4 00:03

Faqeen membutangkan bajunya. Bersiap untuk ke sekolah harini. Dia menggalas begnya dan keluar dari biliknya. Rumahnya kayu sahaja. Seperti rumah kampung. Tetapi rumahnya sudah lusuh dan ada juga kayu rapuh kerana dimakan oleh anai-anai.

Hidupnya tidaklah mewah dan juga bukan sederhana. Cukup-cukup makan je. Apa-apa pun Faqeen tidak pernah merungut dan sentiasa bersyukur. Kehidupannya yang sebegini dia rahsiakan oleh kawan-kawan yang lain. Bukan malu, tetapi dia tak suka terhadap pandangan orang lain. Cukuplah dia dipandang rendah oleh orang kampung dan jiran-jiran.

Dia bersyukur kerana kawan di sekolah tidak ramai yang sekampung dengannya. Adapun seorang dua. Itupun jarang jumpa.

Faqeen menuju ke bilik ayahnya. Dia memandang sayu ke arah ayahnya yang terlentang sakit. Inilah punca kenapa hidupnya begini. Ayahnya tidak dapat mencari rezeki kerana menghidap penyakit stroke.

Faqeen mempunyai dua adik. Kembar tidak seiras, lelaki dan perempuan. Ibunya pula...

Seorang pelacur.

Ya. Faqeen sedih sangat kerana ibunya melakukan kerja terkutuk itu. Tapi apakan daya dia mahu menghalang. Penat dari dulu dia nasihatkan ibunya namun yang dia dapat adalah makian dari mulut ibunya sendiri.

Dia tidak pernah makan makanan yang hasilnya dari ibunya sendiri. Dia sanggup membuat kerja part time untuk memberi adiknya makan dari sumber yang halal.

Tangan ayahnya dicium kemudian dilepaskan. Namun ayahnya menggenggam erat tangan Faqeen.

Ayahnya seperti menggeleng dan ingin menangis. Dia seperti tidak mahu melepaskan Faqeen pergi jauh darinya. Ayah Faqeen tidak boleh bercakap.

"Tapi ayah. Faqeen kena pergi sekolah. Faqeen nak belajar pandai-pandai. Lepastu Faqeen boleh jadi doktor. Boleh Faqeen ubatkan ayah. Ayah tidur ya. Nanti Faqeen suruh Fasya dengan Faris jaga ayah tau." Pujuk Faqeen lembut.

Faqeen hanya berharap pada adik kembarnya yang berumur 8 tahun itu.

Ayah Faqeen masih menggeleng tidak mahu. Dia seperti ketakutan. Dia takut dengan sesuatu.

"Maaf ayah. Faqeen dah lambat. Faqeen minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat jaga ayah harini. Lagipun dah banyak hari Faqeen tak datang. Semalam datang nasib faqeen tak kena marah. Maaf ya ayah." Dengan lembut Faqeen melepaskan tangan Ayahnya.

Faqeen mengelap air matanya yang ditahan di hadapan ayah. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan Ayahnya. Dia harus memberi semangat kepada ayahnya.

Dia melintasi dapur, dia terhenti apabila namanya dipanggil.

"Woi Faqeen. Kau nak pergi mana?" Soal wanita yang bergelar ibu itu dengan kasar.

"I-ibu. Faqeen nak pergi sekolah lah" jawab Faqeen perlahan.

"Tak payah. Kau kalau pergi sekolah pun. Bodoh jugak! Membazir duit je nak bayar yuran!" Kata Ibu Faqeen dengan sinis.

"Takpelah ibu. Faqeen pergi dulu. Assalamualaikum" ucapnya. Dia tidak mahu jadi anak derhaka. Lebih baik dia elakkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang bakal mengguris hati ibunya.

"Eh anak sial! Aku cakap tak payah pergi. Tak payah lah!" Tengkingnya pada Faqeen.

Faqeen menahan sabar. Sudahlah dia dah lambat. Pergi sekolah pula kena naik motor yang dah nazak. Kalau time pergi sekolah tiba-tiba motor rosak dah jadi satu hal lagi. Dia terus berlalu pergi.

Sampai pula di pintu keluar kedua adik kembarnya pula mengghalang jalannya.

"Abang jangan pergi. Kitorang takut kalau ibu-"

Belum sempat Adik perempuannya menghabiskan ayat aduan sudah dipotong oleh Ibu mereka. Kaki Faqeen dipeluk erat oleh si kembar.

"Eh, kau jangan macam-macam. Kau biar abang kau yang sial ni pergi. Korang berdua sini sekarang!" Ibu Faqeen bercekak pinggang dan menjegilkan matanya ke arah kembar itu.

Kembar itu mendongak memandang wajah Faqeen dan menggeleng. Berharap agar Faqeen tidak pergi. Faqeen mula rasa tidak sedap hati. Sesuatu yang mencurigakan terhadap ibunya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena antara mereka.

"Okay, abang tak pergi." Kata Faqeen yang mula pasrah.

"Eh sial. Kau jangan cakap macam keling. Kau kata nak pergi sekolah. Kau pergilah sial! Biar aku yang jaga adik-adik kau ni!" Ibu Faqeen merentap tangan adik kembarnya dan menghalau Faqeen pergi.

"Takpelah, Faqeen taknak pergi. Ibu boleh lah pergi rehat" kata Faqeen dengan lembut. Itupun dia rasa seperti terpaksa. Demi mengelakkan diri dari jadi anak derhaka dia tetap kena berlembut dengan ibunya.

Tangan kembarnya ditarik dan dibawa masuk ke dalam biliknya. Fasya menoleh melihat wajah bengis ibunya.

Ibunya membuat pergerakan mulut. 'Kau bagitahu. Siap kau!' Dengan gaya penumbuk juga ditunjukkan. Fasya terus menoleh ke hadapan. Dia seperti ingin menangis sahaja kerana diugut.

Faqeen meletakkan begnya di atas tilam tanpa katil itu. Dia duduk di atas tilam dan memandang wajah adiknya secara begilir.

"Sekarang bagitahu abang. Kenapa halang abang nak pergi sekolah?" Soal Faqeen sedikit tegas.

Kedua kembarnya itu menunduk. Tidak mahu memberi jawapan kerana takut selepas  diugut. Fasya adalah kakak kepada Faris jarak mereka 1 jam. Faris pula ialah kanak-kanak istimewa kerana dia pekak dan bisu.

"Fasya. Bagitahu abang." Pinta Faqeen tegas.

"Kitorang cuma taknak abang jauh dari kitorang" jawabnya dengan jawapan palsu.

"Selama ni okay je? Semalam abang pergi. Okay je? Kenapa harini tak okay?" Soal Faqeen lagi.

Fasya sudah menahan diri dari menangis. Faris hanya memandang wajah Fasya dengan riak polos. Dengan melihat wajah Fasya, itu sahaja sudah cukup membuatkan dia turut bersedih.

Faqeen mengeluh. Dia tidak mahu memaksa adiknya lagi. Dia sendiri tahu adiknya juga sudah penat dengan dunianya. Dia menarik adiknya ke dalam dakapan. Hatinya sayu.

Dia cukup menderita dari kecil. Tetapi tidak pernah berhenti berdoa memohon kepada Maha Esa. Dia tahu bahawa dia diuji kerana Allah SWT menyayanginya.

Dia tahu bahawa kebahagian untuknya belum tiba lagi. Jadi dia harus bersabar dan terus menunggu waktu itu tiba.

Dalam keadaannya sebegini. Dia tahu tiada pun seorang kawan yang mengambil tahu tentang apa yang jadi dalam hidupnya. Walaupun dia mempunyai ramai kawan. Baginya mencari seorang sahabat itu adalah sesuatu perkara yang mengarut.

Baginya sahabat di zaman ini susah untuk didapati. Sebab itulah dia berkawan dengan semua. Dia akan selalu ada apabila seseorang tengah down. Prinsip dirinya ialah.

; Biarlah mereka tidak selalu ada dengan kita. Yang penting kita kena selalu ada bila mereka memerlukan kita. Dia terlalu berpegang kepada prinsip dan itu membuatkan dia lebih terluka.

Tetapi dengan segaris senyuman manis dari Faqeen Syazliq dapat menyembunyikan berjuta luka yang dia alami.

Mungkin sebab itu juga orang luar menyangka bahawa Faqeen adalah seorang yang tidak mempunyai masalah. Kerana dia yang selalu menyelesaikan masalah orang. Contohnya seperti pergaduhan. Masalah berkawan. Masalah keluarga yang pernah kawannya mengadu kepadanya.

Tetapi, masalahnya sendiri dia tidak mampu lunaskan. Makin bertambah adalah. Namun dia hanya mampu berserah dan tidak berhenti berdoa agar dunia kepalsuannya ini berakhir.

Qhairyn seperti biasa dengan sikap bekunya. Dia hanya fokus pada guru yang mengajar. Dia menjeling ke meja kosong di sebelah.

Dia tertanya-tanya kenapa Faqeen tidak hadir? Tapi apabila dia berfikir lagi dan tertanya-tanya lagi pada dirinya sendiri. Kenapa dia tertanya-tanya tentang Faqeen?

Bincangkan

avataravatar
Next chapter