1 00:00

Ketika Qhairyn berumur 7 tahun lagi dia selalu dibuli, diejek, dihina oleh rakan sekelasnya atau orang lain. Kerana penampilannya yang tidak kemas dan selekeh.

Dia dihina kerana keluarganya yang miskin. Namun Qhairyn adalah seorang yang tabah. Dia hanya berdiam sahaja apabila dirinya ditindas. Dia mempunyai seorang kawan. Namun kawannya berada di kelas yang lain. Qhairyn tidak pernah menceritakan perkara buruk yang terjadi terhadapnya kepada kawannya mahupun keluarganya.

Dia seorang yang berahsia dan pemendam. Segala masalahnya dia sembunyikan.

Setiap hari dia menaiki basikal yang dikayuh oleh kawannya. Qhairyn sentiasa tersenyum apabila bersama kawannya iaitu Syazwin. Mereka berdua terlalu akrab kerana berjiran.

Namun persahabatan mereka terputus kerana Qhairyn terpaksa berpindah akibat rumah yang disewa oleh bapanya telah diambil semula oleh tuan rumah kerana ada orang kaya yang mahu membeli rumah tersebut.

Qhairyn sedih kerana harus meninggalkan segala kenangan yang pernah dicipta di situ, tapi dalam masa yang sama dia berharap jika dia berpindah di sekolah yang baru, dia akan mendapat ramai kawan yang baik.

Namun, harapannya tidak menjadi kenyataan. Malah lebih teruk dari sebelum ni yang menimpa dirinya. Dia berpindah ke sekolah itu ketika berumur 8 tahun. Hidupnya yang dari dulu sudah kucar-kacir. Bertambah haru, selepas dia berpindah ke sini.

Di hari permulaan pun dia sudah sedih, kerana dia harus pulang dengan berjalan kaki sendirian. Di waktu mula sekolah dia sudah dibenci oleh rakan sekelas. Dia cuba menjadi seorang yang ramah, namun ramai yang menjauhi dari dia.

Ketika Qhairyn sedang seronok membaca, seorang murid perempuan mendekati ke meja Qhairyn lalu merampas pencil boxnya. Qhairyn mencuba untuk merampas kembali, namun murid yang lain juga turut bermain 'baling dan sambut' menggunakan kotak pensilnya.

Qhairyn sedaya upaya menahan diri dari menangis. Namun dia tewas,

"Aww, janganlah nangis. Kitorang gurau jelah." Kata salah murid perempuan yang membaling kotak pensilnya itu.

"Mana pensil box aku?" Soal Qhairyn perlahan.

"Dalam tong sampah. Makcik cleaner dah kutip" jawabnya selamba.

Qhairyn tersentak. Dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. Makcik cleaner itu pun sudah pergi. Dia hanya mampu menangis. Macam mana dia nak menulis jika tiada pensil? Pinjam? Siapa saja yang sudi berkongsi barang dengannya?

Guru matematik pula masuk ke kelas mereka. Qhairyn segera menghapuskan air matanya. Tangannya sudah menggigil takut dengan guru matematik ini. Wajah guru wanita itu sangat bengis.

"Okay, semua salin apa yang saya tulis dekat depan. Sekarang!" Arahnya tegas.

Qhairyn masih terkial-kial. Macam mana nak tulis ni? Monolognya di dalam hati.

Wajahnya dipandang Oleh guru bernama Liza itu. Dia dipandang tajam.

"Yang kau terkial-kial lagi kenapa?! Tulislah!" Semua murid sudah memandang ke arah Qhairyn.

Qhairyn menunduk, dia meraba ke laci bawah meja itu. Alhamdulillah! Ada juga sebatang pensil untuk dia menulis.

Qhairyn menghembus nafas lega, segera dia menyalin apa yang di tulis oleh guru itu di papan hitam.

Ketika di darjah 4 pula, dia cuba untuk menjadi lebih berani. Seorang murid baru masuk ke kelasnya. Dia mengambil tempat di sebelah Qhairyn. Zuzaf. Itulah nama murid baru yang berada di sebelah Qhairyn sekarang. Qhairyn hanya dipandang dengan sebelah matanya sahaja.

"Hai, nama awak apa?" Sapa Qhairyn mesra.

"Zuzafrina. Kau?" Soalnya pula.

"Qhairyn." Jawabnya lalu tersenyum.

Zuzaf hanya tersenyum nipis. Kemudian mengalihkan padangan ke depan.

Beberapa hari sahaja mereka berdua berkawan. Kerana semalam Zuzaf bertanya tentang sekumpulan murid yang cantik di kelasnya itu.

Qhairyn memberitahu tentang kumpulan Insyirah itu. Semua perkara yang baik sahaja diberitahunya. Dia juga turut memuji murid yang cantik itu walau dia selalu dikutuk oleh kumpulan itu.

Qhairyn juga cantik dan comel. Namun dengan penampilannya yang selekeh itu. Menyembunyikan kecantikkan dan kecomelannya.

Zuzafrina tertarik lalu meninggalkan Qhairyn sendirian tanpa perasaan. Selama ini memang dia berkawan dengan Qhairyn supaya mudah dipergunakan.

Qhairyn sedih, orang yang dia anggap kawan baik itu meninggalkan dia. Hari demi hari dia menghadapi masalah di sekolah.

Hidupnya merana kerana bukan di sekolah sahaja dia ditimpa masalah, malah dirumah juga dia menghadapi masalah keluarga. Emak dan ayahnya seringkali bergaduh tentang kewangan.

Ayahnya seorang kaki judi. Itu lah salah satu punca dan sebab kenapa dia mempunyai masalah keluarga. Hanya kerana salah ayahnya sahaja. Namun sikap baran ayahnya menyebabkan mereka sekeluarga merana kerana dipukul.

Qhairyn mempunyai 7 adik beradik. Dia yang kelima. Abangnya yang sulung sering dipukul oleh Ayahnya kerana sikapnya yang nakal. Terkadang dia juga terkena tempias.

Bertahun dia menghadapi masalah yang sama. Ketika dia berumur 13 tahun. Qhairyn masih berpenampilan yang selekeh.

Di sekolah menengah pula. Ada lebih ramai lagi pelajar yang hot dan cantik. Dia tidak pernah menyoal dengan penampilannya sendiri. Yang penting dia selesa, dia mahu ke sekolah untuk menuntut ilmu bukan untuk menjadi model di sana.

Namun tetap sama, kes buli menjadi-jadi. Sehingga Qhairyn terasa betul-betul penat untuk menghadapinya lagi. Dia mengambil keputusan untuk duduk dirumah. Apabila dia dipaksa ke sekolah, Qhairyn tetap berkeras untuk tidak pergi ke sekolah.

6 bulan dia tidak ke sekolah. Sehingga dia mendapat surat amaran. Dia dibuang sekolah kerana rekod ketidak hadiran yang banyak.

Dia tidak peduli langsung dengan apa yang jadi. Ibunya penat berleter benda yang sama setiap hari. Namun hanya diabaikan, walaupun dia tidak menghadap masalah di sekolah. Namun dirumah menjadi lebih dasyat lagi.

Ayahnya menjadi semakin baran. Ibunya pula seorang yang selalu nak menang. Bila berperang mulut pasti tidak berhenti. Menjerit seperti tiada malu. Namun Qhairyn menjadi malu mendapat keluarga sebegini, tapi apa dayanya untuk membenci?

Walau dendamnya pada seorang ayah pernah muncul. Terkadang dia berniat untuk membunuh ayahnya sendiri. Namun pemikiran dia masih lagi sihat dan waras.

Qhairyn tidak bersekolah sehingga dia berumur 16 tahun dan saat ini dia berpindah ke sekolah yang baru di kampung.

Perjalanan hidup barunya bermula di sini.

avataravatar
Next chapter