1 Prolog

"Dani, saya sukakan awak!" Gadis itu masih tunduk sambil tangannya memegang batang lollipop; memang habitnya, mengulum batang lollipop. Dia meluahkan isi hatinya; aku terkedu sebentar, walaupun telah ku ketahui sejak dulu lagi.

"Maaf… saya tak boleh terima perasaan awak tu, saya harap kita boleh stay kawan…" Walaupun agak kejam, tapi aku tahu aku kena ucapkan juga padanya supaya dia takkan terluka lagi dimasa hadapan.

Luahan hati Rita tadi, masih terngiang di cuping telingaku saat aku melangkah masuk ke kelas;

'Rasa bersalah pula bila aku tinggalkan dia di belakang makmal tadi!' terdetik hatiku, lantas aku bangun dari tempat dudukku dengan niat untuk menjenguk Rita tapi terbantut.

"Hoi, Dani! Kau nak pergi ke mana pula tu? Kan kelas Cikgu Kifli dah nak mula ni…" Aku mematikan langkah dan kembali ke tempat dudukku;

"Kau kenapa, Dani?" Aman menarik kerusinya mengadap mejaku; diikuti Fuad dan Goon

"Tak ada apa-apalah…"

"Dani, aku nampak tadi kau lepak belakang makmal… dengan Rita, korang ada fair, ke?" Fuad yang terkenal dengan mulutnya yang celupar mula mendugaku.

"Hah? Belakang makmal? Biar betul kau; Dani!"

"Mana ada… kitorang cakap-cakap je…"

"Ke…" Fuad mengangkat keningnya selari menjeling nakal ke arahku.

"Takkanlah cakap-cakap je kot? Ke…"

"Apa, Fuad? Cakaplah!" Goon mula berasa ingin tahu.

"Aku pernah dengar cerita… Rita tu ada hati dengan kawan kita yang seorang ni… dah lama dah; malah, aku pernah nampak sendiri…" Fuad mula bercerita.

"Kau nampak apa?" Aman menyampuk.

"Si Rita tu tak henti-henti tenung Dani dari start kelas, sampailah waktu balik… Lepas tu, dia akan stay di sekolah kalau tahu Dani ada koko ataupun latihan sukan; walaupun dia tak ada aktiviti kelab." sambungnya lagi.

"Untuk apa?"

"Apalah kau ni lembab sangat, Goon... dah sah-sahlah, minah tu angau dengan kawan kita ni!" Aman menyampuk sambil menjeling ke arah Dani sambil tersengih-sengih.

"Oh...tapi, dia stay untuk apa?" Aman dan Fuad melepaskan keluhan sambil menggeleng-gelengkan kepala mereka; menjeling tajam pada rakan berbangsa cinanya ini.

"Orang angau memanglah macam tu, Goon... bila rindu, dia akan ingat orang tu; dan mesti nak jumpa, kan? Disebabkan dia tak boleh jumpa ataupun terus terang dengan orang tu, dia cuma boleh tegok dari jauh dan ikut ke mana saja orang yang dia suka tu. Itu basic lah kalau dah angau..." terang Fuad panjang lebar dengan lagaknya persis pakar cinta.

"Yakah? Bunyi macam psycho saja…" Goon menggaru kepalanya.

"Tuh bukan psycho lah, sengal! itu angau…" Aman memukul kepala Goon dengan buku latihannya.

"Dia nak jumpa kau dekat belakang makmal tu; buat apa?" mereka sekali lagi menumpukan perhatian padaku. Membuatkan aku kurang selesa.

"Dia confess…" suaraku perlahan.

"Confess?!?!?!" suara mereka bertiga bergema didalam kelas itu, membuatkan pelajar yang lain memandang ke arah kami.

"Ah, sorry…" Goon cuba menenangkan keadaan;

"Kenapa tak pakai mic saja?" perliku; geram dengan reaksi kawan-kawan rapatku.

"Relax lah, Dani… kitorang tak sengaja… habis tu, kau cakap apa?"

"Aku tolak… aku nak kitorang jadi kawan saja…"

"So? Apa reaksi dia?"

"Entah… dia cuma kata ok saja… aku pun, bila dia kata ok; aku terus balik kelas…"

"Macam tu saja?"

"Yelah…" mereka bertiga kelihatan tergamam dengan cerita pendekku yang ternyata membuatkan mereka kecewa kerana terlalu ringkas dan tiada ciri-ciri mengujakan.

Beberapa ketika kemudian, Cikgu Kifli masuk ke bilik darjah. Rita masih tidak kelihatan dari tadi.

"Yoon, kau ada nampak Rita, tak?" Aku menjadi risau bila Rita masih tidak kelihatan dari tadi hingga waktu terakhir ni.

"Rita, ah? Tadi saya ada nampak dia pergi itu bilik kaunselor… jumpa Puan Naila…"

"Puan Naila?"

'Takkanlah dia cerita pada cikgu Naila pula?'aku kembali ke mejaku sambil menggaru kepala.

"Dani, kau tak balik lagikah?" Naim berdiri dihadapanku sambil mencekak pinggangnya;

"Kau balik dululah, Naim… aku nak kemas kelas ni kejap…" arahku.

"Suka hati kaulah… nanti kalau tertinggal bas, jangan nak mengadu pada aku pula!" Lantas Naim meninggalkan bilik darjah menuju ke tangga.

"Mana pula budak ni?" aku menghela nafas panjang sambil duduk kembali di kerusi; memerhatikan keadaan bilik darjah yang kini sepi. Aku lihat, beg Rita masih ada di atas mejanya; tak terusik langsung. Lantas tergerak hatiku untuk tolong mengemaskan barang-barangnya.

"Hah! Buat apa, tu?"Aku hampir menjerit apabila Rita tiba-tiba muncul di belakangku.

"Ah, awak… saya bukan sengaja nak usik barang awak, saya cuma…" rasa bersalah mula timbul.

"Saya tahu, awak cuma nak tolong kemas, kan? Tak apa… saya tak marah pun…" nadanya kembali tenang sambil memasukkan bukunya ke dalam beg.

"Awak… okay? Saya dengar awak pergi bilik kaunseling tadi… awak…" perasaan ingin tahu mulai meluap-luap; tapi masih takut-takut untuk bertanya.

"A'ah… saya baru balik dari bilik kaunseling… sebab awaklah!" aku tersentap seketika tatkala dia menjelingku.

'Dia beritahu cikgu ke pasal confession dia pada aku tadi? Biar betul?' Aku mula panik; takut kalau perkara ini akan menjadi buah mulut sekolah nanti.

Aku terkejut apabila Rita mula tertawa kecil.

"Saya ada buat lawakkah?"

"Awaklah! Serius sangat, saya bergurau sajalah! Jangan risau… saya tak bocorkan pada cikgu pun pasal tadi…" katanya selari menggelengkan kepala sambil mengemas bukunya.

"Habis tu, kenapa awak jumpa kaunselor?" Rita terhenti sebentar sebelum cepat-cepat menutup zip beg galasnya lalu mengendongnya.

"Adalah… mana boleh bagitahu; rahsia!" Dia tersenyum sambil mengenyitkan matanya padaku; berlagak seperti perkara tadi tidak pernah berlaku.

"Awak tak nak balikkah? Jomlah!" katanya lagi sambil berjalan keluar dari bilih darjah ke arah tangga.

"Ah, ya!" sahutku; tiba-tiba pula terasa ingin berjalan bersamanya; mungkin rasa bersalah? Sejak hari itu, hubungan persahabatan kami menjadi semakin akrab; Rita juga tidak pernah mengungkit perkara itu lagi, aku menjadi lebih tenang dan mengganggap Rita telah lupakan perasaannya dulu.

avataravatar
Next chapter