begnya di bahu kanan. Terus dia melangkah keluar kelas menggunakan pintu belakang.

"Weyy! Kalau cikgu semua meeting duduk je dalam kelas jangan merayap!" Pesan Abizar sebagai ketua kelas. Qhairyn hanya menjeling dan berlalu dengan keadaan dingin.

avataravatar
Next chapter