5 00:04

Qhairyn turun daripada bas. Memang tiap hari pergi ke sekolah dia menaiki bas. Dia berjalan masuk ke simpang untuk sampai ke rumah.

"2 ringgit satu." Kata Makcik yang menjaga kedai runcit itu.

Faqeen mengeluarkan dua keping not seringgit. Dan berlalu keluar dari kedai tersebut. Makcik itu hanya memandang sinis pada Faqeen.

"Muka hensem, maknya jalang" gumamnya perlahan.

Faqeen berjalan menuju ke rumah. Dia singgah hanya untuk membeli telur. Gadis yang berjalan dihadapannya dipandang lama.

"Beg tu macam..." tanpa berfikir panjang Faqeen terus menegur gadis tersebut.

"Hai qhairyn!" Sapa Faqeen. Mereka berdua berjalan beriringan.

Qhairyn memandang wajah Faqeen sekilas sahaja dan hanya menayang wajah bekunya.

"Aku panggil kau qhai boleh tak?" Soal Faqeen.

Qhairyn berhenti. Dia mendongak memandang Faqeen. "Qhai lelaki." Katanya dingin.

"Ala takpe"

"What ever" Qhairyn menyambung langkahnya.

"Asal kau tak datang tadi?" Soal Qhairyn tiba-tiba. Dan itu membuatkan Faqeen speechless.

"Wow, kau tanya tentang aku? Kau rindu eh?" Sakat Faqeen dengan senyuman nakalnya. Dia jalan mengundur di depan Qhairyn.

"Buang masa. Cikgu yang tanya." Jawab Qhairyn.

Faqeen berhenti. Qhairyn turut berhenti kerana Faqeen berhenti di depannya.

"Kau duduk kat kawasan sini ke?" Soal Faqeen.

"Hm" jawab Qhairyn.

"Erm, okaylah. Aku balik dulu. Bye qhai !" Faqeen melambai tangan pada Qhairyn dan berlari masuk ke simpang belah kiri. Qhairyn pula akan ke simpang kanan.

Entah kenapa Qhairyn merasakan sesuatu pada Faqeen. Faqeen nampak macam tergesa-gesa. Tadi tegur okay. Sampai dekat simpang ke rumah kayu tu terus riaksi Faqeen sedikit berubah. Itu bagi pandangan Qhairyn lah.

"Eh kau ni memang anak sial lah! Aku suruh engkau mop lantai ! Bukan suruh kau main dengan adik kau yang cacat tu bodoh ! Kau ni memang menyusahkan... je!" Ibu Faqeen menunjal kepala Fasya dengan kuat. Faqeen yang baru masuk memberi salam dengan kelam itu terus dia menarik Fasya kedalam dakapannya. Inilah sebab kenapa dia tergesa-gesa. Kerana dia terdengar dari jauh suara nyaring ibunya yang sedang memaki.

"Ibu! Kenapa ibu pukul fasya? Dia kan budak lagi." Kata Faqeen.

"Budak? Umur dia dah lapan tahun laa! Dia dah ada akal! Bukan macam kau! Dah besar akal pun takde! Hidup semua nak menyusahkan aku je! Adik kau yang cacat tu. Dia boleh pulak main barang aku! Nasib aku tak bunuh dia kalau tak-"

"Mana faris??" Soal Faqeen dengan riaknya yang cuak.

Ibu Faqeen tersenyum sinis. "Aku humban dia dalam reban ayam tu. biar dia belajar sikit hormat aku" jawab Ibu Faqeen.

Faqeen yang nafasnya masih tidak teratur itu kerana berlari tadi terus pergi keluar rumah dan menuju ke reban ayam.

Macam kelakar. Tapi tak bagi Faqeen. Benda ni kejam! Faqeen terhenti. Dia terkejut melihat Qhairyn.

Qhairyn sengaja mengekori Faqeen kerana sifat ingin tahunya terlalu tinggi. Ketika Qhairyn berjalan dengan tenang dia terdengar seorang budak seperti menangis perlahan. Namun tangisan itu dapat ditangkap oleh telinga tajam Qhairyn.

Qhairyn menyerahkan Faris pada Faqeen. Faqeen terus menarik Faris ke dalam pelukan. Dahi Faris di cium lama, kemudian Faqeen berdiri.

"Qhai...jangan bagitahu sesiapa. Aku-"

"Kau rasa aku nak bagitahu siapa?" Soal Qhairyn dingin.

Faqeen terdiam dan dia tersenyum nipis. Dia yakin Qhairyn tidak akan beritahu sesiapa.

"Bila kau dah tahu pasal aku. Mesti kau taknak kawan dengan aku kan?" Soal Faqeen dan menunduk.

Qhairyn menyilang tangannya ke dada. Dia tersenyum sinis.

"Kita memang bukan kawan. Tak kisahlah darjat kau tinggi mana pun. Kita takkan berkawan." Kata Qhairyn sinis dan dingin. Dia berpaling dan melangkah untuk pulang ke rumah.

"Sampai bila kau nak alone macam ni?" Soal Faqeen kerana sedikit tidak puas hati dengan sikap Qhairyn.

"Sampai mati" jawab Qhairyn tanpa berpaling dan terus melangkah pergi.

PANGG!

"abang! Apahal tampar anak kita tu?! Dia baru balik sekolah kan?!" Terkejut Puan Ireen melihat anak gadisnya di tampar dengan secara tiba-tiba.

"Kau balik lambat kau pergi mana ha?!" Soal Encik Qhairil dengan wajah bengisnya itu.

Qhairyn hanya memegang pipinya dan menekur memandang lantai. Malas mahu menjawab, dia terus berlalu masuk ke bilik.

Tangan Qhairyn direntap dan terus dihentakkan ke dinding. "Aku tanya kau!! Kau pergi mana?!!" Betul-betul di depan muka Qhairyn dia menengking.

"Abang dah lah tu. dia baru balik sekolah." Puan Ireen menarik tangan Encik Qhairil supaya berhenti mencengkam pipi Qhairyn.

"Eh kau pun sama lah! Bodoh!" Terus pipi Puan Ireen pula ditamparnya. Adik beradik yang lain hanya mampu memandang sayu sahaja. Abang dan kakak Qhairyn yang lain sudah berkerja. Jadi tinggal Qhairyn sahaja yang paling besar dalam adik beradik di rumah ini.

Sebab itu dialah yang selalu menjadi mangsa dalam rumah ini. Puan Ireen yang sudah terjatuh terduduk itu memegang pipinya yang sakit.

Qhairyn hanya menahan sakitnya sahaja.

"Kau tahu tak along datang cari aku?" Soal Encik Qhairil pada Qhairyn.

"Jadi. Apa kena mengena dengan aku?" Soal Qhairyn dengan dingin. Orang macam ini memang tak patut dihormati.

DUSH!

pipi kanan Qhairyn ditumbuk oleh ayahnya sendiri. Qhairyn hanya memejam mata menahan perit.

"Kurang ajar eh kau sekarang?! Aku nak serahkan kau dekat along lah! Biar lunas hutang aku!" Kata Encik Qhairil dengan garang.

Qhairyn tersentak. Sanggup ayahnya nak serahkan anak sendiri dekat orang lain? Dekat ah long pulak tu.

Encik Qhairil menghempas badan kecil Qhairyn ke lantai dan keluar daripada rumah. Emak Qhairyn terus mendapatkan anaknya untuk dipeluk. Namun Qhairyn menepis dan terus berlari masuk ke bilik. Pintu dikunci.

Puan Ireen terkedu. Dia menangis keesakan kerana terlalu sedih dengan nasibnya.

Qhairyn bersandar pada pintu. Lututnya dirapatkan ke dada. Dia memeluk erat kakinya. Dia termangu sendiri mengenang nasib. Hatinya luka seperti dihiris walau hatinya memang sudah hancur berkecai dari dulu. Namun secebis hatinya masih lagi terasa seperti dicincang halus.

Dia terluka tanpa air mata. Setitik pun tidak mengalir dari tubir matanya. Dia memendam dengan sebaiknya. Dia menyimpan jeritannya agar tidak mahu orang lain tahu yang dia terluka. Dia mahu menangis namun air matanya kering.

Dia menyembamkan wajahnya pada lututnya sendiri. Segala yang dipendam terlalu banyak sehingga kuota hati dan mindanya terlalu penuh dan menyebabkan dia sangat terluka.

Patut ke aku teruskan hidup?

avataravatar
Next chapter